Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Jumaat, Mei 07, 2010

Bicara Anak Tekak: Masih sayangkan Liverpool?

Mereka-mereka ini masih belum mahu meninggalkan The Reds lagi.

Tak mau dengar tak mau dengar. Lantak la orang nak cakap ape...
Photograph: Richard Sellers/Sportsphoto/Sportsphoto Ltd./Allstar

Bermula dengan kontroversi Rafael Benitez yang dikatakan akan meninggalkan Liverpool untuk bersama Juventus musim depan. Bermacam laporan telah terbit sebelum ini termasuk persetujuan kontrak yang bernilai jutaan Euro. Lagi diberitakan agen Benitez juga telah berjumpa wakil Juventus di luar England untuk berbincang berkenaan kontrak. Seterusnya presiden Juventus sendiri bersedia untuk datang ke England menunjukkan komitmen Old Lady dalam mendapatkan khidmat Benitez.

Namun semuanya heboh sebelum dua perlawanan penting Liverpool di Anfield. Bertemu Atletico Madrid dalam separuh akhir Europa League dan Chelsea untuk perlawanan penentu juara Liga Perdana Inggeris. Kini setelah kecundang dalam semua perlawanan tersebut (walaupun menang dengan Atletico Madrid) lain pula bunyinya. Ajen Benitez mengatakan tidak menerima sebarang tawaran dan Benitez sendiri menyatakan komitmennya untuk kekal di Anfield. Walaupun ada ura-ura pemilik baru Liverpool akan menghalaunya dari terus menjadi pengurus The Reds.

Benitez juga baru sahaja berjumpa dengan pengerusi baru, Martin Broughton setelah dua perjumpaan sebelum ini dibatalkan. Rumusan dari perjumpaan itu dinyatakan positif dan ‘membina’ menurut laporan di beberapa laman sesawang. Namun butiran yang dibincang dan yang dipersetujui masih belum disiarkan secara rasmi. Untuk nota, Broughton adalah seorang penyokong tegar pasukan Chelsea.

Pemilik yang jahat dan tidak best
(Gambar ehsan TEAMtalk.com)

Lain pula kisahnya dengan dua pemilik Liverpool. Sebelum ini kenyataan Tom Hicks yang berbunyi ‘baru tiga tahun belum lima tahun lagi’ telah disalah ertikan sebagai ‘akan terus berada di Liverpool sehingga lima tahun, kemudian baru akan jual Liverpool’. Ini telah menyebabkan penyokong berasa tidak selesa dan tidak puas hati kerana mereka sesungguhnya mahukan pasangan Amerika untuk meninggalkan kepentingan dalam Liverpool secepat mungkin. Namun Hicks kemudiannya membidas dengan marahnya dan menyatakan mereka tidak akan kekal di Liverpool sehingga lima tahun.

Boss, tolong la sambung kontrak gua. Gua dah tua tak leh nak main kat tempat lain.
(gambar ehsan dailypost.co.uk)

Jamie Carragher si Kuda Tua pun menyatakan kasih sayangnya dengan Liverpool dan mengatakan tidak mahu bermain dengan pasukan lain. Carragher diberitakan akan mula berbincang untuk menyambung kontraknya dengan The Reds. Walaupun musim ini tidak seindah mana tetapi kadang-kala Liverpool masih memerlukan Kuda Tua yang penuh semangat waja ini untuk menyuntik keazaman yang kental kepada generasi muda.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat