Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Isnin, Julai 12, 2010

Torres akan kekal di Anfield?

Walaupun khabar angin yang bertiup kencang berkenaan perebutan di antara Chelsea dan Manchester City dalam mendapatkan khidmat Fernando Torres pada musim hadapan namun kini mungkin tidak lagi. Juga ada terdapat berita yang menyatakan Torres telah memberi 'hint' untuk pergi dari Anfield apabila tidak mahu menetapkan pendiriannya sehingga tamat Piala Dunia tidak seperti Dirk Kuyt yang telah menyatakan kesetiaannya sebelum perlawanan akhir berlangsung namun Torres telah menunjukkan kesetiaannya dalam foto berikut.

Dah lama tak de player Liverpool menang World Cup kan? Sebab tu la aku ni legend!

Apa yang lebih pasti, kecederaan Torres pada minit akhir separuh masa kedua masa tambahan membuatkan pasukan lain terpaksa berfikir lapan belas kali sebelum melamarnya. Ini kerana rekod kecederaan Torres sejak bermain di Liga Perdana Inggeris agak tragis juga. Kenyataan awal menyatakan Torres mengalami kecederaan 'hamstring' atau 'groin' tetapi ada juga kata-kata nakal berkata yang Torres hanya berlakon cedera untuk melambatkan masa dan mempercepatkan kemenangan Sepanyol. Tambahan pula Torres kelihatan melompat-lompat kegembiraan sewaktu meraikan kejayaan menjadi Juara Dunia.

Sakit kerana kecederaan ke sakit hati kerana digelar Heskey Sepanyol tu?

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat