Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Isnin, April 26, 2010

Maaf Encik Burnley anda tersingkir

Burnley: 0
Liverpool: 4
Steven Gerrard (52, 59)
Maxi Rodríguez (74)
Ryan Babel (90)
 
Kemenangan pertama buat The Reds di gelanggang lawan dalam tahun 2010 ini juga menjadikan persaingan merebut tempat ke-4 bertambah meriah dan rancak. Lebih meriah dari perebutan takhta di antara 2 pasukan teratas. Ini kerana 4 pasukan (Tottenham Hotspur, Manchester City, Aston Villa dan Liverpool) sedang mengintai tempat ke-4 namun Everton telah terkeluar dari saingan walaupun mencatatkan kemenangan ke atas Fulham.
 
Separuh masa pertama menyaksikan permainan yang seimbang dan Burnley lebih banyak menyerang serta lebih berbahaya dan hampir mendahului pada minit ke-43 apabila hantaran lambung Wade Elliott ditanduk oleh Jack Cork yang tidak dikawal tetapi Jose Reina kemas menangkap bola yang menuju ke sebelah kiri pintu golnya. Sebelum itu pada minit ke-27 menyaksikan tandukan Steven Fletcher yang berjaya mengatasi Jamie Carragher hanya sedikit tinggi dari palang gol setelah menerima hantaran lintang Martin Paterson. Liverpool juga mempunyai satu peluang melalui Steven Gerrard pada minit ke-30 dan 31 namun gagal menemui jaring apabila dihadang pemain pertahanan dan juga diselamatkan oleh penjaga gol Burnley.
 
Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. Separuh masa kedua bermula menyaksikan el-Yahudi masuk menggantikan Dirk Kuyt yang mengalami kecederaan lutut. Jentera serangan yang tumpul akhirnya diatasi oleh gol Gerrard pada minit ke-52 apabila percubaannya dari sebelah kiri terkena pertahanan Burnley, Leon Cort dan mencecah jaring sambil diperhatikan sahaja oleh penjaga gol, Brian Jensen yang nyata telah terkesima. Tujuh minit kemudian Gerrard sekali lagi merobek harapan Burnley yang sangat memerlukan kemenangan untuk kekal dalam persaingan Liga Perdana. Gerrard menerima bola setelah Alberto Aquilani terjatuh dan melepaskan satu 'screamer' melepasi jangkauan Jensen menuju ke penjuru bawah kiri gol.
 
Walaupun telah ketinggalan dua gol, Burnley tetap tidak mengalah dan kembali menyusun serangan dan hampir membuahkan hasil melalui percubaan David Nugent pada minit ke-62 tetapi telah diselamatkan Reina yang beraksi cemerlang menyelamatkan empat percubaan sepanjang perlawanan.
 
Gol ketiga Liverpool diperolehi setelah Maxi Rodríguez menyudahkan hantaran 'through' dari Aquilani dari sebelah kanan pada minit ke-74. Ini merupakan gol pertama Rodríguez untuk The Reds. Yakin dengan kemenangan Rafael Benitez mengeluarkan Daniel Agger dan Gerrard untuk digantikan dengan Lucas dan Dani Pacheco. Menuju ke wisel penamat, Ryan Babel melepasi perangkap 'off-side' dan melepaskan tendangan yang menghasilkan gol keempat. Walaupun Jensen dapat menyentuh tetapi tidak cukup untuk menghalang bola dari mencecah jaring.
 
Kemenangan ini mengekalkan Liverpool di tangga ketujuh dengan ketinggalan dua mata di belakang Spurs yang mempunyai kelebihan satu perlawanan. Saingan menjadi semakin sengit apabila Spurs tewas 3-1 kepada Manchester United, Manchester City seri tanpa jaringan kepada Arsenal dan Aston Villa menang 1-0 keatas Birmingham setelah dihadiahkan sepakan penalti kontroversi. Kekalahan ini telah membuatkan Burnley tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris setelah hanya mampu beraksi satu musim.
 
Liverpool: Reina, Johnson, Ayala, Carragher, Agger (Lucas 78), Mascherano, Aquilani, Maxi, Gerrard (Pacheco 82), Babel, Kuyt (Benayoun 48)
Subs n/u: Cavalieri, Degen, El Zhar, Kyrgiakos
Booked: Gerrard

2 comments:

MOFASAD berkata...

aku suka aquaman....


di lihat semua berpunca darinya...


kan bro?? :)

26 April 2010 pada 12:24 PTG
Joe Radzif berkata...

Setuju bro...
Cool je dia

tapi tu la LFC malam tadi main terlalu fancy la
banyak rugi terlepas bola
pastu masa 1st half suma macam takut nak try
nak main passing passing lagi walau dah kat depan kotak penalti
patut nye try je...
masuk tak masuk belakang kira
untuk untuk keeper save, rebound - dirk kuyt ada
dia kan kaki rembat bola rebound

26 April 2010 pada 3:02 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat