Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Rabu, Januari 07, 2009

Perlukah pembelian pemain untuk Januari?

Dengan prestasi pemain dalam keadaan yang baik dan fit, apakah Rafael Benitez perlu membeli pemain bernama besar untuk perpindahan Januari ini? Ramai beranggapan Liverpool masih kurang kukuh pada beberapa posisi seperti pertahanan kiri dan sayap kanan namun pemain yang sedia ada bukanlah tidak bagus. Apa yang pasti pemain The Reds kini berada pada tahap persefahaman yang sangat bagus dan jarang sekali miss communication berlaku dalam permainan. Berbeza pada beberapa musim lepas apabila RB masih belum menjumpai pemain utamanya dan mengamalkan polisi rotation yang menyaksikan pemain gagal untuk bermain dengan persefahaman yang baik.

Musim ini agak berlainan pada kesebelasan utama RB pada setiap perlawanan yang menyaksikan beberapa pemain akan dikekalkan sekurang-kurangnya 5 sehingga 7 orang. Inilah yang dilihat sebagai faktor kepada persefahaman yang baik pada musim ini. Sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan pada sesuatu posisi maka pemain lain dapat mengimbangi kesilapan tersebut. Maka pendapat saya, tidak perlu membuat pembelian besar-besaran untuk menampung kekurangan tersebut kerana pemain yang sedia ada sudah cukup untuk membina sebuah pasukan yang mantap. Lagi pun, sekiranya ada pemain yang baru mungkin akan mengambil masa untuk gel dalam pasukan. Ini boleh menyebabkan ketidak seimbangan pada persefahaman yang sedia ada dan mengundang lebih banyak kesilapan untuk berlaku.

RB juga nampaknya masih mahu mencuba pemain yang sedia ada seperti Andrea Dossena yang dikatakan tidak akan dijual pada Januari ini. Daniel Agger juga dikatakan tidak akan dijual apabila diberitakan bahawa RB telah menolak bidaan dari AC Milan. Mungkin sudah sampai masanya untuk RB lebih memberi peluang kepada pemain muda untuk serasi dengan pasukan utama.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat