Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Isnin, Mei 31, 2010

Carra hilang sabar sewaktu tanda tangan autograf

Carra telah diminta untuk meminta maaf

Daily Star melaporkan Jamie Carragher telah hilang sabar sewaktu menandatangani autograf buat peminat kecil yang berusia enam tahun. Walau bagai mana pun bukanlah kanak-kanak tersebut yang menjadi punca kemarahan Carra tetapi juru foto yang cuba mengambil gambarnya. Carra dilaporkan telah berkali-kali menyumpah seranah dengan menggunakan perkataan 'F'.

Carra juga telah meminta maaf kepada ibu kanak-kanak tersebut, Mary Murray tetapi Puan Mary agak terkejut dengan perkara yang berlaku di luar restoren baru Steven Gerrard yang terletak di Southport. Puan Mary yang fobia akan cuba menjauhkan anak-anaknya dari pemain bola sepak profesional kerana pada pendapatnya mereka tidak tahu untuk beradab.

Pegawai media Liverpool FC, Paul Tyrell dengan pantas meminta maaf kepada Puan Mary dalam sepucuk surat yang berbunyi,

On behalf of everybody at the football club, Jamie included, I am sorry that your children were distressed by the player’s behaviour. He is mortified that your children were upset. It was not something we would expect of Jamie, who has always conducted himself with great dignity.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat