Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Ahad, Mei 02, 2010

Tewas juga di Anfield

Liverpool: 0 
Chelsea: 2

Drogba 33
Lampard 54




Tinggal harapan. Tiada Liga Juara-Juara Eropah untuk Liverpool musim hadapan. Liverpool tewas di gelanggang sendiri kepada Chelsea. Ramai yang beranggapan bahawa The Reds dengan sengaja memberi kemenangan kepada The Blues tambahan pula gol pertama mereka terhasil dari kesilapan Steven Gerrard yang membuat hantaran ke belakang untuk Jose Reina tetapi disambar oleh Didier Drogba yang tenang membuat penyudah ke gawang Liverpool.

Ternyata Liverpool tidak dapat membariskan kesebelasan yang terbaik untuk perlawanan ini terutama di bahagian pertahanan dan serangan di mana Fernando Torres dan Glenn Johnson hanya menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton. Kelihatan juga Javier Mascherano bermain di posisi pertahanan kanan. Chelsea pula membariskan sepenuh kekuatan dengan pemain-pemain bintang mereka berada pada tahap yang terbaik. Memang bukan tandingan untuk Liverpool yang ternyata tempang.

Semoga pemilik yang baru dapat menyediakan sejumlah dana untuk membeli pemain berkualiti dan bukan kuantiti. Dan semoga pengurus (baru?) tidak membeli pemain yang cedera untuk bermain dalam musim hadapan.

5 comments:

RABUN berkata...

kita pernah laluinya, dan kita akan laluinya sekali lagi dan kita akan bangkit sekali lagi seperti biasa...

3 Mei 2010 pada 2:04 PG
Joe Radzif berkata...

semoga dengan keberkatan ketiadaan air haram akan mengharumkan nama Liverpool...

3 Mei 2010 pada 8:33 PG
gary berkata...

(tevez + adebayor) - torres.

amacam? ada sanggup? trade in dgn city, since mancini nk sngt torres.

hehehehe

3 Mei 2010 pada 10:42 PG
Inilah Sport berkata...

puas hati walaupun kalah... asal team satu lagi tue tak menang epl...hahahah

3 Mei 2010 pada 11:24 PG
Joe Radzif berkata...

Tevez - OK
Adebayor tak mo - attitude kureng...
so far LFC player have very good attitude since departure of el-Hadji Diouf...

ala dulu tak de star pun bole menang champs league...
tapi kisah DULU la...

3 Mei 2010 pada 5:13 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat