Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Rabu, Mei 19, 2010

Terhangat di pasaran: Rafael Benitez

Baru reda dengan spekulasi perpindahan dan peminangan Rafel Benitez oleh Juventus melalui presidennya, kini pengurus Liverpool ini dikaitkan pula dengan Inter Milan yang dikatakan bakal kehilangan Jose Mourinho yang dikatakan akan berhijrah ke Real Madrid. Menurut laporan Guillem Balague Football Website (guillembalague.com) Benitez bukan sahaja dikaitkan dengan Inter tetapi dikatakan telah dihubungi oleh wakil AC Milan.

Pun begitu, sumber-sumber terkini menyatakan Inter Milan telah menafikan pihak mereka telah menghubungi Benitez. Nampaknya tidak seperti pasukan lain, pengurus The Reds merupakan pihak yang terhangat di pasaran yang biasanya terjadi kepada pemain ternama. Ini membolehkan Benitez berada sama taraf dengan Fernando Torres yang kini cuba dipancing oleh tiga kelab dunia.

1 comments:

Amirul Idham berkata...

entah la...
ni bila la owner baru nak beli liv ni?
team lain dah start beli player dah

20 Mei 2010 pada 5:54 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat