Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Jumaat, Ogos 20, 2010

Gol Babel beri Liverpool sedikit kelebihan

Liverpool: 1
Babel: 45
Trabzonspor:0
Anfield (40,941)


Gol Ryan Babel lewat separuh masa pertama telah memberikan kelebihan tipis kepada Liverpool ke atas kelab Turki, Trabzonspor namun agak sukar untuk bergantung dengan satu gol tersebut apabila bertandang ke Turki jika mengambil kira corak permainan Trabzonspor di Anfield malam tadi.

Christian Poulsen dianugerahkan debut bersama Liverpool digandingkan dengan Lucas di posisi tengah. Babel bertindak selaku penyerang tunggal dibantu oleh Joe Cole. Martin Kelly juga diberi peluang untuk bermula sebagai pertahanan kanan. Separuh masa pertama agak suram dengan kedua-dua pasukan bertukar hantaran jauh. Sehinggalah bola 'through' dari Cole singgah ke kaki Babel yang menghasilkan gol tunggal perlawanan. Aksi terakhir Babel malam itu setelah digantikan Fernando Torres pada separuh masa kedua. Ada juga menyatakan itu juga bakal menjadi aksi terakhir Babel setelah khabar angin bertiup yang Babel akan meninggalkan The Reds.

Separuh masa kedua amat berbeza keadaannya dari separuh masa pertama bermula dengan percubaan Torres dan tandukan Lucas yang gagal mencecah jaring. Bersambung-sambung sehinggalah gol Poulsen pada minit ke-73 dibatalkan setelah pengadil melihat kekasaran berlaku ke atas penjaga gol Trabzonspor. Kenyataan live commentary di Yahoo Eurosports UK berbunyi:

Goal disallowed! The keeper rolls around in agony after the ref buys that there was a foul on him. Kyrgiakos headed the corner on goal, Cole in front of him obscured his view, Onur dropped it and Poulsen drilled it in. The ref, as often happens, saw a foul on the keeper when there was none.
Kedudukan kekal sehingga masa permainan tamat dengan kemenangan tipis buat Liverpool. Berita baik buat penyokong The Reds apabila Torres bermain dengan baik dan seharusnya bakal menjaringkan lebih banyak gol buat Liverpool.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat