Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Rabu, Februari 11, 2009

Liverpool terletak di Sepanyol?

Menjelang perlawanan persahabatan di antara Sepanyol dan England satu perkara yang nyata dapat dilihat adalah ketiadaan pemain Liverpool di dalam pasukan England. Steven Gerrard yang masih dalam keadaan cedera sudah pasti tidak akan bermain tambahan pula Fabio Capello sebelum ini dengan lantang mengkritik Gerrard setelah peristiwa berdarah di kelab malam penghujung tahun 2008.

Seorang lagi pemain Inggeris yang cemerlang di Anfield sudah lama menggantung but untuk skuad kebangsaan akibat kekecewaannya apabila tidak dilayan dengan adil oleh pengurus Englan sebelum ini. Namun sekiranya Capello memanggil Jamie Carragher ke dalam skuad England apakah Carra dapat bermain pasukan utama? Manakala Jermaine Pennant yang tidak mampu bermain untuk Liverpool sudah pasti juga tidak mampu untuk dilihat oleh Capello untuk ditambah ke dalam skuadnya.

Namun sekian kalinya Capello kelihatan semasa Liverpool bermain adalah kerana apa? Apakah hanya untuk menyatakan sokongannya kepada Liverpool, atau untuk mencari pemain untuk skuad England atau cuba mengkaji permainan pemain Sepanyol menjelang pertemuan mereka?

Lihat pula skuad Sepanyol yang sudah pasti menagih penyerang Liverpool yang kian keletihan namun masih mampu menjaringkan gol di masa tambahan. Fernando Torres sudah pasti menjadi ayam tambatan Sepanyol tambahan pula mereka terhutang budi kepada Torres yang memberikan mereka Piala Eropah setelah menunggu selama 44 tahun. Kali ini 5 pemain Liverpool berada dalam skuad Sepanyol termasuk Xabi Alonso, Alvaro Arbeloa, Pepe Reina dan Albert Riera namun kemungkinan hanya Torres akan bermain kesebelasan utama.

Dengan situasi ini kelihatan seperti Liverpool sebagai sebuah kelab Sepanyol pula. Berbeza pada 90-an di mana pemain Liverpool akan berada di skuad England seperti David James, Jamie Redknapp, Steve McManaman, Robbie Fowler, Michael Owen dan beberapa nama yang lain. Mungkin Rafael Benitez dihantar oleh Sepanyol untuk melatih dan membentuk skuad Sepanyol Perantau (Spanish Wanderers) yang akan menyesuaikan diri dengan permainan England dan seterusnya dapat membantu skuad Sepanyol dalam melemahkan bisa skuad England sekiranya mereka bertemu di pentas antarabangsa.

2 comments:

utusanlfc (Johardy Ibrahim) berkata...

SPANISH WANDERERS? Takpa. Asalkan bukan Bolton. Topik utama diskusi tidak penting pada England. Mustajabnya dan maha afdalnya jika musyawarah kita tertumpu pada perihal Liverpool FC secara khusus. Bukan begitu? he he he he

12 Februari 2009 pada 1:36 PTG
Joe Radzif berkata...

ye betul...
sesungguhnya akoo pon tak sokong England, tak pernah dan tak akan sokong penjajah nih...

err...
akoo sokong Germany

12 Februari 2009 pada 2:25 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat