Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Ahad, April 18, 2010

Buka lembaran yang baru

Salam semua,

Setelah lebih setahun tidak update blog ini, akoo ambil keputusan untuk updatenye semula tetapi tidak secara agresif seperti awal dulu. Tanggung jawab sebagai bapa dan juga career agak membataskan ruang waktu untuk menulis pada blog ini. Maka sekiranya ada waktu terluang akan akoo gunakan seadanya untuk update blog ini.

Seperti mana yang kita tahu, sepanjang tahun 2009 adalah masa yang amat pahit buat The Reds. Bermula di awal 2009 kedudukan yang amat selesa dan tak terkalah di penghujung tahun 2008 sedikit demi sedikit menjadi pudar apabila mencatatkan 3 keputusan seri di dalam bulan Januari. Liverpool juga gagal meneruskan rentak kemenangan dan akhirnya dipintas oleh Manchester United dan akhirnya terpaksa akur Piala English Premiership  gagal lagi untuk berlabuh di Liverpool.

Musim 2009/10 bermula dengan penuh kesedihan. Kalah dengan Spurs dalam perlawanan pembukaan dan kalah 2 kali dalam 3 perlawanan pertama sedangkan musim sebelumnya hanya kalah 2 kali pada sepanjang musim. Itu sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa musim buruk Liverpool FC telah bermula. Tersingkir dari persaingan Liga Juara-Juara Eropah dan juga gagal menempatkan diri dalam kelompok 4 terbaik di dalam liga. Bukan setakat di dalam padang, di luar padang juga tidak berjalan dengan baik di mana pengurus, Rafael Benitez seringkali dikecam dan juga diberitakan akan berhijrah ke kelab lain. 

Penjualan Xabi Alonso dan juga pembelian pemain cedera (Alberto Aquilani) dengan harga yang mahal juga merupakan titik tolak kejatuhan. Namun masalah yang paling utama adalah kerapuhan benteng pertahanan walaupun telah mendapat khidmat pertahanan kanan terbaik England - Glen Johnson. Jamie Carragher yang dimamah usia dan kecederaan silih berganti di antara Martin Skrtel dan Daniel Agger adalah pengaruh utama kepincangan pertahanan yang dapat diperhatikan setiap kali Jose Reina melepaskan gol. Sotirios Kyrgiakos juga tidak memberi impak pada permainan hanya sering kali disebut sebagai pemain Greek pertama yang bermain untuk The Reds. 

Sedikit menggembirakan dalam menuju penghujung musim adalah Liverpool berada di peringkat separuh akhir Europa League dan mempunyai peluang yang agak cerah untuk memenangi piala tersebut. Pertukaran penaja dari syarikat arak kepada syarikat pengamal riba (Standard Chartered) juga membayangkan ramai penyokong di Malaysia akan memakai jersi original tanpa segan silu. Terbaru diberitakan pemilik Liverpool akan menjual sahamnya dan ramai yang berharap sheikh Arab akan kembali membuat bidaan walaupun ada kedengaran pihak tertentu dari negara China juga mempunyai minat untuk memiliki kelab terhebat dari dahulu, kini dan sampai bila-bila.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat