Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Jumaat, April 30, 2010

Pertahanan gagal bertahan untuk pertahankan

Liverpool: 2
Alberto Aquilani (44)
Yossi Benayoun (95)
Atletico Madrid: 1
Diego Forlan (102)
(Agg 2-2 - Atletico menang dengan gol tempat lawan)


Tiada 'silverware' lagi tahun ini. Itu sudah pasti. Walaupun menang 2-1 di Anfield tetapi tidak cukup untuk membawa The Reds untuk 'all-English final' setelah Fulham juga mengalahkan Hamburg 2-1. Gol tempat lawan oleh Diego Forlan sudah cukup untuk Atletico Madrid melangkah ke akhir.

Mendahului pada minit ke-44 melalui Alberto Aquilani dan agregat terikat 1-1. Tiada sebarang gol diperolehi oleh mana-mana pasukan dan permainan di bawa ke masa tambahan. Bermula dengan agak menyerang dan Liverpool memperolehi gol kedua pada minit ke-95 melalui el-Yahudi setelah menerima hantaran cip oleh Lucas. Namun ternyata itulah satu-satunya percubaan dari Liverpool di sepanjang 30 minit masa tambahan.

Tersentak dengan gol tersebut Atletico Madrid bangkit menguasai perlawanan dan menyerang. Gol Forlan pada minit ke-102 hadir setelah dua kali percubaan oleh José Antonio Reyes dan Jose Manuel Jurado tidak mencecah jaring. Mereka juga hampir menambah gol pada minit ke-112 melalui Simao. Jelas Liverpool agak tumpul tanpa Fernando Torres dan harus berbuat sesuatu menuju ke perlawanan menentang Chelsea Ahad ini.

uNCLe Joe - The first and the last game yang akoo bangun untuk tengok season ini. Tu pun tengok start extra time je. Tak tersedar tadi balik lambat malam tadi ada TT ngan geng ProtonCoupe.Com kat Awan Besar. Hard Luck Liverpool. Cuba lagi tahun depan.

2 comments:

Zharif berkata...

huhuh aku rasa babel dah boleh jual.. hurm.. ape2 pun YNWA foreberr

30 April 2010 pada 3:21 PTG
Joe Radzif berkata...

banyak gak spekulasi cakap jual Babel dan beli beberapa player lain...

30 April 2010 pada 6:39 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat