Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Khamis, Julai 15, 2010

Berita kecederaan yang melegakan


Terdapat dua berita kecederaan yang melegakan penyokong The Reds. Fernando Torres yang menjalani MRI di Sepanyol dan mendapati ada koyak kecil di bahagian 'adductor' dan tidak begitu serius. Begitulah yang diberitahu oleh Ketua Bahagian Sains Sukan dan Perubatan yang baru, Peter Brukner. Walau bagaimana pun, Torres perlu berehat dalam tempoh tiga minggu.

Berita seterusnya adalah tentang kecederaan buku lali Alberto Aquilani yang menyekat peluangnya beraksi dengan baik musim lalu. Brukner telah mengesahkan Aquilani telah bebas 100% dari masalah buku lali tersebut dan boleh beraksi dengan baik pada musim mendatang. Aquilani ketika ini sedang bersama skuad The Reds menjalani latihan di Switzerland.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat