Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Selasa, April 20, 2010

Masih ada sedikit harapan

Liverpool ( 3 : 0 ) West Ham United
Yossi Benayoun (19)
David Ngog (29)
Robert Green (og 59)
 
(Gambar GettyImages)
 
 
Liverpool kembali merampas kedudukan tempat ke-6 Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu mata ke atas Aston Villa namun Villa bermain kurang satu perlawanan. Walaupun dikatakan mempunyai harapan untuk menamatkan saingan di tempat ke-4 ternyata ia adalah harapan yang sangat samar dengan Tottenham Hotspur mendahului 5 mata dan Manchester City 3 mata. Kedua-dua pasukan itu juga mempunyai kelebihan satu perlawanan.
 
Liverpool yang menguasai sepenuhnya permainan mendapat gol pertama menerusi el-Yahudi, Yossi Benayoun yang juga merupakan bekas pemain West Ham pada minit ke-19. Sepakan percuma Steven Gerrard disambar oleh Benayoun yang melepasi tepisan Robert Green. Kelihatan seperti terkena tangan tetapi ternyata bola itu melantun dari perutnya.
 
Sepuluh minit kemudian giliran David Ngog menjadikan kedudukan 2-0 dengan sepakan 'first-timer' hasil hantaran lintang Maxi Rodríguez. Satu penyudah yang sangat menarik dari Ngog yang sering kali dikritik apabila gagal menjaringkan sebarang gol ketika ketiadaan Fernando Torres. Ironinya, Ngog juga beberapa kali mensia-siakan peluang dalam perlawanan ini. Liverpool mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
 
Gol ketiga hadir pada minit ke-59 hasil dari gol sendiri penjaga gol West Ham. Berpunca dari sepakan percuma Gerrard juga, Sotirios Kyrgiakos membuat percubaan yang singgah di tiang sebelum melantun mengenai Green dan masuk ke dalam gawangnya sendiri. Gerrard hampir menambah gol ke-4 The Reds namun percubaannya tersasar setelah tertepis pertahanan West Ham, Manuel da Costa. Kedudukan 3-0 kekal sehingga wisel penamat.

Barisan Pemain

25 Pepe Reina, 16 Sotirios Kyrgiakos, 23 Jamie Carragher, 5 Daniel Agger, 2 Glen Johnson, 21 Lucas, 8 Steven Gerrard, 15 Yossi Benayoun, 17 Maxi Rodríguez, 24 David Ngog, 18 Dirk Kuyt

Pertukaran
Javier Mascherano untuk Steven Gerrard (72)
Philipp Degen untuk Yossi Benayoun (78)
Ryan Babel untuk David Ngog (81)

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat