Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Rabu, Mei 12, 2010

Teruk sangatkah Lucas Leiva?


Gambar di atas telah dikirimkan oleh seorang kawan yang juga penyokong Chelsea ke email beberapa hari lepas. Apa yang menarik apabila satu nama yang sering dikutuk-kutuk oleh penyokong Liverpool telah muncul dua kali di dalam statistik tersebut. Bukan Javier Mascherano yang nyata pemain kedua terbanyak membuat hantaran dan yang paling banyak membuat 'tackle' tetapi Lucas Leiva.

Lucas Leiva juga berada di dalam senarai 'top ten' tersebut walaupun nyata sangat kurang popular di kalangan penyokong The Reds yang menganggap Lucas tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pasukan dan kadang-kala menjadi faktor kekalahan pula. Namun statistik tersebut boleh dikatakan menidakkan tanggapan peminat. Lucas menduduki tempat kelima pemain paling membuat hantaran dan nombor tujuh pada pembuat 'tackle' terbanyak.

Mungkin Lucas bukanlah teruk sangat cuma masih belum mampu menunjukkan kemampuannya yang sebenar. Tidak boleh dilupa beberapa hantarannya yang sangat baik untuk menghasilkan gol termasuk ketika membelasah Newcastle 5-1 pada hujung 2008.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

TAK HERAN PUN LUCAS MASUK STATISTIK YU KALAU SETAKAT BUAT HANTARAN KE TEPI KIRI KANAN & KEBELAKANG SEMUA ORANG BOLEH..PASSING KE DEPAN TARAK ADA LANGSUNG WOOOO....

13 Mei 2010 pada 12:16 PTG
Joe Radzif berkata...

ha ha ha....
tapi sekali sekala dia hantar ke depan plak yang gol tu

13 Mei 2010 pada 12:27 PTG
Tanpa Nama berkata...

ahahaha..betul2

14 Mei 2010 pada 5:57 PTG
torizz berkata...

jual je la lucas tu benci aku tengok,ramai lagi pemain dalam lfc yg lebih bagus daripada dia tu.asal lucas main mesti kalah,liverpool tak dpt top 4 pun sebab dialah..menyampahnya aku.

28 Mei 2010 pada 12:09 PG

Catat Ulasan

Para Sahabat