Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Ahad, Julai 18, 2010

Perlawanan pertama tanpa bintang Piala Dunia

Hampir semua pemain yang beraksi di Piala Dunia tiada di dalam kem latihan di Switzerland kecuali pemain Serbia, Milan Jovanovic (mungkin?). Pemain yang tersingkir di pusingan kedua masih berada di Melwood untuk menjalani latihan individu. Pemain Argentina pula masih belum pulang dan ada kemungkinan terus tidak pulang sebaliknya pergi ke Inter Milan. Manakala pemain yang terlibat dalam perlawanan akhir pula hanya akan pulang selepas perlawanan Europa League pada 29 Julai ini berlangsung.

Selepas mendapatkan nasihat staff perubatan, Roy Hodgson memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat pemain yang terlibat dalam Piala Dunia untuk perlawanan pertama yang akan bermain sama ada di Armenia atau Macedonia. Liverpool sebelum ini tidak pernah bermain di negara tersebut. Adakah terlalu yakin untuk menang menentang pasukan bawahan atau pun Hodgson ingin menumpukan pada Liga Perdana Inggeris namun yang pasti merehatkan pemain tersebut dapat mengelakkan keletihan, ketegangan dan stress yang boleh membawa kepada kecederaan yang berpanjangan.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat