Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Rabu, April 28, 2010

Antara Juventus, Atletico Madrid dan Chelsea serta Setan Merah

Antara yang hangat diperkatakan pada masa ini adalah beberapa serangan psikologi terhadap pasukan Liverpool. Walaupun perkara ini berlaku di luar padang namun kesan serangan ini mungkin 'vital' terhadap kedudukan The Reds dalam saingan Europa League dan Liga Perdana Inggeris 2009/10 yang memasuki fasa terakhir.

Kalau bayar aku 1 trillion kan senang. Tak yah nak pikir panjang²

Serangan oleh Juventus merupakan minat mereka terhadap pengurus, Rafael Benitez yang ingin disunting dengan bayaran kontrak yang tinggi. Dikatakan presidennya Jean-Claude Blanc sanggup terbang ke Liverpool untuk meyakinkan Benitez datang ke Juventus. Menurut Goal.com, persetujuan secara lisan telah dicapai oleh kedua-dua pihak dengan Benitez melalui ajennya, Manuel Quillon Garcia. Ada juga laporan menyebut bahawa pengurusan Liverpool tidak akan menghalang Benitez sekiranya beliau ingin meninggalkan pasukan ini untuk ke Turin.

Walaupun perlawanan terdekat adalah bertemu Atletico Madrid dalam pusingan kedua separuh akhir Europa League Khamis malam (waktu England) ini namun yang lebih banyak diperkatakan adalah perlawanan bertemu Chelsea pada hujung minggu ini. Perlawanan yang sama penting buat kedua-dua pasukan. Kemenangan buat Chelsea maka peluang mereka untuk merangkul Piala Liga Perdana Inggeris lebih cerah tetapi harapan Liverpool untuk mendapat tempat ke-4 boleh dikatakan hancur lebur. Namun sebaliknya, kemenangan kepada Liverpool, The Reds masih berpeluang mencabar tempat ke-4 tetapi berkemungkinan menyaksikan Manchester United merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19 seterusnya memintas rekod Liverpool yang kini sama-sama memenangi kejuaraan sebanyak 18 kali.

Apa pun berlaku kemudian mungkin akan dikaitkan juga dengan persiapan Liverpool untuk kedua-dua perlawanan penting tersebut. Ini kerana ketumpulan jentera serangan (bukan keupayaan menjaringkan gol) mungkin berterusan apabila Fernando Torres, David Ngog dan Dirk Kuyt sedang diulit kecederaan dan berkemungkinan tidak beraksi untuk perlawanan tersebut. Dan seperti lazimnya Liverpool terpaksa bergantung kepada jentera tengah yang diketuai oleh Captain Fantastic, Steven Gerrard. Peningkatan Alberto Aquilani diharap dapat digunakan sebaik mungkin untuk mengemudi tengah bergandingan dengan Javier Mascherano apabila Gerrard berfungsi sebagai pembantu penyerang. Akhirnya faktor pemain ke-12 sekali lagi akan membawa kepada penentu kejayaan pasukan Sang Merah di Anfield.- uNCLe Joe

3 comments:

Amberan berkata...

pulun Piaa Europa dulu...
kalo layak msk final..
biaq pi Chelsea mng pon xpe..

29 April 2010 pada 2:26 PG
Joe Radzif berkata...

dengar kalau champ europa, tahun depan main kat champ league
betul ka?

29 April 2010 pada 1:16 PTG
Amirul Idham berkata...

hhmm..
kalau dia nak pergi juve, liverpool tak boleh nak buat apa. tapi nak tak nak kena cari manager yang bagus dan steady la...

29 April 2010 pada 6:20 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat