Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Isnin, April 26, 2010

Khabar Angin - Bukan seorang tetapi dua orang dari Madrid

Merujuk kepada akhbar The Guardian, rombongan Liverpool telah berjumpa dengan pegawai Real Madrid semasa berkunjung ke bandar Madrid semasa perlawanan Europa League minggu lepas. Antara yang dibincangkan oleh mereka adalah penawaran beberapa pemain yang tidak diingini oleh presiden Real Madrid, Florentino Perez. Pemain yang menarik minat Liverpool dikatakan adalah Rafael Van der Vaart.

Manakala menurut sumber yang kurang boleh dipercayai, seorang lagi pemain Real Madrid yang sedang diperhatikan untuk dibeli oleh Liverpool adalah Karim Benzema. Penyerang bermasalah ini dikatakan tidak mampu untuk 'settle down' di sini dan sedang berusaha untuk mencari kelab lain pada musim panas ini.

2 comments:

RABUN berkata...

Oh siKarim tu , sgt molek la tu, tapi pasti harganya mahal sampai Liverpool tak mampu

26 April 2010 pada 10:20 PTG
Joe Radzif berkata...

kalau dah nak kena halau, tak kan la mahal sangat kot..

27 April 2010 pada 12:11 PG

Catat Ulasan

Para Sahabat