Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Ahad, Februari 15, 2009

Steven Gerrard kembali untuk Real Madrid?

Walaupun pada pemeriksaan awal mendapati Steven Gerrard akan direhatkan selama 3 minggu sehingga penghujung bulan Februari ini namun perkhabaran terbaru menyatakan kapten The Reds akan kembali bermain seawal perlawanan menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu. Dengan ketumpulan barisan serangan Liverpool baru-baru ini membuatkan khidmat Gerrard terpaksa ditagih membantu Liverpool mencatatkan sesuatu yang luar biasa di gelanggang lawan.

Apa yang pasti Gerrard tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris kerana mahu memastikan kecederaannya benar-benar sembuh menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah itu. Rafael Benitez juga tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan Gerrard buat seketika namun terpaksa melupakan khidmat Gerrard untuk jangka masa yang lebih panjang sekiranya kecederaannya berulang.

4 comments:

Amberan berkata...

ManCity boleh kantoi sbb bek diorang sume hampeh.. ngan portmouth pun kena 2-0

16 Februari 2009 pada 4:22 PG
Joe Radzif berkata...

tu le pasal...
striker carik world class...
tapi defend tak leh nak ada

16 Februari 2009 pada 8:36 PG
utusanlfc (Johardy Ibrahim) berkata...

sebenarnya, kalau Robinho tu tak dikawal rapi, bahaya jugak tu yop.... so our own backline pun kena prudent

16 Februari 2009 pada 3:54 PTG
Joe Radzif berkata...

kome nih orang perok ke yop...
he he he

setuju...
agaknya Rafa turun 6 defend lagik ke lawan man-c nih

16 Februari 2009 pada 4:08 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat