Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Isnin, Mei 10, 2010

Siapa Jack Robinson?

Oleh kerana tiada siaran langsung mahupun tertunda malam tadi, penyokong Liverpool terlepas peluang untuk menyaksikan beberapa sejarah. Salah satunya adalah kali terakhir Liverpool akan menggunakan sponsor arak sebelum bertukar kepada peniaga riba. Mana kala satu lagi merupakan kejutan buat semua iaitu anak muda bernama Jack Robinson.

Sejarah tercatat apabila Robinson menggantikan Ryan Babel pada minit ke-88 untuk memecahkan rekod Max Thompson yang bermain untuk The Reds pada umur 17 tahun 129 hari pada 1974. Robinson pula bermain untuk skuad utama ketika berusia 16 tahun 250 hari.

Masuk ke padang semasa bertemu Hull untuk bermain di posisi tengah kiri tetapi posisi sebenarnya adalah pertahanan. Pertama kali beliau berlatih bersama skuad utama ketika bersiap sedia untuk bertemu Benfica pada bulan Mac. Walaupun Robinson merupakan salah seorang pemain bintang dalam skuad bawah-18 Rodolfo Borrell tetapi Robinson tidak pernah bermain untuk skuad simpanan The Reds.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat