Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Rabu, Ogos 11, 2010

Nombor baru untuk pemain lama

Fabio Aurelio yang diberi peluang kedua untuk beraksi bersama Liverpool telah diberikan nombor yang lebih kecil untuk disematkan di belakang jersinya. Dari nombor dua angka (12) kepada nombor 6 yang satu ketika dahulu pernah digunakan oleh pemain yang seakan sama fungsi dengannya - John Arne Riise. Ini memungkinkan suatu tanggung jawab dan peranan yang lebih besar akan diberi oleh Roy Hodgson kepada pemain Brazil ini.


Sementara itu, bintang skuad muda Sepanyol, Daniel Pacheco telah mengambil alih nombor lama Aurelio iaitu nombor 12 sebagai nombor jersinya yang baru. Satu lompatan yang penuh makna dari nombor asalnya, 47. Ini juga menunjukkan Hodgon akan menggunakan khidmat Pacheco dalam musim yang mendatang ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat