Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

(2008/09) ECL: Sang Merah bertemu Si Biru (Lagi!)


Tradisi pertembungan The Reds dan The Blues di Champions League nampaknya berulang lagi apabila diundi untuk bertemu di pusingan suku akhir. Ini merupakan pertemuan kedua-dua pasukan kali ke-5 dalam 5 musim berturut-turut dengan 4 kali di pusingan kalah mati dan sekali di pusingan kumpulan pada musim 2005/06. Perlawanan pertama bakal berlangsung di Anfield sebelum bermain di Stamford Bridge yang telah juga runtuh sebagai mana Old Trafford minggu lepas.

Sebagai mana yang diberitakan, UEFA telah bersetuju untuk membenarkan Liverpool bermain lebih awal bagi mengelakkan pertembungan sambutan majlis peringatan ulang tahun ke-20 peristiwa berdarah Hillsborough yang dijadualkan pada 15 April di Anfield. Pertembungan ini bakal menjadi perlawanan tumpuan berikutan kemenangan 'double' Liverpool ke atas Chelsea musim ini namun prestasi kedua-dua pasukan ketika ini adalah seimbang setelah terikat dengan 61 mata dan hanya kelebihan jaringan membuatkan Chelsea berada di tangga ke-2.
Read More

(2008/09) EPL: Old Trafford runtuh

Manchester United ( 1 : 4 ) Liverpool

(Torres 28, Gerrard pen-44, Aurelio 77, Dossena 90+1)


Ramai yang menyatakan Liverpool masih dibuai mimpi indah setelah memalukan Real Madrid di Anfield pada perlawanan ECL di pertengahan minggu dan Manchester United bakal mengejutkan The Reds dari lena yang panjang itu. Tambahan pula Liverpool terpaksa menggunakan pemain yang semakin tidak disukai ramai, Lucas Leiva yang menggantikan Xabi Alonso yang cedera pada perlawanan sebelum itu. Sami Hyypia juga dimasukkan di saat akhir menggantikan Alvaro Arbeloa yang menyaksikan Jamie Carragher akan bermain di sebelah kanan.


Perlawanan yang bakal tegang ini berlangsung dengan kedua-dua pasukan bermain dengan agak berhati-hati namun Manchester United terlebih dahulu mengatur gerakan dan membuat percubaan ketika Liverpool masih tercari-cari rentak permainan. Nyata barisan pertahanan Liverpool yang dibarisi gabungan pemain tua dan muda ini terpaksa bekerja keras menyerap setiap pergerakan pemain tengah Manchester United sehingga menyaksikan Carlos Tevez yang membuat hantaran ke Park Ji Sung di dalam kotak penalti sehingga memaksa Jose Reina meluru keluar untuk menepis bola. Namun pergerakannya itu melanggar Park yang menggulingkan dirinya sehingga hampir keluar padang dan pengadil permainan, Alan Wiley tidak teragak-agak menunjuk ke titik sepakan penalti yang disempurnakan Ronaldo walaupun Reina telah berjaya mengagak bola tersebut.


Namun kelebihan gol itu tidak memberi kelebihan buat United apabila ia lebih menyuntik semangat juang pemain The Reds yang acap kali dinyatakan akan bermain lebih baik setelah ketinggalan satu gol. Ini terbukti apabila gandingan tengah Liverpool yang diterajui oleh Steven Gerrard, Albert Reira dan Dirk Kuyt kembali menyusun gerakan. Namun gol penyamaan The Reds hadir bermula dari hantaran jauh Martin Skrtel ke dalam kawasan United. Nemanja Vidic yang dikatakan dalam prestasi terbaik, membiarkan bola itu melantun melepasinya walaupun Fernando Torres berada sangat rapat dengannya. Torres yang lebih nyata lebih pantas, melepasi halangan Vidic dan menghantar bola melintang melepasi Edwin Van Der Sar yang juga dikatakan dalam kemuncak prestasi untuk bola menggegar jaring hanya di sebelah tiang kanan penjaga gol.


Terikat 1-1, dan Torres semakin galak mempermainkan barisan pertahanan United terutamanya Vidic sehingga terpaksa dibantu Rio Ferdinand. Namun selepas itu United kembali menyerang dan memperolehi percubaan menerusi sepakan percuma Ronaldo yang gagal diselamatkan kemas Reina namun Carlos Teves gagal menyambar bola muntah tersebut. Micheal Carrick juga mendapat peluang setelah berjaya melepasi kawalan Javier Mascherano namun percubaannya hanya sedikit tersasar melepasi palang gol.


Dalam keghairahan United menyerang, Torres yang dalam posisi menyerang menghantar bola ke sebelah kanan kotak penalti untuk Gerrard dan Patrice Evra cuba menghalangnya telah menjatuhkan Kapten Liverpool di dalam kotak penalti dan memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang kedua pada hari ini. Gerrard tanpa sebarang masalah melaksanakan tugasannya walaupun van der Sar keluar lebih awal yang membolehkan pengadil menghadiahkan kad kuning buatnya. Gerrard selepas itu enggan meraikan gol dengan pemain lain sebaliknya memegang lambang Liverpool dan terus mengucup kamera di penjuru padang. Liverpool mendahului 2-1 menuju tamat separuh masa pertama.


Separuh masa kedua memang milik United pada awalnya. Pemain mereka bertali arus membuat pergerakan dan serangan menerusi Ronaldo, Park, Tevez dan pemain yang sangat membenci Liverpool, Wayne Rooney. Beberapa kali pemain Liverpool terpaksa mengasari mereka demi mengelakkan percubaan yang lebih bahaya dengan layangan kad kuning juga berpihak kepada Liverpool di mana Mascherano dan Skrtel juga terkena bahangnya. Namun masih tiada jawapan dari United terhadap gol Gerrard sehinggakan Sir Alex Ferguson mengarahkan penyerang berbisa, Dimitar Berbatov beserta dua kuda tua terhebat, Ryan Giggs dan Paul Scholes bersedia untuk masuk. Dan mereka dimasukkan serentak pada minit ke-74 menggantikan Anderson, Carrick dan Park.


Hanya selepas pertukaran itu, penyokong United melihatkan sesuatu yang hebat akan berlaku apabila Vidic yang dimalukan oleh Torres sebelum itu terpaksa menarik baju Gerrard dan menjatuhkannya di luar kotak penalti demi menghalang Gerrard memalukan van der Sar sekali lagi. Tindakannya itu mengundang padah buat United apabila pengadil menghadiahkan kad merah buat Vidic dan sepakan percuma buat Liverpool. Gerrard dan Fabio Aurelio bersedia mengambil sepakan yang kemudiannya diambil Aurelio yang menghantar bola melepasi tembok pemain ke penjuru sebelah kiri van der Sar yang nyata tergamam dan hanya melihat bola tersebut mencecah jaring untuk Liverpool mendahului 3-1. United yang telah menggunakan kesemua pertukaran yang dibenarkan terpaksa bermain dengan 3 pertahanan sambil mengharapkan kuda tua mereka mampu membuat 'come back' buat mereka.


United yang sebelum ini biasa dengan kemenangan 1-0 pada minit-minit terakhir perlawanan sedang berdepan dengan situasi yang berbeza menuju 10 minit terakhir perlawanan. Torres digantikan Ryan Babel yang hampir memberikan gol ke-4 Liverpool setelah membuat satu 'back heel' untuk Gerrard namun sepakannya melambung tinggi. Dan ketika bermain dalam masa kecederaan, Reina membuat sepakan tinggi dan jauh ke dalam kawasan United dan bola melantun menuju ke arah Andrea Dossena yang dikawal Ferdinand. Dalam kekalutan tersebut Dossena sempat membuat satu sepakan lambung menuju ke pintu gol van der Sar yang telah pun keluar sedikit kehadapan sambil hanya mampu melihat bola tersebut melepasinya dan mencecah jaring untuk melengkapkan kemenangan bergaya Liverpool di Old Trafford. Kekalahan terbesar United di kandang sendiri sejak 1992 dan Liverpool melakukan 2 'double' musim ini ke atas pasukan teratas EPL - Manchester United dan Chelsea.
Read More

(2008/09) ECL: Gergasi menangis di Anfield

Liverpool ( 4 : 0 ) Real Madrid
(Torres 16, Gerrard pen-28, 47, Dossena 88)
(Agg: 5-0)
Berbekalkan kelebihan 1 gol ditempat lawan Liverpool turun ke Anfield bukan setakat mempertahankan kelebihan gol tersebut namun cuba untuk menundukkan pasukan 'Gergasi Sepanyol' yang pertama kali bertandang ke Anfield. Pasukan 11 pemain Real Madrid yang sebelum ini kerap kali membayangkan laluan mudah ke peringkat seterusnya apatah lagi apabila Liverpool yang agak hambar di pentas EPL akan bertemu Liverpool yang beraksi dengan lebihan pemain yang bermain di luar padang terutamnya di Kop.

Bermula dengan garang, The Reds bertubi-tubi mengasak sejak dari awal permainan melalui gandingan Fernando Torres, Javier Mascherano, Steven Gerrard dan Ryan Babel masing-masing bergilir-gilir menguji barisan pertahanan Real Madrid yang diketuai oleh Fabio Cannavaro. Gol pertama Liverpool menerusi Torres pada minit ke-16. Hantaran tinggi dari Jamie Carragher melepasi Cannavaro dan singgah ke kaki Torres. Pepe cuba menguis bola tetapi dapat kepada Dirk Kuyt yang menghantar ke dalam kotak penalti dan disambar oleh Torres sedang Iker Casillas telah tertewas di tepi tiang gol dan Pepe cuba membuat tuntutan Torres telah mengasarinya.

Tidak berhenti setakat itu, The Reds terus menerus mengatur serangan memaksa Casillas membuat beberapa percubaan termasuk tandukan Martin Skrtel dan sepakan lambung Gerrard. Namun selepas itu pada minit ke-27 Gabriel Heinze dipersalahkan apabila penjaga garisan menyatakan bola terkena tangannya dan pengadil Belgium, Frank De Bleeckere tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti buat Liverpool. Kapten tidak mensia-siakan peluang setelah melepaskan tendangan ke sebelah kanan Casillas yang telah bergerak ke arah yang bertentangan. Real Madrid bertambah malang semalang bola yang sebenarnya terkena bahu Heinze dan bukan terkena tangannya. Liverpool kemudiannya kembali tenang dan Real Madrid pula mendapat beberapa peluang yang tidak disempurnakan dengan baik.

Bermula separuh masa ke-2, Real Madrid mengeluarkan Arjen Robben yang sebelum ini sangat mahu membelasah Liverpool tetapi tidak mampu bermain dengan baik dan diganti oleh Marcelo. Suatu pertukaran yang tidak menakutkan The Reds apabila Babel yang menerima hantaran Xabi Alonso membuat larian di sayap kiri dan terus membuat hantaran lintang yang jatuh di hadapan Gerrard sebelum meledakkan tendangan menggegarkan jaring. Hanya 65 saat mula permainan dan Liverpool telah mempunyai kelebihan aggregat 4-0. Nyata bukan nasib Real Madrid untuk kejohanan tahun ini namun mereka tetap berusaha mencuba mendapatkan sekurang-kurangnya gol kenangan lawatan pertama ke Anfield.

Rafael Benitez yang sudah yakin dengan kemenangan tersebut telah merehatkan tonggak utama dan memasukan pemain muda termasuk kapten pasukan belia, Jay Spearing yang menggantikan kapten pasukan senior, Gerrard. Ia juga salah satu langkah untuk mengekalkan kecergasan Gerrard sebelum pertemuan dengan Manchester United di Old Trafford pada perlawanan hujung minggu. 2 minit sebelum masa permainan sebenar tamat, Andrea Dossena yang menggantikan Torres menerima bola lintang Mascherano telah menjaringkan gol ke-4 malam itu dan melengkapkan kemenangan besar Liverpool ke atas juara Sepanyol.
Read More

(2008/09) EPL: Kemenangan penaik semangat

Liverpool: 2 - 0 :Sunderland

Bermain di Anfield sudah semestinya memberi kelebihan kepada Liverpool untuk mengalahkan Sunderland. Apa yang pasti Liverpool turun dengan posisi 4-4-2 dengan Dirk Kuyt dan David Ngog berpasangan di bahagian serangan. Albert Reira dan Emiliano Insua juga kembali ke barisan utama namun yang paling mengejutkan apabila Javier Mascherano bermula di posisi pertahanan kanan.

Sunderland hampir mendahului pada minit ke-4 apabila Kenwyne Jones mendapat bola hasil kesilapan Martin Skrtel namun percubaanya dapat diselamatkan oleh Jose Reina. Dan selepas itu The Reds tidak lagi membiarkan kesilapan berlaku dan terus-menerus menekan pertahanan Sunderland dengan Ngog, Reira, Kuyt, Yahudi, Mascherano, Insua, Xabi Alonso dan Steven Gerrard bergilir-gilir membuat percubaan namun tidak mendatangkan sebarang hasil. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0 dan The Reds masih kelihatan tumpul.

Separuh masa kedua pula Liverpool bermula dengan lebih garang dengan mengasak ke segenap penjuru. Hasilnya mereka memperolehi gol pertama di minit ke-52. Reira di sebelah sayap kiri membuat hantaran lintang dan ditanduk ke dalam oleh Gerrard yang menemui Ngog sebelum menolak mudah ke dalam gol. Sunderland agak tersentak dan mengatur serangan termasuk membawa masuk Djibril Cisse namun ternyata tidak membawa perubahan.

Kelihatan Liverpool pula yang menambah gol ke-2 melalui Yahudi yang menerima bola muntah setelah Marton Fulop gagal menangkap kemas hantaran lintang Ngog. Walaupun bermain dengan baik, Ngog terpaksa dikeluarkan setelah bergelut dengan masalah cramp dan digantikan dengan Lucas Leiva. Liverpool terus menguasai permainan namun terpaksa berpuas hati dengan 2 gol sahaja kerana kecemerlangan penjaga gol Sunderland yang telah menyelamatkan sekurang-kurangnya 6 percubaan.
Read More

(2008/09) Preview EPL: vs Sunderland (Anfield)

Liverpool (LWDWL) vs Sunderland (LWDWD)
Anfield

Sesungguhnya Liverpool perlu memenangi perlawanan ini untuk bangkit dari kekalahan mengejutkan hujung minggu lepas di tangan Middlesbrough. Tambahan pula perlawanan ini akan menentu ukur sejauh mana The Reds bersedia untuk melayan kunjungan Real Madrid dalam tempoh seminggu.

Melihat dari 5 perlawanan terakhir, Sunderland mempunyai prestasi yang lebih baik termasuk berjaya mengikat Arsenal di Emirates. Ditambah pula dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak Liverpool akibat kecederaan seperti Fernando Torres, Daniel Agger dan Alvaro Arbeloa menyaksikan Sunderland mampu menambah keperitan kepada luka The Reds.
Read More

(2008/09) EPL: Badi Riverside berterusan

Kegagalan Liverpool untuk mendapatkan mata penuh di Riverside terus berterusan dengan kekalahan 2-0 kepada Middlesbrough. Walaupun menguasai 72% permainan, barisan serangan Liverpool gagal menzahirkannya menjadi gol dan lebih malang lagi apabila Xabi Alonso memberikan tuan rumah gol pendahuluan menerusi gol sendiri pada minit ke-31.

The Reds nyata tempang tanpa kelibat Torres yang mengalami kecederaan dan gandingan Dirk Kuyt, Ryan Babel dan Nabil el-Zhar nyata tumpul dengan menyaksikan bola hanya berlegar-legar di kaki mereka dan tidak menuju ke pintu gol Boro. Gol ke-2 mereka hadir melalui serangan balas dari sebelah sayap kanan melalui larian Jeremie Aliadiere sebelum menghantar ke Sanli Tuncay yang tidak dikawal. Dengan tenang pemain Turki itu melepaskan tendangan rendah ke sebelah kanan Jose Reina dan mencecah jaring.

Tersentak dengan jaringan itu The Reds memasukkan David Ngog menggantikan el-Zhar namun Boro hampir mendapatkan gol ke-3 melalui penyerang gantian, Marlon King. Seakan tidak mampu memenangi perlawanan tersebut, Rafael Benitez mengeluarkan 2 pemain yang paling berpengaruh Jamie Carragher dan Steven Gerrard yang nyata masih belum kembali 100% cergas.

Ironinya kekalahan ke-2 ini hadir tatkala The Reds di tangga ke-2 teratas tewas kepada pasukan ke-2 dari bawah. Apa yang lebih memilukan lagi, impian menjulang Piala Liga Perdana Inggeris buat kali pertama seakan terpadam terus dan kini Liverpool jatuh ke tangga ke-3 setelah Chelsea memintas setelah menewaskan Wigan Athletics.
Read More

(2008/09) ECL: Kegembiraan di Bernabue

Walaupun acap kali diusik tidak mampu menang menjelang perlawanan panas di gelanggang keramat Real Madrid namun The Reds telah membuktikan sebaliknya. Meski pun Los Blancos menguasai permainan tapi tidak dapat meletakkan bola di dalam jaring melepasi Jose Reina yang beberapa kali bertindak cemerlang untuk menidakkan gol buat Real Madrid.

Walaupun diberi jolokkan 'Spanish Giants' namun bilangan pemain Sepanyol adalah lebih ramai di pasukan Liverpool. Apa yang lebih jelek dan menjengkelkan adalah sikap pemain Real Madrid yang nyata tidak seperti gergasi tetapi seperti anjing sahaja. Mereka lebih banyak membuat 'terjunan bebas' (dive), berlakon tergolek berguling-guling apabila disentuh ibarat dilanggar lori pasir dan tidak lupa untuk bermain kasar dan kelihatan pengadil perlawanan kadang-kadang termakan juga perlakuan mereka seterusnya memberikan sepakan belas ehsan kepada pasukan 'Spanish Dogs'. Pelakon 'crook' yang paling jahat perlawanan itu dimenangi oleh Gago yang berjaya hanya menerima kad kuning walaupun membuatkan Albert Reira terpaksa diusung keluar dan diganti dengan Steven Gerrard.

