Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Ahad, Januari 11, 2009

EPL: Stoke kekang pendahulu liga

Stoke City (0-0) Liverpool FC









Bermain di gelanggang sendiri telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Stoke City untuk menidakkan 3 mata untuk Liverpool menjarakkan penguasaan Liga Perdana Inggeris. Apa yang lebih mencemaskan The Reds, sekiranya Manchester United berjaya mendapat mata penuh untuk baki perlawanannya, Red Devils pula akan mendahului EPL.


Perlawanan di Britannia menyaksikan Liverpool seakan hilang punca dan gagal untuk bermain seperti sebelumnya. Kebanyakkan hantaran tidak dapat disempurnakan dan seringkali di pintas oleh pemain Stoke. Bermain dengan penyerang solo tidak memberi manfaat langsung apabila Dirk Kuyt tidak mendapat hantaran bola. Cuma ada satu percubaan darinya pada separuh masa pertama. Steven Gerrard juga agak senyap pada separuh masa pertama dan sering kali di'boo' apa bila mengawal bola. Stoke yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal lebih garang menyerang The Reds namun satu jaringan mereka telah dibatalkan kerana off-side.


Separuh masa kedua tidak menampakkan sebarang perubahan pada kesebelasan Liverpool yang seterusnya tidak memberi perubahan kepada corak permainan Liverpool. Mereka tetap tidak berupaya menembusi pertahanan Stoke malahan sering kali diasak pula. Cuma nasib sedikit menyebelahi The Reds kerana pemain Stoke gagal menjumpai jaring walaupun Jose Reina beberapa kali telah tertewas. Cuma setelah Fernando Torres dan Ryan Babel dimasukkan jentera serangan LFC sedikit bernafas namun kali ini nasib tidak menyebelahi kapten Liverpool setelah menyaksikan percubaannya terkena palang dan tiang. Lebih malang lagi Gerrard dilayangkan kad kuning kerana tidak sabar ketika hendak mengambil sepakan percuma.


Apa yang dapat disimpulkan di sini, percaturan Rafael Benitez sekali lagi tersilap kerana hanya menggunakan satu penyerang dan tidak cuba menurunkan barisan pemain yang dapat menandingi kelebihan fizikal pemain pertahanan Stoke. Sekiranya Torres dan Babel diturunkan lebih awal kemungkinan The Reds dapat menekan pertahanan Stoke. Mungkin juga Liverpool amat terasa kehilangan Xabi Alonso untuk mengemudi jentera tengah. Keputusan seri ini sudah pasti memberi suntikan moral buat Stoke setelah kalah dalam 4 perlawanan sebelum ini. Namun ia bukanlah suatu keputusan yang baik buat Liverpool apabila gagal mengalahkan Stoke dalam 2 perlawanan musim ini dan bukan itu sahaja, pintu gol Stoke gagal ditembusi langsung.


Berikut rating pemain dari Goal.com


Reina: 5.5
Carragher: 6.5
Hyypia: 6.5
Skrtel: 6.5
Aurelio: 6.0
Benayoun: 5.5
Lucas: 5.0
Mascherano: 6.0
Riera: 6.0
Gerrard: 6.5
Kuyt: 6.0

Substitutes
Torres: 6.0
Babel: 6.0

2 comments:

ape berkata...

ape daa..di kala bole dpt 3 point, tak dpt pulak. tu team yg bwh skali.hopefuly tadek mslh lwn team yg atas2 sket

11 Januari 2009 pada 9:21 PTG
Joe Radzif berkata...

biasa la Liverpool nih
time lawan team tak kuat mesti jadik tak kuat

12 Januari 2009 pada 10:00 PG

Catat Ulasan

Para Sahabat