Rebiu Prestasi Pemain Baru Perpindahan Musim Panas 2008
Setelah beberapa bulan beraksi dalam perlawanan Liverpool, kini tiba masanya kita lihat kembali prestasi beberapa pemain yang di beli oleh Rafa pada musim panas 2008:1) Diego Cavalieri (3 juta pound dari Palmeiras)

Ramalan Akhir Musim: Cavalieri akan kekal sebagai penjaga gol ke 2 untuk Liverpool, Itandje akan di jual kerana dia tidak berpuas hati dengan peluang yang diberikan untuk masuk ke kesebelasan utama Liverpool FC.
2) Philipp Degen (perpindahan percuma dari Borussia Dortmund)

Ramalan Akhir Musim: Degen akan terus menjadi pemain no 3 di belakang Arbeloa & Carra? Rafa akan membeli seorang lagi bek kanan (Glen Johnson?) sebagai backup sekiranya Degen di jual pada akhir musim. Bagi aku, Rafa memang tak berminat nak simpan pemain-pemainnya yang mudah cedera. Degen akan dijual kecuali dia berjaya cergas & bermain dengan baik sebelum akhir musim.
3) Andrea Dossena (tidak diketahui kos perpindahan, dari Udinese)

Ramalan Akhir (Separuh?) Musim: Akan dijual, mungkin kepada kelab-kelab Itali semula (Milan?) kerana Emiliano Insua telah merampas tempatnya didalam kesebelasan utama Liverpool FC.
4) Albert Riera (8 juta pound dari Espanyol)

Ramalan Akhir Musim: Riera akan terus mengungguli bahagian sayap kiri ketika cergas. Hanya perlukan sedikit masa untuk lihat adakah dia akan terus konsisten & tidak mengalami kecederaan yang berulang-kali. Ingatkah anda kepada Kewell?
5) Robbie Keane (20.3 juta pound dari Tottenham Hotspurs)

Ramalan Akhir Musim: Rata-rata peminat mengatakan yang Keane perlu terus diberikan peluang, manakala peminat yang ekstra-kritis seperti aku hanya mengatakan "Jual je, tak berbaloi untuk 20 juta pound. Baik beli pemain lain". Keane juga pernah menyatakan dalam satu temubual, yang prestasinya hanya boleh diukur di akhir musim. Kita tunggu dan lihat. My verdict? Keane goes back to Spurs. Biarlah dia menjadi God di White Hart Lane dan bukannya di Anfield.
6) David N'gog (1.5 juta pound dari Paris Saint Germain)

Ya, aku memang bias & berpihak rating-rating & status wonderkid yang diberikan di dalam permainan Football Manager itu. So, aku memang percaya yang N'gog akan memberikan impak kepada Liverpool FC di masa depan berkat tunjuk ajar cikgu2 di Melwood. Hidup francais Football Manager!! Hehe
Ramalan Akhir Musim: Masih muda, masih akan kekal bersama Liverpool FC. Tetapi terpaksa merebut tempat dengan pemain-pemain reserve seperti Nemeth, Linfield & Eccleston.
7) Damien Plessis (tidak diketahui yuran perpindahan, di beli dari Olympique Lyonnais)

Cukup lah pasal itu. Plessis merupakan pemain holding midfielder, dan berada di kedudukan keempat selepas Masch, Xabi & Lucas. Mungkin dapat memintas Lucas yang bg aku hampir tergolong di dalam golongan pemain flop di Liverpool FC (aku masih menantikan kualiti yang ditunjukkan oleh bekas kapten skuad U-21 Brazil ini) suatu hari nanti.
Ramalan 'Pau Ramlan' Akhir Musim: Plessis will shine, someday kalau Rafa bagi chance la, seperti bila dia bagi Plessis main menentang Crewe & Spurs dalam Carling Cup.
2 comments:
Vote for Lucassss....
5 Januari 2009 pada 11:31 PGakoo suka Lucas
flop beb.. lucas perlu 'up'kan game lagi since dia & El-Zhar golongan super-sub favoritas Rafa.. Tolong ubah persepsi aku terhadap dia.. haha!
5 Januari 2009 pada 12:00 PTGCatat Ulasan