Gol tunggal perlawanan diperolehi pada minit ke-82 apabila Gabriel Heinze dengan tidak semena-mena mengasari Dirk Kuyt di sebelah kanan padang pada jarak 33 meter dari pintu gol Real Madrid. Fabio Aurelio yang diberi tugas mengambil sepakan tersebut melambungkan bola menuju ke tengah kotak penalti dan disambar oleh Yahudi yang menanduk melepasi Iker Casillas untuk Liverpool mendapat kelebihan gol di tempat lawan. Namun ternyata tetap ada harga yang perlu dibayar The Reds apabila bakal kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan termasuk Fernando Torres dan Alvaro Arbeloa selain Reira.
Read More

(2008/09) EPL: Kecewa lagi di Anfield

Harapan untuk terus mengekori rapat Manchester United nampaknya semakin sukar apabila sekali lagi seri di Anfield setelah terikat 1-1 dengan musuh mereka, Manchester City. Ketiadaan Steven Gerrard yang belum cergas dan Xabi Alonso yang digantung perlawanan ternyata sedikit merencatkan pergerakan serangan dan pertahanan walaupun menguasai perlwanan apabila Rafael Benitez menurunkan pemain kesayangannya, Lucas Leiva.

Manchester City mendahului 1-0 pada minit ke-49 apabila tendangan Craig Bellamy melantun setelah terkena Alvaro Arbeloa dan melepasi jangkauan Jose Reina. City menggandakan asakan selepas itu sehingga menyaksikan gol jaringan Stephen Ireland dibatalkan kerana offside. Apa yang jelas pemain Liverpool seakan gagal mengekang pergerakan pemain City dan lebih mengecewakan apabila mereka sering kali membuang bola dalam situasi menyerang.

Hanya pada minit ke-78, Fernando Torres yang menerima hantaran Yahudi telah gagal merembat tepat namun bola telah bergolek ke Dirk Kuyt yang dengan pantas menyambar peluang dan menghantar bola ke jaring. Terselamat Liverpool dari kalah di Anfield namun penyokong The Reds mahukan 3 mata penuh untuk terus menghambat pendahulu liga. Namun gagal juga berbuat demikian apabila Shay Given beraksi cemerlang dalam mematahkan beberapa cubaan ke pintu golnya.
Read More

Pria Ganteng telah selamat dilahirkan

Berkat air selusuh yang disediakan pada malam Jumaat lalu bersempena dengan majlis membaca YaSin di Surau PAS Kampung Limbong, Paka, isteriku telah kepecahan ketuban pada keesokan harinya kira-kira 2.15 pagi sedang akoo terlena keletihan setelah bermain ragbi untuk pasukan Petronas yang dikalahkan 75-0 oleh Universiti Malaysia Timur (UMT). Lantas akoo mengejutkan mertuaku, memberitahu ayahandaku serta bersedia bergegas ke Hospital Dungun pada kadar paling perlahan.

Bumi Paka yang sudah lama tidak bermandikan hujan telah disimbahi air dari awan yang mengiringi perjalanan kami sekeluarga ke Dungun. Terus ke Wad Bersalin dan ditempatkan di katil 11 dan akoo terus tidur di dalam kereta sambil siap siaga andai cik misi memanggilku di bilik bersalin. Namun keadaan masih terkawal sehingga waktu dhuha dan akoo sempat pulang ke Paka. Tatkala mahu terlena, sms dari isteriku membuatkan akoo terus bersiap menuju ke hospital semula.

Di hospital akoo memimpin isteriku dari katil ke bilik bersalin namun cik misi tidak membenarkan akoo mengikut sama membuatkan ku kembali ke bangku menyambung tidur ku sambil menunggu panggilan cik misi namun sekali lagi tiada berita. Sehingga waktu melawat pada 12.30 tengah hari, akoo bersama bonda menuju ke katil 11 namun tiada kelibat isteriku di situ. Dia sudah kembali ke bilik bersalin.

Tiba-tiba kedengaran teriakan bayi dari bilik itu dan akoo semakin berdebar-debar namun ia bukan anakku kerana ia milik orang lain yang sama-sama masuk ke wad itu pada paginya. Cik misi keluar dan memanggil ku, lantasku mengekorinya dan terlihatlah isteriku dalam posisi untuk bersalin. Akoo terus memberi kata-kata semangat namun isteriku tidak berupaya kerana kekurangan tenaga membuatkan cik misi memasukkan air melalui tangannya.

Alangkah sedihnya melihat isteriku yang tiada berdaya namun dipaksa jua membuat teranan sehingga tepat 1.23pm tatkala azan Zuhur berkumandang di masjid belakang hospital, Pria Ganteng aka The Young Liverpudlian seberat 3.15kg telah selamat dilahirkan setelah hampir 45 minit isteriku berjuang. Akoo menyempurnakan solat Zuhur dan kemudiannya mengazankan di telinga puteraku. Namun kerana terlalu lama proses kelahiran membuatkan puteraku agak lemah dan diberi rawatan oksigen. Akoo kembali ke luar wad dan menuju ke kantin untuk makan bersama mertuaku.

Hanya setelah siap isteriku dirawat, akoo melawatnya di katil 11. Kelihatan isteriku amat lemah namun akoo amat bangga kerana dia berjaya melahirkan seorang bayi pria seperti mana yang telah akoo ramalkan sebelum ini. Akoo tidak membuat 'scan' untuk mengetahui jantinanya. Walaupun sebelum ini akoo ingin menamakannya Adam Daniel namun berkemungkinan besar namanya adalah Adam Zafran seperti yang dipinta isteriku.

Terima kasih adinda. Assalamualaikum, Pria Ganteng.
Read More

Xabi Alonso tidak bermain menentang City

Bukan kecederaan yang menghalang Xabi Alonso untuk turut bermain dalam perlawanan EPL minggu ini namun Alonso telah digantung satu perlawanan akibat mengumpul 5 kad kuning. Ini sudah pasti sedikit tamparan buat Rafael Benitez setelah kehilangan Steven Gerrard sebelum ini kerana kecederaan. Peminat The Reds sudah pasti tidak mahu Rafa menurunkan Lucas Leiva untuk bermain di bahagian tengah setelah menyaksikan Lucas dibuang padang dan seterusnya membuatkan Liverpool kempunan Piala FA.

Dengan terlepasnya peluang untuk beraksi dalam perlawanan ini, Alonso nyata agak terkilan namun masih optimis untuk menyaksikan Liverpool berjaya membenam cabaran City apabila melihatkan pemain antarabangsa telah kembali cergas setelah kembali dari mewakili negara mereka. Alonso juga tidak memandang rendah keupayaan City setelah mereka membuatkan The Reds terpaksa bermain bermati-matian setelah ketinggalan 2 gol di separuh masa pertama sebelum menang 3-2 semasa perlawanan di gelanggang lawan sebelum ini.


Pun begitu ketiadaan Alonso mungkin sedikit dapat ditampung dengan berita positif terbaru yang menyatakan Kapten Liverpool mungkin kembali bermain dalam perlawanan menentang City ini walaupun bermula di bangku simpanan. Bercakap berkenaan berita itu, Alonso sememangnya mahukan Gerrard kembali beraksi namun ketika beliau dalam 100 peratus sembuh dari kecederaan hamstringnya.
Read More

Liverpool minta UEFA ubah tarikh perlawanan

Tarikh perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang dijadualkan pada 15 April adalah bersamaan dengan tarikh peringatan Hillsborough yang ke-20 yang akan berlangsung di Anfield. Jurucakap The Reds berkata mereka telah menulis kepada UEFA untuk menukar tarikh perlawanan dan bersetuju sekiranya bermain awal pada 14 April. Itu pun sekiranya The Reds mampu menewaskan Real Madrid pada pusingan ke-2 ini.

Pihak bandaraya Liverpool juga dikatakan akan membunyikan loceng sebanyak 96 kali bagi memperingati 96 nyawa Liverpudlians yang terkorban semasa tragedi di stadium Sheffield Wednesday pada perlawanan separuh akhir Piala FA 1989 bertemu Nottingham Forest.
Read More

Perang saraf bermula

Seminggu menjelang pertemuan pusingan ke-2 Liga Juara-Juara Eropah bertemu Real Madrid di Santiago Bernabue dan perang saraf telah pun bermula. Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan sejak perlawanan akhir Piala Eropah yang dimenangi Liverpool di Paris pada tahun 1981. Pun begitu Rafael Benitez mengambil pendekatan untuk menumpukan kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Anfield sebelum beralih kepada perlawanan di pertengahan minggu tersebut.

Pemain Real Madrid, Rafael van der Vaart memberitahu Daily Star baru-baru ini bahawa sesungguhnya The Reds dalam keadaan ketakutan untuk bertemu Real Madrid. Namun untuk menyerah kalah dengan mudah sudah pasti tiada dalam kamus Liverpool. Liverpool yang mempunyai lebih ramai pemain Sepanyol dalam kesebelasan utama berbanding 'Gergasi Sepanyol' itu akan memberikan tentangan sengit dan berupaya membuat kejutan di gelanggang lawan. Cuba bertanya kepada Barcelona mungkin kenangan semusim yang lalu masih segar dalam ingatan mereka setelah kemenangan The Reds 2-1 di Nou Camp.

Dan yang terbaru apabila Rafael Benitez sendiri dikaitkan dengan kerusi panas di Real Madrid. Rafa yang masih buntu dengan perbincangan penyambungan kontrak di Liverpool dikatakan akan beralih menjadi pengurus Los Blancos pada musim panas ini. Dan sekiranya Liverpool mampu menewaskan Real Madrid pada perlawanan ini kelak, mungkin jawatan itu akan segera dikosongkan menjelang musim panas ini. Walau bagai manapun Rafa telah memberitahu beliau mahu kekal di Liverpool buat masa ini dan Real Madrid adalah suatu perkara yang akan datang.

Penjaga gol, Jose Reina juga baru-baru ini dikaitkan juga dengan Madrid namun bukan Real Madrid tetapi Atletico Madrid yang dikatakan kelab sanjungan Reina sejak kecil dan juga tempat ayahnya, Miguel menabur bakti sebagai pemain pada tahun 70-an. Walau bagai manapun, sebarang perpindahan dalam masa terdekat ini mungkin tidak akan berlaku.
Read More

Hertha Berlin mahukan Voronin secara mutlak

Ironinya berita ini terbit setelah pemain pinjaman Hertha Berlin yang juga pemain terbuang dari Liverpool ini meledakkan 2 gol ke atas Bayern Munich dan membawa Hertha Berlin ke mercu Bundesliga. Diberitakan pengurus besar mereka Dieter Hoeness telah mengesahkan kemahuan kelab itu untuk mendapatkan khidmat Andriy Voronin meskipun mungkin akan menghadapi sedikit masalah untuk menyediakan £4 juta yuran perpindahan seperti yang dipinta oleh Liverpool.

Apa yang menarik Hoeness dipetik berkata, “And he (Voronin) has also said Hertha is a priority for him, because he likes the club and the city very much." Sedangkan sebelum itu kedengaran bahawa Voronin mahu pulang ke Liverpool untuk menyelesaikan masalah serangan The Reds setelah penghantaran semula Robbie Keane ke White Hart Lane.
Read More

Steven Gerrard kembali untuk Real Madrid?

Walaupun pada pemeriksaan awal mendapati Steven Gerrard akan direhatkan selama 3 minggu sehingga penghujung bulan Februari ini namun perkhabaran terbaru menyatakan kapten The Reds akan kembali bermain seawal perlawanan menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu. Dengan ketumpulan barisan serangan Liverpool baru-baru ini membuatkan khidmat Gerrard terpaksa ditagih membantu Liverpool mencatatkan sesuatu yang luar biasa di gelanggang lawan.

Apa yang pasti Gerrard tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris kerana mahu memastikan kecederaannya benar-benar sembuh menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah itu. Rafael Benitez juga tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan Gerrard buat seketika namun terpaksa melupakan khidmat Gerrard untuk jangka masa yang lebih panjang sekiranya kecederaannya berulang.
Read More

Antara dua pertahanan

Khabar yang menyatakan Daniel Agger telah menyambung kontraknya bersama Liverpool rupa-rupanya hanyalah khabar angin. Agger juga telah diberitakan menanda tangani kontrak dengan bayaran mencecah £75,000 seminggu. Namun sehingga ke hari ini kontraknya masih belum diperbaharui dan Agger juga telah menyatakan kekecewaannya kepada media di Denmark. Di samping masalah kontrak yang masih belum diperbaharui, Agger juga masih belum berpuas hati dengan peluangnya bermain dengan skuad utama The Reds walaupun telah bermain ketika Liverpool menewaskan Portsmouth tempoh hari.

Kerumitan masalah kontrak Agger ini turut menarik perhatian beberapa pemain lama The Reds. Jan Molby (1984-1995) yakin disebalik kekecewaan Agger berkenaan konrtaknya yakin yang Agger sebenarnya mahu terus tinggal bermain dengan The Reds. Manakala John Aldridge (1987-1989) memberi amaran supaya menyelesaikan masalah Agger secepat mungkin atau berkemungkinan kehilangan seorang pertahanan yang ampuh bertahan dan mampu bertindak menyerang. Sesuatu yang amat jarang untuk dijumpai.

Sementara itu, kepulangan Emiliano Insua ke pangkuan Liverpool setelah gagal membantu skuad u-20 Argentina untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia u-20 FIFA amat dinanti oleh Rafel Benitez. Insua yang kini menjadi pilhan pertama Rafa untuk pertahanan kiri sudah pasti akan diberi tugas utama itu pada perlawanan menentang Manchester City tidak lama lagi.
Read More

Liverpool terletak di Sepanyol?

Menjelang perlawanan persahabatan di antara Sepanyol dan England satu perkara yang nyata dapat dilihat adalah ketiadaan pemain Liverpool di dalam pasukan England. Steven Gerrard yang masih dalam keadaan cedera sudah pasti tidak akan bermain tambahan pula Fabio Capello sebelum ini dengan lantang mengkritik Gerrard setelah peristiwa berdarah di kelab malam penghujung tahun 2008.

Seorang lagi pemain Inggeris yang cemerlang di Anfield sudah lama menggantung but untuk skuad kebangsaan akibat kekecewaannya apabila tidak dilayan dengan adil oleh pengurus Englan sebelum ini. Namun sekiranya Capello memanggil Jamie Carragher ke dalam skuad England apakah Carra dapat bermain pasukan utama? Manakala Jermaine Pennant yang tidak mampu bermain untuk Liverpool sudah pasti juga tidak mampu untuk dilihat oleh Capello untuk ditambah ke dalam skuadnya.

Namun sekian kalinya Capello kelihatan semasa Liverpool bermain adalah kerana apa? Apakah hanya untuk menyatakan sokongannya kepada Liverpool, atau untuk mencari pemain untuk skuad England atau cuba mengkaji permainan pemain Sepanyol menjelang pertemuan mereka?

Lihat pula skuad Sepanyol yang sudah pasti menagih penyerang Liverpool yang kian keletihan namun masih mampu menjaringkan gol di masa tambahan. Fernando Torres sudah pasti menjadi ayam tambatan Sepanyol tambahan pula mereka terhutang budi kepada Torres yang memberikan mereka Piala Eropah setelah menunggu selama 44 tahun. Kali ini 5 pemain Liverpool berada dalam skuad Sepanyol termasuk Xabi Alonso, Alvaro Arbeloa, Pepe Reina dan Albert Riera namun kemungkinan hanya Torres akan bermain kesebelasan utama.

Dengan situasi ini kelihatan seperti Liverpool sebagai sebuah kelab Sepanyol pula. Berbeza pada 90-an di mana pemain Liverpool akan berada di skuad England seperti David James, Jamie Redknapp, Steve McManaman, Robbie Fowler, Michael Owen dan beberapa nama yang lain. Mungkin Rafael Benitez dihantar oleh Sepanyol untuk melatih dan membentuk skuad Sepanyol Perantau (Spanish Wanderers) yang akan menyesuaikan diri dengan permainan England dan seterusnya dapat membantu skuad Sepanyol dalam melemahkan bisa skuad England sekiranya mereka bertemu di pentas antarabangsa.
Read More

Dua pengurus dipecat kerana Liverpool dan Torres?

Umum sudah mengetahui berita berkenaan pemecatan pengurus Chelsea Luis Felipe Scolari yang merupakan seorang yang amat berwibawa dengan Piala Dunia berada dalam kabinetnya. Mungkin juga Scolari yang biasa menguasai pemain untuk skuad kebangsaan tidak berjaya mengawal pemain-pemain berstatus bintang yang bermain demi periuk nasi dan bukan demi perjuangan nusa bangsa.

Mungkin prestasi terkini Chelsea yang kian jatuh dari persada liga dan kini di potong pula oleh Aston Villa membuatkan pengurusan Chelsea tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Sudah pasti Avram 'Yahudi' Grant yang agak berjaya pada musim lepas dan The Special One Jose Mourinho yang berjaya mendapatkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Chelsea sedar akan keperluan mereka untuk sentiasa berada di puncak atau menerima surat pemecatan.


Sebelum itu, Tony Adams yang menyepak kerusi setelah Dirk Kuyt menyamakan kedudukan pada perlawanan baru-baru ini juga telah menerima surat perlucutan jawatan dari pengurusan Portsmouth. Berbeza dengan Filipao, Adams telah gagal memenangi sebarang perlawanan sejak dari November tahun lepas dan kini berada di tangga ke-16 liga. Adams yang berjaya sebagai pemain bersama Arsenal agak terkejut dengan penyingkirannya dan menyatakan masih memerlukan masa untuk membina pasukan yang hanya diuruskan setelah Harry Redknapp ke Tottenham Hotspur pada Oktober tahun lepas.


Pun begitu terdapat satu persamaan di antara mereka yang mungkin hanya satu kebetulan sahaja. Portsmouth dan Chelsea telah dikalahkan oleh The Reds melalui gol Fernando Torres sebelum mereka dipecat. Chelsea terlebih dahulu dikalahkan dengan 2 gol Torres ketika permainan menuju ke wisel penamat manakala pada minggu hadapannya Torres sekali lagi menghancurkan Portsmouth dengan gol kemenangan Liverpool dalam masa kecederaan. Apa yang menarik kedua-dua gol kemenangan itu adalah melalui tandukan dari hantaran lambung dari sebelah sayap kiri.


Mungkin hanya satu kebetulan sahaja namun apa yang pasti Rafael Benitez dan seterunya, SAF agak terkejut dengan pemecatan Filipao dan sama-sama meluahkan rasa sedih atas berita tersebut. Menurut berita terbaru, Guus Hiddink yang sedang mengurus Russia telah diberi kebenaran untuk berbincang dengan Chelsea untuk menjawat jawatan pengurus Chelsea pada musim panas ini.
Read More

EPL: Torres penyelamat Sang Merah






Bertemu dengan Portsmouth yang tidak menang sejak November tahun lepas, Rafael Benitez mengambil langkah yang sangat berani untuk mencuba formasi dengan kesebelasan utama yang sangat berbeza. Apa tidaknya dapat dilihat 6 pemain pertahanan bermain untuk permulaan permainan. Suatu yang percaturan yang menarik dan membingungkan juga apabila Rafa bertindak menyimpan pemain utama seperti Fernando Torres, Dirk Kuyt dan Xabi Alonso. Walaupun terdapat pendapat awal yang Sami Hyypia akan turun untuk membanteras Peter Crouch namun tidak menjadi kenyataan. Jelas ketiadaan Steven Gerrard amat dirasai apabila corak permainan The Reds turut berubah dari kebiasaannya.

Separuh masa pertama agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Apa yang bagus barisan Liverpool ini adalah mereka cepat untuk memberi tekanan setiap kali pemain Pompey mendapat bola tetapi yang kurang bagus adalah mereka sering kehilangan bola, sukar untuk mengekalkan penguasaan bola dan sering hilang hala tuju dengan membuat hantaran yang tidak sampai. Gandingan Ryan Babel dan Davin Ngog juga masih kurang persefahaman dan kadang kala bertindak kurang tenang dalam mencari penyudah. Secara amnya penyudah Liverpool amat tumpul sehingga kemasukkan Torres di separuh masa ke-2. Yang menarik adalah persefahaman yang baik oleh Fabio Aurelio dan Andrea Dossena yang sering bertukar-tukar posisi dan membuat larian dan hantaran dari sebelah sayap kiri. Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa dengan percubaan terbaik dari Liverpool oleh Javier Mascherano dari jarak 30 meter yang membuatkan David James terpaksa terbang menepis bola keluar.

Tidak sampai sejam beraksi, Ngog digantikan oleh Kuyt yang terus membuat kesan dengan melorongkan bola ke hadapan pintu gol yang terbuka namun Babel yang tidak dikawal gagal mengawal kakinya dan bola terus berlalu pergi. Lebih memilukan selang 3 minit selepas itu Pompey dihadapan hasil jaringan David Nugent yang tidak dikawal setelah menerima hantaran dari Crouch. Nugent seorang penyokong Everton sebelum itu kelihatan mengejek penyokong Liverpool dengan membuat simbol 1-0 kekalahan Liverpool kepada Everton dalam Piala FA.

Pada minit ke-68 Crouch membuat hantaran ke penjaga gol dan cuba dipintas oleh Dirk Kuyt dan David James berjaya menghalang menggunakan tangannya. Pengadil yang sedar dengan kejadian itu telah memberi sepakan tidak langsung kepada Liverpool. Xabi Alonso yang baru masuk menggantikan Dossena menghulurkan bola dan disambar oleh Aurelio dengan satu tendangan padu menuju ke penjuru kiri gol Portsmouth dan gagal dihalang oleh Niko Krancjar yang sedang berkawal di situ.

Kelemahan pertahanan Liverpool terhadap set-pieces terserlah sekali lagi apabila melepaskan gol kedua pada minit ke-78 hasil tandukan pertahanan Iceland, Hermann Hreidarsson yang menerima lambungan sepakan percuma Nadir Belhadj setelah Aurelio mengasari Glen Johnson. Ini kali ke-2 Pompey mendahului The Reds dalam perlawanan ini dan pengurus mereka, Tony Adams melepaskan tumbukan tanda kegembiraan. Fernando Torres yang baru sahaja masuk untuk Babel nampaknya terpaksa bekerja lebih keras dalam 10 minit terakhir ini.

Ternyata gol tersebut sedikit membakar semangat juang pemain Pompey dan merentap semangat The Reds dengan Pompey terus menguasai permainan dengan pergerakan serangan oleh Peter Crouch. Pun begitu pada minit ke-85 Torres yang mara kehadapan melorongkan bola ke Kuyt yang menewaskan Sylvain Distin dan melepaskan tendangan ke near post, suatu sudut yang sukar bila mana James sememangnya sudah menutup ruang. Namun James telah menampan bola tersebut ke dalam gawangnya sendiri. Liverpool kembali mengikat kedudukan dan kali ini kelihatan Tony Adams menyepak kerusi pula.

Menuju ke masa penamat dan bermain dalam masa kecederaan, Liverpool telah mengesahkan gelaran Kings of Comebacks apabila memperolehi gol kemenangan menerusi tandukan Torres yang menerima hantaran Yahudi dari sayap kiri. Sekali lagi James memainkan peranannya apabila gagal menepis keluar tandukan el-Nino sebaliknya menampan ke jaring sendiri. Kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan Liverpool melonjak ke kedudukan teratas liga buat sementara sebelum Manchester United bertemu West Ham di Upton Park.

Kemenangan ini sudah pasti amat melegakan Rafael Benitez yang sudah pasti akan terlepas dari kritikan umum setelah menurunkan barisan yang amat luar biasa dan merehatkan beberapa pemain utama sedangkan tiada perlawanan lain dalam masa terdekat ini. Liverpool hanya akan bermain dalam tempoh 2 minggu di Anfield untuk melayan kunjungan Manchester City.

Berikut adalah populasi gol dan percubaan ke arah gol perlawanan ini.

Read More

Kapten direhatkan 3 minggu

Keputusan dari pemeriksaan terhadap kecederaan hamstring di kaki kiri Steven Gerrard dapat disimpulkan bahawa kapten Liverpool terpaksa direhatkan selama 3 minggu. Boleh dikatakan Gerrard hanya mungkin kembali pada perlawanan pada hujung bulan Februari ini ketika menentang Middlesbrough di gelanggang lawan. Apa yang pasti Gerrard akan terlepas untuk beraksi dalam perlawanan terdekat ini ketika bertandang ke Portsmouth dan juga tidak dapat menyertai skuad kebangsaan England menentang Sepanyol.

Selain dari itu perlawanan penting pusingan kedua Piala Juara Eropah di gelanggang Real Madrid juga bakal menyaksikan Liverpool beraksi tanpa Gerrard. Namun Gerrard masih boleh beraksi dalam perlawanan timbal balik di Anfield. Persoalannya sekarang adalah bagaimana The Reds menempuh dugaan beraksi tanpa kelibat kapten kerana jelas kelihatan tempangnya Liverpool setelah Gerrard di keluarkan pada minit ke-16 dalam perlawanan menentang Everton di Goodison Park.

Tanpa Gerrard dan Robbie Keane yang telah dihantar semula ke White Hart Lane, Rafael Benitez seakan tiada pemain lain yang mampu mengisi tempat 'pemain tengah menyerang' untuk bermain formasi 4-4-1-1 yang sangat sesuai dengan corak permainan Liverpool ketika ini. Jelas setelah kemasukan Yahudi dan bertukar ke formasi 4-4-2 dengan Dirk Kuyt bertukar ke tengah, Liverpool jelas tidak mempunyai kuasa penerjah ke dalam kawasan Everton.

Namun apa pun keadaannya, penyokong The Reds tetap percaya Rafa akan cuba buat terbaik untuk menyaingi pendahulu liga dan hanya itulah yang terbaik dilakukan setelah tersingkir dari 2 persaingan piala domestik.
Read More

Piala FA: Liverpool terkandas di pusingan ke-4






Taktik menunggu penentuan penalti akhirnya ternyata suatu yang sangat mahal harganya buat Liverpool apabila Dan Gosling menjaringkan gol kemenangan Everton beberapa minit sebelum tamat permainan separuh masa ke-2 masa tambahan dalam perlawanan ulangan pusingan ke-4 Piala FA di Goodison Park. Liverpool sememangnya mengharapkan kecemerlangan Jose Reina untuk menang penentuan penalti setelah tidak mampu menyaingi serangan Everton yang ternyata mempunyai kelebihan dari segi mental dan bilangan pemain.

Sebelum sepak mula, Liverpool kelihatan mempunyai barisan yang lebih baik walaupun membuat 2 pertukaran dengan memasukkan Lucas Leiva dan Andrea Dossena dengan merehatkan Javier Mascherano dan Fabio Aurelio. Manakala Everton pula tidak membariskan penyerang asli dengan meletakkan Tim Cahill bertindak sebagai penyerang setelah Anichebe bertengkar dengan David Moyes. Namun keadaan sedikit berubah selepas kecederaan kapten The Reds dan digantikan dengan Yahudi namun tidak berupaya beraksi sebaik perlawanan menentang Chelsea hujung minggu lepas. Separuh masa pertama berlangsung dengan seimbang dengan kedua-dua pasukan mendapat peluang yang sama rata namun tiada sebarang gol dihasilkan.

Separuh masa kedua juga berlangsung seimbang namun Liverpool yang lebih banyak mencipta peluang dan percubaan ke arah pintu gol Everton walaupun kelihatan sedikit tempang tanpa kelibat Steven Gerrard. Everton hampir mendapat gol pertama melalui tendangan kaki kiri Leon Osman yang sedikit tersasar dan menggegarkan tiang walaupun Reina telah pun tertewas. Kemudiannya Liverpool kehilangan seorang pemain apabila Lucas dilayangkan kad kuning ke-2 kerana mengasari Joleon Lescott pada minit ke-76. Rafael Benitez kemudiannya memasukkan Javier Mascherano untuk Alberto Reira dan Liverpool mula bertahan untuk mengheret permainan ke masa tambahan dan seterusnya ke sepakan penalti. Everton yang mempunyai kelebihan pemain juga tidak mampu mengambil kesempatan dan kedudukan 0-0 kekal sehingga 90 minit masa sebenar tamat.

Bermula sahaja masa tambahan Everton bagaikan singa lapar terus menerpa ke arah pintu gol Liverpool dan mencipta beberapa peluang gol namun gagal menewaskan Reina yang masih bertahan. Rafa seterusnya menggantikan Fernando Torres yang nyata keletihan dan digantikan oleh Ryan Babel namun tidak memberi kesan yang mendalam. Masih kebuntuan dan kedudukan masih kekal 0-0 ketika memasuki separuh masa kedua masa tambahan.

Hanya ketika Liverpool hanya bertahan dan menunggu masa tamat untuk penentuan sepakan penalti, Everton menerusi Andy Van der Meyde membuat larian disebelah kanan dan menghantar ke Gosling yang mengawal bola dan melepaskan satu tendangan ke arah penjuru kiri Reina. Bola yang terkena kaki Martin Skrtel melambung tinggi dan gagal ditepis oleh Reina. Jaringan gol pada minit ke-119 tersebut ternyata tidak mampu dibalas semula oleh Liverpool dan Everton berjaya meneruskan perjalanan ke pusingan ke-5 untuk bertemu Aston Villa.
Read More

Kesebelasan utama: 2 pertukaran


Lucas kembali ke barisan utama menggantikan Javier Mascherano dan juga Andrea Dossena untuk Fabio Aurelio yang mungkin mendapat kecederaan ketika menentang Chelsea.
Read More

Preview Piala FA: Perlawanan ulangan pusingan ke-4

Everton (WDDDL) vs Liverpool FC (DDDDW)
Goodison Park
Piala FA (Ulangan pusingan ke-4)

Rafael Benitez dijangkakan akan menurunkan skuad yang hampir sama ketika menentang Chelsea tempoh hari. Mungkin kerana tidak perlu risau akan perlawanan di hujung minggu menentang Portsmouth yang masih belum menang sebarang perlawanan sejak kemenangan terakhir mereka pada 30 November tahun lepas.

Tambahan pula, berita yang agak menarik dari taman seberang yang diberitakan mungkin membariskan skuad tanpa pemain penyerang setelah satu-satunya penyerang yang layak bermain, Victor Anichebe terlibat dalam satu pertengkaran dengan David Moyes ketika sesi latihan. Anichebe telah disingkirkan dari sesi latihan tersebut dan pertengkaran itu dikatakan berpunca dari kurang puas hati terhadap pengurusnya yang telah meminjam penyerang Brazil, Jo dari Manchester City.

Pun begitu Jo tidak dapat disenaraikan untuk Everton kerana telah terlibat dalam pasukan Manchester City dalam Piala FA sebelum berpindah ke Everton. Maka dengan itu Tim Cahill dijangka akan menjadi 'penyerang terjun' untuk The Toffees. Namun kehadiran Maruoane Fellaini, pemain tinggi lampai yang tidak bermain dalam 2 Merseyside derby lalu sedikit akan menimbulkan masalah kepada The Reds terutama pada set-piece bola hantaran tinggi.

Tiada sebarang kecederaan baru buat The Reds dan semua pemain utama kecuali Philip Degen disahkan cergas untuk beraksi.
Read More

Perpindahan Januari

Seperti yang telah dinyatakan oleh Rafael Benitez pada awal tingkap perpindahan Januari bahawa tiada pembelian masuk yang besar untuk Liverpool telah terbukti benar. Hanya ada satu perpindahan pemain muda Iceland, Victor Palsson yang dibawa masuk dari pasukan Liga Denmark. Pun begitu hanya satu perpindahan keluar yang telah berlangsung pada hari terakhir perpindahan Januari.

Robbie Keane yang dibeli pada musim panas lalu telah dihantar pulang semula ke White Hart Lane dengan jumlah bayaran yang tidak didedahkan umum namun khabar angin mengatakan harga perpindahan tersebut tidak kurang dari £12 juta. Kekosongan yang ditinggalkan oleh Keane ini telah mengundang beberapa spekulasi yang kononnya Rafa akan membawa masuk beberapa nama besar ke dalam skuad Liverpool seperti David Villa dan Javier Saviola namun sehingga kini tiada pengesahan tentang perkara tersebut.

Dengan adanya pemain muda seperti David Ngog dan Nabil el-Zhar, The Reds seharusnya boleh mencuba gandingan ini untuk barisan pelapis menggantikan Keane terutamanya Ngog yang telah beraksi cemerlang dalam Liga Simpanan. Perpindahan yang lain hanyalah sekadar pinjaman pemain belia dan remaja ke pasukan liga bawah.
Read More

Manchester United gembira Liverpool menang

Pegawai Manchester United dengan angkuhnya menerusi laman rasminya ternyata berpuas hati dengan kemenangan Liverpool ke atas Chelsea kerana beranggapan Chelsea adalah pencabar mereka yang lebih kuat berbanding The Reds. Mereka menyatakan Chelsea sebuah pasukan yang lebih baik di setiap segi berbanding Liverpool dan kemenangan Liverpool tidak sedikit pun membimbangkan mereka.

Sila klik di sini untuk berita lebih lanjut.
Read More

Robbie Keane pulang ke gagang

Setelah banyak spekulasi berlegar-legar di ruangan forum, laman sesawang dan juga perbualan di kedai kopi setelah kehilangan Robbie Keane dari barisan Rafael Benitez kini terjawab setelah pihak pengurusan Tottenham Hotspur mengesahkan kepulangan Keane ke pangkuan White Hart Lane.

Keane yang tidak tersenarai dalam skuad Liverpool yang menang ke atas Chelsea diberitakan telah ke Spurs pada pagi Isnin untuk perbincangan kontrak setelah mendapat kebenaran pengurusan Liverpool. Kedua-dua pihak mencapai persetujuan kontrak pada petang Isnin sebelum Spurs mengumumkan berita tersebut pada 5.30 petang (waktu UK).

Bercakap kepada laman rasmi Spurs, Keane menyatakan tindakan meninggalkan White Hart Lane 6 bulan lepas adalah suatu yang amat sukar dan ternyata tindakannya dahulu suatu kesilapan. Keane juga berjanji akan berjuang untuk Spurs dalam membalas kepercayaan peminat mereka.
Read More

EPL: Torres: 2 Chelsea: 0





Liverpool seakan telah melupakan bulan Januari yang mengecewakan dengan membuka lembaran baru setelah menundukkan Chelsea di Anfield. Ini adalah kemenangan berganda ke atas Chelsea yang pertama sejak musim 1989/1990 yang juga musim terakhir kemenangan The Reds dalam saingan liga utama di England.

Walaupun seakan tidak berupaya untuk melepasi tembok terakhir Chelsea di sepanjang separuh masa pertama di mana The Blues lebih menguasai perlawanan namun jumlah percubaan adalah lebih banyak dilakukan oleh The Reds. Pun begitu pertahanan Chelsea lebih banyak bertahan sebenarnya kerana sering berkampung sehingga 5-6 pemain setiap kali Liverpool mula mengatur serangan. Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan.

Separuh masa kedua lebih dikuasai oleh Liverpool yang mula mengatur serangan sejak sepak mula. Permainan bertambah hangat setelah tonggak Chelsea, Frank Lampard dibuang padang setelah mengasari Xabi Alonso. Suatu keputusan yang kontroversi apabila ramai yang berpendapat Alonso juga bertindak membalas terjahan Lampard itu namun terjahan 2 kakinya dan lompatan Alonso yang mengelak membuatkan Mike Riley tidak berfikir panjang untuk menghadiahkan kad merah buat Lampard.


Dengan keputusan ini Liverpool tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengasak Chelsea yang semakin bertahan namun masih tidak berjaya menghasilkan sebarang gol dan keadaan kelihatan semakin mendesak sehinggakan Steven Gerrard juga dihadiahkan kad kuning kerana dituduh membuat 'dive' di hadapan kotak penalti. Hanya setelah kemasukan Yahudi menggantikan Albert Riera pada minit ke-74 serangan Liverpool bertambah bahaya dengan kadar kemasukan pergerakan ke kotak penalti bertambah dan juga lebih banyak percubaan ke arah gol dihasilkan.

Pada minit ke-88 Fabio Aurelio telah melambungkan bola ke arah 'near post' dan sempat disambar Fernando Torres yang membuat tandukan nipis dan gagal diselamatkan oleh Petr Cech. Berbeza dengan beberapa perlawanan lepas, Liverpool terus mengasak walaupun sudah mendahului 1-0. Hasilnya pada minit ke-93 Ashley Cole yang diasak Yahudi telah terlepas bola dan Yahudi dengan mudah menghantar ke Torres yang menyumbat bola ke pintu yang ternga-nga. Sejurus kemudian Rafel Benitez mengeluarkan Torres yang mendapat 'penghormatan berdiri'. Kemenangan 2-0 di saat akhir ini juga membuatkan The Reds kembali mendapat semangat untuk mengejar pendahulu liga, Manchester United.

