Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Khamis, Januari 08, 2009

Profil Pemain: Jamie Carragher

JAMIE CARRAGHER (23)



(James Lee Duncan "Jamie" Carragher )
Posisi: Pertahanan
Lahir: 28/01/1978 di Bootle, Merseyside
Tinggi: 1.86m
Perlawanan: 553
Gol: 5
Antarabangsa: 34
Gol: 0
Kelab terdahulu: -

Pemain yang paling lama berkhidmat untuk Liverpool pada ketika ini apabila menandatangani kontrak profesionalnya pada Oktober 1996 semasa pimpinan Roy Evans. Penampilan pertamanya untuk The Reds sebagai pemain gantian kepada Rob Jones pada separuh akhir ke-2 Coca Cola Cup menentang Middlesbrough. Gol pertamanya hadir pada perlawanan ke-3 beliau apabila bermain kesebelasan utama menentang Aston Villa setelah menanduk gol di hadapan Kop.

Pada awal kariernya, Carragher lebih digunakan sebagai pemain serbaguna dan beliau akan bermain di mana ada kekosongan posisi. Posisi asalnya adalah tengah dan kemudiannya bertugas di semua posisi pertahanan sama ada tengah, kiri atau kanan. Musim 1999-2000 Carra bermain di kanan mana kala 2000-01 beliau bermain di sebelah kiri pula. Carra mendapat cap pertamanya pada 28 April 1999 apabila Kevin Keegan telah memasukkan Carra sebagai pemain gantian ketika England menentang Hungary. Musim-musim seterusnya kedudukannya agak tergugat setelah Liverpool membeli John Arne Riise dan Steve Finnan untuk posisi pertahanan kanan dan kiri.

Tahun 2002 hingga ke 2004 menyaksikan Carra mengalami 2 kecederaan serius. Carra terlepas peluang beraksi untuk Piala Dunia 2002 apabila menjalani pembedahan lutut dan kemudiannya pada awal musim 2003-04 Carra telah mengalami patah kaki setelah dikasari oleh Lucas Neill.

Berbeza dengan Gerard Houllier, Rafael Benitez yang mengambil alih Liverpool pada awal musim 2004-05 telah menukar Carra ke pertahanan tengah bergandingan bersama Sami Hyypia dan menguasai posisi itu sehingga ke hari ini. Beliau telah membuktikan keampuhannya terutamanya pada perlawanan akhir Champions League 2005 apabila melakukan 2 pintasan penting di saat genting dalam masa tambahan. Akhirnya Carra dipilih sebagai player of the year di penghujung musim.

Dalam musim-musim seterusnya, Carragher telah menjadi pilihan tetap Rafael Benitez dalam kesebelasan utamanya. Pada separuh akhir ke-2 Champions League 2007 menentang Chelsea, Carragher telah mengatasi rekod penampilan di Eropah milik Ian Callaghan apabila bermain untuk penampilan yang ke-90. Kini Carra telah bermain sebanyak 105 kali dan akan bertambah lagi selepas ini. Musim ini juga menyaksikan Carra menggantung but dari beraksi untuk England kerana tidak berpuas hati kurangnya peluang bermain semasa era Steve McLaren.

Ketika bermain untuk perlawanannya yang ke-500 (Piala FA bertemu Luton Town), Carra telah diberi keistimewaan untuk mengetuai pasukan The Reds walaupun Steven Gerrard turut bermain dalam perlawanan tersebut. Kini pada usia 31 tahun, Carra masih kelihatan kukuh di pertahanan Liverpool cuma kadang kala terpaksa juga bermain di posisi kanan tatkala pemain lain dilanda kecederaan.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat