Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Rabu, Julai 21, 2010

Pertahanan: Seorang masuk dan seorang lagi boleh pergi


Rangers telah bersetuju dengan bidaan Liverpool FC yang mahukan pemain muda yang sedang meningkat naik Danny Wilson yang baru berumur 18 tahun. Wilson yang beraksi 24 kali untuk Rangers sekaligus membantu kelab Ibrox itu memenangi Scottish Premier League musim lepas yang menobatkannya sebagai Scottish Football Association Young Player of the Year.

Walaupun pembelian Wilson sewaktu zaman Rafalution kelihatan seakan gagal namun kali ini ia berjaya dengan harga yang dijangka £2 juta dan mungkin meningkat sehingga £5 juta. Wilson akan menjalani pemeriksaan perubatan di Melwood sebelum berangkat ke Switzerland untuk menyertai kem latihan The Reds.


Lain pula nasib pertahanan Swiss, Philipp Degen yang telah diberitahu oleh Roy Hodgson untuk mencari pasukan lain sekiranya masih ingin bermain bola sepak. Degen yang dibawa masuk dari Borussia Dortmund masih gagal memasuki kesebelasan utama sejak tiba pada Julai 2008.

"We have had an amicable conversation with Philipp and he wants to play football," Hodgson told Liverpoolfc.tv. 
"We won't stand in his way and he is free to look for another club."

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat