Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Selasa, April 27, 2010

Juventus nak datang bawa rombongan meminang

Oi orang di sana. Berapa juta nak bayar aku ha?

Adalah diberitakan bahawa rombongan Juventus diketuai oleh presidennya, Jean-Claude Blanc akan terbang ke Anfield untuk menyunting bunga (?!) di taman The Kop. Rombongan tersebut dikatakan membawa perkhabaran berharga £16 juta buat encik Rafael Benitez untuk meninggalkan kancah Liga Perdana Inggeris dan datang bergelumang dalam Liga Siri A.


Walau bagaimanapun Juventus akan memohon kebenaran pengurusan The Reds sebelum berjumpa Rafael Benitez yang sedang menumpukan sepenuh kepintarannya dalam menghadapi dua perlawanan hidup mati. Bertemu Atletico Madrid dalam separuh akhir Europa League dan perlawanan penentu juara dan persaingan tempat ke-4 EPL bertemu Chelsea. Sekiranya tidak dapat kebenaran, rombongan ini tidak akan meneruskan perbincangan tersebut.

Ada juga dinyatakan pihak Juventus akan menyediakan £70 juta untuk dibelanjakan oleh Rafael Benitez membeli pemain untuk The Old Lady.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat