Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Selasa, Ogos 17, 2010

'Home Grown' untuk menjaga gawang Sang Merah


Tiada kena-mengena dengan masalah Pepe Reina yang menghadiahkan 1 mata buat Arsenal pada hujung minggu lepas tetapi peraturan baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menetapkan 8 orang 'Home Grown' untuk disenaraikan dalam skuad 25 orang membuatkan Liverpool membeli penjaga gol baru. Brad Jones yang berasal dari Australia dan berusia 28 tahun bakal meninggalkan Middlesbrough setelah The Reds bersetuju dengan kadar bayarannya - £2.3 juta.

Walaupun bukan berbangsa United Kingdom (UK) tetapi telah bersama Boro sebagai pelatih sejak tahun 2001 yang melayakkan Jones dimasukkan di dalam kategori 'Home Grown'. Tunggu sahaja laporan rasmi kemasukkannya yang kini sedang giat diperiksa oleh pakar perubatan di Melwood.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat