Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Khamis, April 29, 2010

Pemain masuk: Jonjo Shelvey dari Charlton Athletic

Jonjo Shelvey - pemain muda tempatan England yang bermain untuk Charlton Athletic telah berjaya dipinang oleh Liverpool. Beliau yang berusia 18 tahun ini dijadualkan akan menyertai Liverpool pada 10 Mei ini. Perpindahan dengan nilai £1.7 juta dan akan meningkat bergantung pada penampilan diperingkat tempatan dan antarabangsa.

Shelvey mempunyai rating yang tinggi semasa bermain untuk Charlton dan skuad bawah-17 England. Membuat penampilan pertama ketika Charlton bertemu Barnsley pada April 2008 sewaktu berusia 16 tahun dan 59 hari yang juga merupakan rekod pemain termuda untuk bermain dengan pasukan utama Charlton. Selain itu beliau juga memegang rekod untuk pemain termuda Charlton yang menjaringkan gol dalam liga dan Piala FA.

uNCLe Joe: Rasanya bukan baru sorang-dua Liverpool sign budak muda. Tapi susah sangat nak tengok diorang main kat pasukan utama. Paling tidak pun peram aje. Dapat main sekali-dua terus loan keluar. Walau pun cakap mamat Shelvey ni hebat, agaknya bila la dia dapat break through masuk dalam skuad utama.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat