Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Jumaat, April 23, 2010

Perjalanan yang jauh dan masih jauh

Atletico Madrid ( 1 – 0 ) Liverpool


Liverpool's Steven Gerrard walks off dejected after the final whistle - Yahoo Sports


Pengorbanan The Reds mengharungi perjalanan 1200 batu menaiki bas, keretapi dan kapal terbang agak tidak berbaloi apabila tewas 1-0 kepada tuan rumah Vicente Calderon. Ini ditambah pula penjaring gol kemenangan Atletico Madrid, Diego Forlan merupakan bekas penyerang musuh ketat, Manchester United yang pernah menyumbat dua gol ketika menang 2-1 di Anfield pada tahun 2002.

Lebih malang lagi kesilapan pengadilan telah menyaksikan gol el-Yahudi (Yossi Benayoun) dibatalkan kerana telah dikatakan ‘off-side’. Rakaman ulang tayang telah menunjukkan bahawa gol tersebut adalah sah dan tindakan pengadil adalah salah. Walaupun melepaskan satu gol, Jose Reina patut diberi pujian kerana telah menyelamatkan tiga percubaan yang lain termasuk percubaan pertahanan Atletico Madrid, Tomas Ujfalusi pada minit ke-75.

Dengan hanya berbekalkan satu gol, peluang Atletico Madrid sememangnya masih belum cerah untuk ke perlawanan akhir kerana Liverpool mempunyai statistik yang cukup menarik musim ini dalam Europa League. Dua kali tewas di gelanggang lawan, 1-0 kepada Lille dan 2-1 kepada Benfica tetapi The Reds membelasah mereka di Anfield 3-0 dan 4-1. Itu sudah cukup menggerunkan pasukan lawan ketika bertandang ke Anfield yang juga merupakan pemain ke-12 Liverpool.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat