Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Isnin, Januari 26, 2009

FA Cup: Kapten selamatkan The Reds

Liverpool FC ( 1 - 1 ) Everton


Bermain di gelanggang sendiri sekali gagal dimanfaatkan oleh Liverpool apabila hanya mampu seri 1-1 ketika bertemu pemilik asal Anfield, Everton. Rafael Benitez mempertaruhkan formasi 4-4-1-1 biasa berbanding 4-4-2 yang gagal berfungsi pada perlawanan sebelum ini dengan Robbie Keane tidak disenaraikan langsung walau di bangku simpanan. Kelebihan juga nampak pada Liverpool apabila Everton tidak dapat menggunakan khidmat pemain berkaliber mereka iaitu Mikel Arteta dan juga Fellaini.
Walaupun bermula dengan garang tidak seperti perlawanan sebelum ini, The Reds telah dikejutkan oleh satu serangan balas di sebelah kanan yang memberikan sepakan sudut kepada Everton. Ternyata barisan pertahanan Liverpool telah terkeliru dengan hantaran set-piece Everton dan tandukan Joleon Lescott menerjah jaring melepasi Jose Reina pada minit ke-27 di hadapan The Kops. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama dengan percubaan terbaik Liverpool hanya pada minit ke-12 oleh Jamie Carragher yang membuat satu dummy sebelum melepaskan satu tendangan kencang yang sedikit tersasar ke sebelah kanan pintu gol Tim Howard.
Bermula separuh masa ke-2 hingga ke minit terakhir, Everton hanya bertindak untuk mempertahankan kelebihan jaringan mereka dengan tiada sebarang percubaan dari mereka. Namun taktik bertahan itu tidak dapat menyekat Liverpool membuat serangan demi serangan cuma kekebalan penjaga gol Everton agak sukar di atasi. Gol hanya hadir pada minit ke-54 setelah rembatan Steven Gerrard menerjah jaring setelah menerima hantaran Fernando Torres. Seakan mendapat inspirasi dari gol itu, The Reds terus menerus membuat serangan dalam tempoh sepuluh minit namun Tim Howard berjaya mematahkan setiap percubaan tepat mereka.
Everton kehilangan penyerang tunggal mereka kerana kecederaan dengan memasukan pemain pertahanan ini membuatkan kubu mereka semakin sukar ditembusi. Liverpool juga bertindak dengan mengeluarkan Ryan Babel dengan memasukkan Albert Reira pada minit ke-75 dan seterusnya memberi kesan dengan larian-larian di sebelah kiri. Hasilnya Liverpool berjaya membuat beberapa percubaan pada 10 minit terakhir namun nasib tidak menyebelahi The Reds.
Keputusan ini sudah pasti memberi sedikit kelebihan pada Everton yang akan menjadi hos kepada perlawanan ulangan Piala FA ini yang dijadualkan pada 4 Februari. Pun begitu keputusan di Goodison Park awal musim ini berpihak kepada Liverpool yang telah menang 2-0. Pemenang pertemuan ini diundi untuk bertemu pemenang perlawanan di antara Aston Villa dan Doncaster Rovers.

2 comments:

utusanlfc (Johardy Ibrahim) berkata...

Sesungguhnya saya sungguh mengagumi blog-blog penyokong LFC yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia. Saya tahu betapa sukarnya berbuat demikian tatkala dalam kebanyakan masa, rujukan yang diperolehi dalam Internet adalah dalam Bahasa Inggeris yang memerlukan skil terjemahan yang tinggi. Syabas!

Anda Tidak Berjalan Keseorangan? hehehe

SALAM PERKENALAN!

26 Januari 2009 pada 10:02 PTG
Joe Radzif berkata...

Salam bro...

Saya bersetuju dengan bro...
kengkadang terpaksa baca satu news beberapa kali untuk pahamkan dan translate balik dalam Bahasa Melayu...

Yup...
Anda tidak berjalan berseorangan...

27 Januari 2009 pada 10:38 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat