Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Isnin, Mei 03, 2010

Bicara anak tekak – Kalah atau sengaja kalah?

Ramai yang marah bila Liverpool kalah kepada Chelsea di Anfield malam tadi. Antara yang paling marah adalah penyokong Manchester United yang sangat mengharapkan Liverpool dapat mengalahkan Chelsea dan mereka boleh menang Liga Perdana Inggeris untuk kali ke-19 dan seterusnya memadamkan rekod bersama mereka dan Liverpool. Maka timbul pula cerita The Reds sengaja memberikan kemenangan kepada The Blues untuk mengelakkan rekod tersebut dipintas.

Manakan tidak, gol pertama Chelsea malam tadi hasil dari kesilapan Kapitan Fantastik, Steven Gerrard yang membuat hantaran kebelakang untuk Jose Reina tetapi tidak menyedari Didier Drogba berada berhampiran. Drogba yang menerima bola tersebut dengan mudah menyumbat bola ke dalam gawang.

Tambahan pula Liverpool tidak terkalah di Anfield dalam 12 perlawanan sebelum ini di mana menang 11 dan hanya seri sekali dalam semua pertandingan. Hingga ada suara nakal berkata pemilik Chelsea menyogok pemain Liverpool untuk memberi kemenangan kepada skuad The Blues.

Sebagai penyokong Skuad Merah sejak dari pertengahan 1980-an, akoo akan melihat dari beberapa sudut yang ternyata mempunya fakta dan bukan hanya disebabkan dengki dengan kemungkinan Manchester United untuk menjulang kejuaraan ke-19. Pada akoo, skuad yang terbaik seharusnya menang. Liverpool bukan pasukan terbaik pada waktu ini. Dan pasukan yang terbaik sepanjang musim yang patut menang Liga Perdana Inggeris. Maka dengan itu Manchester United juga bukan pasukan terbaik sepanjang musim kerana mereka juga pernah tewas kepada Burnley (yang telah tersingkir dari Liga Perdana Inggeris) di gelanggang lawan pada awal musim 2009/2010 ini. Untuk fakta, Liverpool menewaskan mereka 4-0 di tempat mereka.

Melihat pula perlawanan malam tadi, ternyata Liverpool bukan tandingan Chelsea. Chelsea berada di puncak prestasi dan juga menurunkan sepenuh kekuatan dengan barisan bintang-bintan yang memang ditugaskan untuk menyerang. Berbeza dengan Liverpool yang tiada berbintang dan juga tempang. Pemain tonggak diulit kecederaan. Fernando Torres dan Glenn Johnson tidak bermain. Dirk Kuyt baru pulih dari kecederaan pada perlawanan hari Khamis. Javier Mascherano pun terpaksa bermain di posisi pertahanan kanan.

Bagaimana agaknya sebuah pasukan yang tiada bintang, pemain tonggak cedera, pemain pertahanan yang sudah tua dan pemain tidak cukup hingga terpaksa bermain di posisi yang tidak sepatutnya dapat menewaskan pasukan yang hampir sempurna dan mendapat cukup rehat. Harus juga diingat Liverpool baru sahaja bermain 120 minit pada Khamis malam ketika menentang Atletico Madrid dan kemudiannya bermain menentang Chelsea pada tengah hari Ahad. Sudah pasti faktor keletihan juga membataskan Liverpool untuk beraksi pada tahap 100 peratus.

Sudah pasti ada yang mengatakan ‘sudah kalah, banyak pula alasan’. Tetapi pada akoo, ini bukan satu alasan tetapi ia adalah kenyataan. Liverpool bukan sebuah pasukan yang bagus pada waktu ini dan juga tidak berada dalam prestasi yang terbaik sewaktu bertemu Chelsea semalam. - uNCLe Joe

2 comments:

azri berkata...

Liverpool mmg tak layak utk menang semlm... Harap2 Liverpool akan lebih bagus dgn sponsor baru di jersi musim depan... Dan harap Liverpool dpt kekalkn Torres & Gerrard(mana tau Chelsea nak amik sbb dia seorang penghantar bola yg bagus... hahaha)

4 Mei 2010 pada 8:28 PG
Joe Radzif berkata...

akoo tak rasa diorang akan blah
dan tak juga akan banyak player masuk
tapi sepatutnya kena improve kan home grown player kat dalam skuad...

4 Mei 2010 pada 10:38 PG

Catat Ulasan

Para Sahabat