Read More

Tiada lagi Robbie Keane


Read More

Preview EPL: Liverpool vs Chelsea


Liverpool FC (DWWDDD) vs Chelsea (DWDLWW)

Anfield

English Premier League

Dengan tanpa sebarang kemenangan dalam EPL semasa bulan Januari membuatkan Liverpool semakin ketinggalan mata dengan pendahulu liga, Manchester United. Chelsea yang dibelasah Red Devils sedikit bernasib baik dalam perlawanan lain dan kini telah memintas Liverpool di tangga ke-2. Namun kedua-dua pasukan sedang ketinggalan 5 mata dari pendahulu liga dan akan semakin ketinggalan sekiranya perlawanan berkesudahan dengan seri.

Walaupun Liverpool telah menokhtahkan kekebalan Chelsea di Stamford Bridge pada Oktober tahun lalu namun prestasi Liverpool terkini tidak sebaik Chelsea. Lagi pun rekod 10 pertemuan terakhir juga berpihak kepada Chelsea dengan 4 kemenangan, 3 kekalahan dan 3 seri. Penyudah Liverpool agak tumpul selepas kemenangan besar ke atas Newcastle United pada penghujung 2008 apabila hanya menjaringkan 5 gol pada sepanjang bulan Januari jumlah yang sama dijaringkan terhadap Newcastle.

Liverpool: Reina, Arbeloa, Skrtel, Agger, Hyypia, Carragher, Dossena, Aurelio, Benayoun, Babel, Alonso, Mascherano, Lucas, Gerrard, Riera, Torres, Kuyt, Keane, Cavalieri.

Chelsea: Cech, Hilario, Taylor, Ferreira, Bosingwa, Terry, Alex, Ivanovic, Mancienne, A Cole, Lampard, Ballack, Mikel, Deco, Kalou, Malouda, Drogba, Anelka, Stoch, Belletti

Injuries:

Liverpool: Arbeloa, Deggen
Chelsea: Essien, J.Cole, Carvalho, Malouda
Player to watch (Yahoo Sports)
Read More

EPL: Liverpool keciciran mata lagi

Wigan Athletic ( 1 - 1 ) Liverpool FC




Suatu keputusan yang menunjukkan masalah dalaman Liverpool agak mengganggu keputusan perlawanan. Walaupun menguasai keseluruhan perlawanan Liverpool tetap gagal menjaringkan gol dengan banyak dan hanya mengekalkan 1 gol separuh masa pertama oleh Yahudi sebelum Lucas mengasari Jason Koumas di dalam petak penalti yang kemudiannya Hossam Mido menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya bersama Wigan.
Rafael Benitez yang sebelum itu menggantikan Fernando Torres dengan Albert Reira tersentak dan dengan pantas memasukkan Robbie Keane untuk Steven Gerrard. Namun dalam tempoh yang terhad tidak ada apa yang mampu dilakukan oleh Keane dan Liverpool terpaksa berpuas hati dengan 1 mata dan Chelsea pula merampas tempat ke-2 di Liga Perdana Inggeris. Inilah kejadian ke-2 berlaku apabila 3 mata The Reds dirampas dalam 10 minit terakhir perlawanan dalam bulan Januari 2009 ini.
Read More

Kem Liverpool dalam kemelut

Beberapa kemelut telah dan sedang melanda Anfield dan telah menutupi kecemerlangan Liverpool menuju ke penghujung tahun 2008. Bermula dengan insiden pergaduhan Steven Gerrard di sebuah kelab malam sehinggalah yang terbaru misteri kehilangan Robbie Keane dari skuad ketika seri menentang Everton dalam perlawanan Piala FA pusingan ke-4. Berikut adalah antara kemelut yang sedang berlegar-legar di kem Liverpool.

1. Kontrak Rafael Benitez - Adalah diberitakan bahawa perbincangan kontrak Rafa masih menemui jalan buntu setelah meminta kuasa mutlak dalam soal perpindahan pemain.

2. Kontrak Daniel Agger - Walau pun diberitakan mahu tetap berada di Anfield namun perbincangan kontrak Agger juga diberitakan masih tidak berjaya.

3. Penjualan Liverpool ke keluarga Arab - Pemilik bersama Liverpool kini dalam masalah pembayaran hutang yang berjumlah £350 juta yang akan tamat tempohnya pada musim panas 2009 ini. Diberitakan juga mereka mahu menjual Liverpool kepada satu keluarga Arab Kuwait dengan harga sekitar £600 juta yang ternyata sangat tinggi berbanding sepatutnya. Walaupun ada kenyataan keluarga Arab itu telah membuat penyelidikkan berkenaan risiko dari pengambil-alihan itu namun masih tiada khabar gembira buat penyokong setia The Reds.

4. Misteri kehilangan Robbie Keane - Setelah beraksi dengan teruk pada pertemuan pertama Merseyside Derby di Anfield, Keane seterusnya telah tidak disenarai langsung pada pertemuan kedua walau di bangku simpanan. Terlalu banyak spekulasi yang telah timbul dari kehilangan ini dan Keane juga diberitakan tidak berada di Anfield untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Kini timbul pula berita bahawa Keane akan di keluarkan dari Anfield sama ada dijual atau dipinjamkan. Antara kelab yang telah dikaitkan dengan Keane adalah Manchester City, Tottenham Hotspur dan juga Everton yang dikhabarkan mahu meminjam sahaja tanpa membayar gaji.

5. Prestasi Fernando Torres - Juga dipersoalkan dalam beberapa laman sesawang yang menyatakan prestasi Torres masih belum mencapai tahap terbaiknya untuk menjaringkan gol dengan banyak. Namun sentuhan dan kawalan bolanya dalam perlawanan terbaru ini telah membantu Steven Gerrard untuk menjaringkan gol penyamaan The Reds.

6. Kes mahkamah Steven Gerrard - Gerrard yang telah dihadapkan ke mahkamah berikutan kejadian di kelab malam mengaku tidak bersalah dan telah dibebaskan dengan ikat jamin. Sebutan mahkamah seterusnya adalah pada bulan Mac ini dan sudah pasti seluruh penyokong Liverpool akan berdoa agar kerjaya Gerrard tidak berakhir di dalam penjara.
Read More

FA Cup: Kapten selamatkan The Reds

Liverpool FC ( 1 - 1 ) Everton


Bermain di gelanggang sendiri sekali gagal dimanfaatkan oleh Liverpool apabila hanya mampu seri 1-1 ketika bertemu pemilik asal Anfield, Everton. Rafael Benitez mempertaruhkan formasi 4-4-1-1 biasa berbanding 4-4-2 yang gagal berfungsi pada perlawanan sebelum ini dengan Robbie Keane tidak disenaraikan langsung walau di bangku simpanan. Kelebihan juga nampak pada Liverpool apabila Everton tidak dapat menggunakan khidmat pemain berkaliber mereka iaitu Mikel Arteta dan juga Fellaini.
Walaupun bermula dengan garang tidak seperti perlawanan sebelum ini, The Reds telah dikejutkan oleh satu serangan balas di sebelah kanan yang memberikan sepakan sudut kepada Everton. Ternyata barisan pertahanan Liverpool telah terkeliru dengan hantaran set-piece Everton dan tandukan Joleon Lescott menerjah jaring melepasi Jose Reina pada minit ke-27 di hadapan The Kops. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama dengan percubaan terbaik Liverpool hanya pada minit ke-12 oleh Jamie Carragher yang membuat satu dummy sebelum melepaskan satu tendangan kencang yang sedikit tersasar ke sebelah kanan pintu gol Tim Howard.
Bermula separuh masa ke-2 hingga ke minit terakhir, Everton hanya bertindak untuk mempertahankan kelebihan jaringan mereka dengan tiada sebarang percubaan dari mereka. Namun taktik bertahan itu tidak dapat menyekat Liverpool membuat serangan demi serangan cuma kekebalan penjaga gol Everton agak sukar di atasi. Gol hanya hadir pada minit ke-54 setelah rembatan Steven Gerrard menerjah jaring setelah menerima hantaran Fernando Torres. Seakan mendapat inspirasi dari gol itu, The Reds terus menerus membuat serangan dalam tempoh sepuluh minit namun Tim Howard berjaya mematahkan setiap percubaan tepat mereka.
Everton kehilangan penyerang tunggal mereka kerana kecederaan dengan memasukan pemain pertahanan ini membuatkan kubu mereka semakin sukar ditembusi. Liverpool juga bertindak dengan mengeluarkan Ryan Babel dengan memasukkan Albert Reira pada minit ke-75 dan seterusnya memberi kesan dengan larian-larian di sebelah kiri. Hasilnya Liverpool berjaya membuat beberapa percubaan pada 10 minit terakhir namun nasib tidak menyebelahi The Reds.
Keputusan ini sudah pasti memberi sedikit kelebihan pada Everton yang akan menjadi hos kepada perlawanan ulangan Piala FA ini yang dijadualkan pada 4 Februari. Pun begitu keputusan di Goodison Park awal musim ini berpihak kepada Liverpool yang telah menang 2-0. Pemenang pertemuan ini diundi untuk bertemu pemenang perlawanan di antara Aston Villa dan Doncaster Rovers.
Read More

Tiada Keane dalam kesebelasan utama

Liverpool FC vs Everton

Subs: Cavalieri, Hyypia, Riera, Aurelio, Benayoun, Lucas, Ngog.
Read More

Preview Piala FA: Liverpool vs Everton

Liverpool FC (WWWDD) vs Everton (WWWWD)

Anfield

Piala FA (Pusingan ke-4)

Pertemuan kedua Merseyside Derby dalam tempoh seminggu setelah pertemuan pertama kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1. Walaupun Liverpool dijangkakan dapat menang mudah dalam perlawanan tersebut namun Everton lebih garang dalam mengatur serangan walaupun hanya mampu mengikat jaringan pada 3 minit sebelum tamat perlawanan. Suatu keputusan yang amat mengecewakan penyokong The Reds yang mahu Liverpool memintas musuh ketat Manchester United.

Perlawanan ini juga mungkin tidak banyak berbeza dari segi barisan kesebelasan utama terutamanya di pihak Everton yang masih diselubungi masalah kecederaan dan hanya seorang penyerang yang mungkin diturunkan. Penyerang yang telah mengucar-kacirkan pertahanan Liverpool pad sepanjang 90 minit perlawanan dan juga hampir mendapat sepakan penalti pada separuh masa kedua. Pun begitu terdapat khabar angin yang menyatakan Rafael Benitez hanya akan menurunkan pasukan kedua untuk pertemuan ini kerana lebih mementingkan pertemuan Liga Perdana Inggeris dengan Wigan dan Chelsea namun dalam kenyataan akhbar beliau telah menegaskan Piala FA tetap menjadi agenda utama ketika ini. Maka sudah pasti Rafa akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk mendapatkan kemenangan.

Pun begitu tidak dapat dipastikan Robbie Keane akan diturunkan setelah persembahannya yang tidak memberangsangkan pada pertemuan lepas. Mungkin juga Rafa kembali bermain formasi 4-4-1-1 yang amat digemarinya di samping sangat efektif buat penyerang tunggal sewaktu Fernando Torres beraksi. Daniel Agger bakal terlepas peluang untuk bermain kerana kecederaan pada betis dan hanya dijangka sembuh pada hari perlawanan dan kembali kepada tahap kecergasan pada 2 hari selepas itu.

Liverpool: Reina, Carragher, Arbeloa, Hyypia, Skrtel, Aurelio, Alonso, Benayoun, Lucas, Mascherano, Gerrard, Babel, Keane, Kuyt, Torres, Riera, Ngog, El Zhar, Cavalieri

Everton: Howard, Hibbert, Baines, Jagielka, Lescott, Neville, Arteta, Pienaar, Castillo, Cahill, Anichebe, Nash, Van Der Meyde, Rodwell, Gosling, Jutkiewicz, Kissock.

Kecederaan:

Liverpool: Deggen, Agger

Everton: Saha, Yobo, Yakubu, Valente, Vaughan

Penggantungan:

Liverpool: -

Everton: Fellaini
Read More

Steven Gerrard bebas dengan ikat jamin

Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan seorang DJ dalam kejadian di sebuah kelab malam pada 28 Disember yang lalu. Berikutan itu Gerrard telah dibebaskan dengan ikat jamin sehingga sebutan semula kes ini pada 20 Mac di mahkamah di Southport.

Sehubungan dengan itu, Gerrard juga dipercayai akan mengetuai pasukan Liverpool dalam perlawanan Piala FA bertemu Everton dalam misi untuk menebus kesilapan 3 minit terakhir setelah Tim Cahill meragut kemenangan Liverpool dengan gol tandukan kebelakang.
Read More

Emile Heskey tidak ke Anfield

Walaupun digembar gemburkan akan menyertai kem Liverpool secara percuma di penghujung musim ini namun khabar angin itu adalah meleset sama sekali apabila Emile Heskey telah bersetuju menanda tangani kontrak bersama Aston Villa dengan bayaran perpindahan sebanyak £3.5 juta. Penyerang berusia 31 tahun ini akan bersatu semula dengan boss lamanya di Leicester City iaitu Martin O'Neill yang juga berharap kehadiran Heskey akan mengukuhkan cengkaman Villa dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dengan ini Rafael Benitez nampaknya tidak berminat untuk menambah pemain dibarisan serangan lagi pun Liverpool tidak lemah dibahagian tersebut kerana mempunyai beberapa pemain hebat di posisi serangan. Cuma bahagian kanan agak merumitkan terutamanya sayap kanan kerana tiada pemain semula jadi di situ setelah pemergian Jermaine Pennant ke Porstmouth.
Read More

Luahan perasaan Jermaine Pennant

Pemain sayap yang tersisih dan terbuang yang juga pemain bermasalah, Jermaine Pennant yang suatu ketika sebelum perpindahannya ke Portsmouth pernah berkata mahu terus tinggal dan berjuang di Anfield kini telah meluahkan perasaan kecewanya terhadap kehidupannya ketika menyarung jersi The Reds. Pennant menyatakan kesukaran untuknya berada dalam pasukan pilihan Rafael Benitez adalah kerana dia seorang rakyat England manakala Rafa pula lebih sukakan pemain luar England untuk bermain dalam Liverpool.

Pennant juga tidak merasakan akan dipanggil semula untuk menyertai The Reds dan mahu terus kekal berkhidmat dengan Pompey sehingga kontraknya tamat di penghujung musim ini. Untuk rekod, Pennant telah dibeli dari kelab Birmingham City pada 2005 dengan harga £6 juta dan berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan utama sehingga bermain untuk Liverpool ketika menjuarai Champion League. Namun dia hanya bermain 3 kali selepas sembuh dari keretakan tulang kaki pada musim ini.

Namun begitu, penampilan sulung Pennant dalam sebelasan utama Pompey tidak mampu menyelamatkan pasukan barunya itu daripada dimalukan di tempat sendiri oleh pasukan liga Championship, Swansea City dengan keputusan 2-0.
Read More

EPL: The Reds diikat lagi

Liverpool FC (1-1) Everton

Walaupun dari atas kertas nampak barisan Liverpool lebih mantap dari semua segi namun ia gagal dizahirkan di atas padang apabila Everton lebih garang menyerang gawang The Reds. Ini terbukti apabila melakukan 6 percubaan ke gol berbanding hanya 2 percubaan oleh Liverpool. Formasi 4-4-1 yang menggandingkan 2 penyerang yang sangat dinantikan oleh peminat The Reds telah gagal direalisasikan oleh Fernando Torres dan Robbie Keane apabila gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang lebih sejam bersama. Ironinya gol hanya hadir setelah seminit Keane diganti oleh Si Yahudi dan Liverpool seakan kembali bermain dengan formasi 4-4-1-1.

Setelah mendahului 1-0 Liverpool tidak juga garang untuk menambah gol sebaliknya Rafael Benitez mengeluarkan Fernando Torres dan digantikan dengan pemain tengah, Lucas Leiva yang bermain dengan agak teruk apabila banyak membuang bola dan membuat kekasaran. Dan saat malang Liverpool hadir apabila Si Yahudi mengasari penyerang tunggal Everton yang bermain dengan sangat baik sepanjang perlawanan. Sepakan bebas dari kekasaran itu telah disambar oleh Tim Cahill dengan membuat tandukan kebelakang yang gagal diselamatkan oleh Jose Reina.

Tersentak dengan gol penyamaan Everton, Rafa bertindak memasukkan Ryan Babel untuk menguatkan serangan namun ternyata terlalu lambat untuk berbuat apa-apa. Liverpool kekal di tangga ke-2 dibelakang musuh ketat, Manchester United yang mempunyai kelebihan 1 perlawanan.

Read More

Keputusan yang mengecewakan

Mengeluarkan Fernando Torres, satu-satunya pemain yang bertindak sebagai penyerang ketika hanya mendahului 1-0 di minit ke-87 dan menggantikannya dengan pemain tengah yang sentiasa dalam keadaan 'hilang punca' ketika Everton masih mampu membuat sesuatu kejutan kepada The Reds merupakan satu kesilapan percaturan oleh Rafael Benitez atau tiada nasib untuk Liverpool untuk perlawanan ini atau masih terlalu awal untuk menentukan kesilapan siapa dalam kegagalan mendapatkan mata penuh di gelanggang sendiri.

Apa yang pasti kekecewaan jelas kelihatan kepada penyokong Liverpool apabila terus meninggalkan Anfield ketika perlawanan menuju masa penamat. Seri kali ke-8 untuk musim ini dan gagal memintas Manchester United yang kurang satu perlawanan walaupun mempunyai mata yang sama. Keputusan seri ini bakal memberi tekanan yang lebih kuat terhadap The Reds dan Rafael Benitez.
Read More

Berita sepak mula Liverpool vs Everton

Barisan permulaan yang meyakinkan buat Liverpool apabila menurunkan 2 penyerang termahal The Reds di bahagian hadapan, Fernando Torres dan Robbie Keane untuk formasi 4-4-2 (4-2-4?) manakala Everton yang berhadapan dengan masalah kecederaan bermain secara penyerang tunggal dengan formasi 4-5-1 yang membayangkan akan bermain corak agak bertahan dan menyukarkan Liverpool untuk menembusi bahagian tengah mereka.
Read More

Para Sahabat