Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Khamis, Ogos 26, 2010

Terbenam di Tanah Timur

Liverpool: 0
Manchester City: 3


Kunjungan Liverpool ke Eastlands dengan penuh pengharapan berakhir dengan kekalahan terbesar mereka kepada Manchester City sejak tahun 1937. Walaupun perlawanan sebelum ini The Reds mampu bertahan ke atas Arsenal walaupun bermain dengan 10 orang namun dengan formasi 442, skuad Roy Hodgson kelihatan kurang menyerlah. Pun begitu masih mampu membuat Joe Hart menyelamatkan 3 percubaan berbahaya dari pemain Liverpool.

City mendahului seawal minit ke-13 melalui Gareth Barry yang menerima hantaran James Milner setelah pertahanan Liverpool membiarkan Milner tanpa kawalan. Sistem 2 penyerang Fernando Torres dan David Ngog seakan tidak 'connect' dalam memecahkan kubu pertahanan City yang agak solid dan kental.

2 gol Carlos Tevez pada separuh masa kedua memusnahkan harapan Liverpool untuk sekurang-kurangnya mencatatkan seri di awal musim di gelanggang lawan. Gol pertamanya pada minit ke-52 setelah kononnya menyentuh bola hasil tandukan Michah Richard yang berasal dari sepakan sudut Milner. Dan gol seterusnya melalui penalti setelah Martin Skrtel mengasari Adam Johnson. Ini merupakan gol ke-4 yang dilepaskan Jose Reina dalam tempoh 2 perlawanan. Apakah sudah ada tanda peralihan kuasa penjaga gawang kepada pemain 'home grown' yang baru ditandatangani itu?

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat