Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Ahad, Mei 02, 2010

Berita di hujung minggu

Lupakan sahaja Liga Perdana Inggeris buat seketika. Chelsea sedang mendahului Liverpool dengan dua gol di Anfield. Ada berita yang lebih hangat dari perlawanan yang mendebarkan ini. Steven Gerrard dengan penuh semangat sebelum perlawanan untuk tidak memberi laluan mudah kepada Chelsea tetapi adalah orang yang bertanggung jawab untuk menghadiahkan gol kepada Didier Drogba.

Liverpool turun dengan jersi tulisan yang tidak mampu dibaca oleh orang yang hanya belajar tulisan rumi dan jawi. Mungkin memberi sedikit 'hint' yang mengaitkan pembelian Liverpool oleh orang China. Tetapi perkhabaran berita talian (online) menyatakan bahawa Dubai International Capital (DIC) dalam proses terakhir untuk membeli Liverpool FC dengan harga £500 juta. Seterusnya akan memberi sumber kewangan untuk membuat stadium baru dan pembelian pemain baru kepada pengurus yang baru.

Bercakap mengenai pengurus yang baru, beberapa laman web menyatakan bahawa Rafael Benitez akan meninggalkan Liverpool untuk ke Juventus. Benitez dikatakan secara terang-terangan menyatakan kekecewaannya terhadap keadaan Liverpool yang gagal memperuntukan jumlah wang yang cukup untuk membeli pemain yang bagus. Ironinya Benitez telah membeli seorang pemain yang cedera (Alberto Aquilani) dengan harga £20 juta pada Ogos 2009. Dengan pantas, beberapa nama telah dikaitkan untuk menggantikannya seperti Jose Mourinho, Martin O’Neill, Martin Jol dan Frank Rijkaard.

1 comments:

edan berkata...

jika benar....berita paling menggembirakan.

4 Mei 2010 pada 2:44 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat