Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Selasa, Mei 04, 2010

Bicara Anak Tekak - Dah terlewat tapi belum terlambat

Pesanan Buat Bloggers Muslim
Umum mengetahui arak adalah haram di sisi Islam. Selain peminum arak, pembuat, penjual, penghantar, sesiapa yang terlibat secara langsung dengan arak adalah dilaknati Allah termasuk juga pengiklan arak. Selama 20 tahun Liverpool ditaja oleh syarikat pembuat arak terkemuka dan mengiklankan nama arak tersebut di dada jersi yang dipakai pemain The Reds. Penyokong tegar/fanatik Liverpool termasuk di Malaysia ini dengan bangganya membeli dan memakai jersi original mahu pun Siam yang tersemat tulisan jenama arak tersebut. Sudah pasti ia salah di sisi Islam seperti juga memakai jersi yang mempunyai lambang salib seperti jersi Portugal dan Brazil.

Bloggers Liverpool sudah pasti mahu meletakkan gambar pemain kesayangan seperti Fernando Torres dan Steven Gerrard pada blog mereka. Tidak mahu ketinggalan meletakkan gambar aksi terkini pada setiap keputusan perlawanan. Namun kesilapan di sini apabila menayangkan gambar yang nyata kelihatan tulisan jenama arak tersebut. Secara tidak langsung bloggers juga terlibat dalam pengiklanan arak tersebut. Akoo dari awal blog Padang Anfield ini mula ditulis, sudah cuba mendapatkan gambar yang tidak memperlihatkan tulisan arak itu. Sekiranya gagal akoo cuba mengubah suai gambar dengan meletakan warna merah pada tulisan sehingga menjadi seakan sehelai jersi tanpa sebarang iklan.

Musim depan menjanjikan Liverpool yang bebas dari iklan arak tetapi ditaja dan mengiklankan pengamal riba pula. Apalah nasib kita. Tetapi harus diingat juga, jersi pasukan lawan tetap ada yang ditaja oleh arak seperti Everton. Selain itu terdapat juga pasukan yang ditaja untuk mengiklankan perjudian dan kasino pada jersi mereka. Pesanan akoo kepada semua bloggers Muslim tidak kira penyokong Liverpool atau Portsmouth sekalipun, berhati-hatilah ketika menayangkan gambar agar kita tidak terheret dalam laknat-NYA - uNCLe Joe

5 comments:

HeLL69 berkata...

harap, kilang ayamas dapat beli liverpool...

4 Mei 2010 pada 8:23 PG
inamaz berkata...

betul2..Ramly burger ke..

4 Mei 2010 pada 8:39 PG
Joe Radzif berkata...

dulu akoo pernah berfantasi yang tulisan arak tu ditukar jadi
kordial kurma senario
tapi tak jadi kenyataan plak...

4 Mei 2010 pada 10:39 PG
Razib berkata...

dengar cerita, produk Malam Jumaat akan menaja Lpool tahun depan? Team kalah ye tak, siapa nak taja...sian.

Hehehe..(provoke sikit..)

7 Mei 2010 pada 5:08 PG
Joe Radzif berkata...

ampeh lu bro...
sebab arak yang sponsor sebab tu la tak menang...

cuba tengok team yang menang EPL mana ada arak sponsor

7 Mei 2010 pada 8:08 PG

Catat Ulasan

Para Sahabat