Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Isnin, Ogos 16, 2010

Pepe Reina penyelamat Arsenal

Liverpool : 1
(Ngog 46)
 Arsenal: 1
(Reina 90 - og)
Anfield (44 722)






Jose Reina sekali lagi menjadi penyelamat di saat genting cuma kali ini pada pasukan yang salah. Kegagalannya meneka dengan tepat hantaran lintang Marouane Chamakh yang terkena tiang sebelum melantun kembali ke arahnya adalah permulaannya. Kemudian Reina sekali lagi gagal menangkap kemas bola yang bergolek ke dalam gawang. Mungkin silau matahari mengganggu penglihatan Reina pada minit akhir perlawanan.

Liverpool bermula dengan mempertahankan KOP dengan sepak mula oleh Arsenal yang berjersi kuning yang lebih dahulu mendapat mencuba penjaga gol apabila sepakan percuma Thomas Vermaelen sempat ditumbuk keluar oleh Reina. Permainan agak seimbang dengan berbalas serangan namun Arsenal lebih banyak menguasai bola dan Liverpool masih gagal memberi peluh buat penjaga gol Arsenal. Sehingga hampir ke minit akhir separuh masa pertama, bermula dari sepakan sudut Steven Gerrard, David Ngog dapat menanduk bola yang menuju ke arah kiri tiang gol Manuel Almunia yang gagal menahan bola tersebut namun Gael Clichy menyelamatkan keadaan.

Sejurus selepas perkara itu berlaku, insiden dramatik bermula apabila Joe Cole telah dianugerahkan kad merah oleh pengadil, Martin Atkinson apabila terjahan lewatnya terhadap Laurent Koscielny di tepi padang. Ironinya Koscielny juga dibuang padang pada masa kecederaan separuh masa kedua setelah menerima kad kuning kedua akibat mengawal bola dengan tangan.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan jersi kuning di padang Anfield. Jersi Merah lebih banyak melakukan counter attack yang tidak dapat disempurnakan untuk menambah jaringan. Namun Ngog terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila menepis segala prasangka buruk yang dilemparkan terhadapnya dengan menjaringkan gol pertama perlawanan sejurus permainan separuh masa kedua bermula. Bermula dari kanan kemudian bola mencecah ke kaki Javier Mascherano yang menghantar kemas kepada Ngog. Ngog tanpa masalah melepasi Vermaelen dan melepaskan tendangan dari sudut sukar dan melepasi jangkauan Almunia.

Masalah ketumpulan Arsenal selesai apabila Arsene Wenger memasukan Theo Walcott dan Tomas Rosicky pada minit ke-59 dan bermulalah episod bertahan Liverpool yang lebih menyedihkan apabila Maxi Rodriguez dan Lucas yang dibawa masuk tidak banyak membantu Fernando Torres juga tidak menyengat. Lebih mengharukan apabila Liverpool hampir terpaksa bermain 9 orang apabila Daniel Agger yang telah menggunakan kepalanya untuk menahan percubaan pemain Arsenal telah seakan hilang ingatan setelah 15 minit kejadian tersebut berlaku. Wenger dengan sombongnya telah mula marah-marah dan dilayan oleh pengadil ke-4. Roy Hodgson pula terpaksa berlakon cool kerana kesemua pertukaran telah dibuat. Akhirnya Agger masuk bermain semula setelah berjaya menekan dengan tepat bilangan jari fisio yang telah ditunjukkan kepadanya.

Tidak banyak yang berubah walaupun Liverpool kembali bermain 10 orang. Gandingan Robin van Persie dan Rosicky terus menerus mengatur serangan sehinggalah berlaku kesilapan Reina. Kedudukan terikat 1-1 setelah terpisah hampir 45 minit. 5 minit masa tambahan telah diberikan dan Liverpool menerusi kapten, Gerrard sekali lagi menguji Almunia dari sepakan percuma cuma kali ini Almunia bermain baik sedikit dengan menepis keluar percubaan deras tersebut. Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dengan 10-10 dari sudut bilangan pemain.

2 comments:

[ a D D y ] berkata...

ulasan yang baik..

16 Ogos 2010 pada 11:59 PG
Joe Radzif berkata...

Terima kasih.
hanya mampu dapat mengulas macam ni bila tengok game 100%
biasanya tengok sambil terlelap, atau sambil layan FB...

17 Ogos 2010 pada 11:57 PG

Catat Ulasan

Para Sahabat