Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Khamis, Jun 03, 2010

Penyokong akan 'protest' terhadap penyingkiran Rafael Benitez

Menurut laporan 'This is Anfield' satu protest oleh penyokong Liverpool akan diadakan pada pukul 6.00 petang (waktu tempatan) di Anfield terhadap pemilik Amerika setelah tersebarnya berita penyingkiran Rafael Benitez sebagai pengurus The Reds. Walaupun penyokong dikatakan akan terbahagi kepada penyokong Benitez atau tidak menyokong, namun mereka tetap akan bersatu untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pemilik Amerika tersebut. Ini kerana mereka tidak percaya terhadap pengurusan Liverpool di bawah pemilikan bersama rakyat Amerika dan pengerusi Martin Broughton dan juga marah dengan cara mereka menyelesaikan kes ini. Menyingkirkan pengurus yang sedang bercuti adalah satu cara yang keji.

Berita menyatakan Benitez hanya ditawarkan sebanyak £3 juta untuk penyingkiran ini di mana jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya mengikut kontrak. Dianggarkan Benitez boleh mendapat pampasan sebanyak £16 juta. Pun begitu, agen Benitez, Manuel Garcia Quilon tidak memberikan sebarang komen terhadap perkara ini dengan berkata:
We don't know anything more than what's being said.
We're not saying anything
BBC Sport melaporkan lembaga pengarah Liverpool telah bersidang selewat jam 11.30 malam (waktu tempatan) Rabu sebelum keputusan untuk menyingkirkan Benitez diambil. Dengan ini, Benitez dijangka akan menghala ke Itali dan juga mendapat rumah baru di San Siro setelah The Special One meninggalkan Inter Milan untuk ke Real Madrid. Persoalannya sekarang, sekiranya penyingkiran ini sudah sah, siapa pula akan mengambil alih tugas pengurus The Reds.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

OWners LFC memang tak guna tp Benitez pun sama juga lah, patut disingkir lebih awal.

3 Jun 2010 pada 10:49 PG
Tanpa Nama berkata...

In rafa we trust..Only true fan know it...When u walk through a storm,hold your hand up high.And dont be afraid of the dark.At the end of a storm,there's golden the sky.... (for those fan,hayatilah lirik ini....Kita bagun n jatuh sama2)

3 Jun 2010 pada 12:02 PTG
Tanpa Nama berkata...

Jgn salah gunakan YNWA...Manager datang dan pergi, tapi kelab kekal selamanya. True fan adalah yang menyokong kelab LFC dan bukannya menyokong manager sahaja. kalau manager dah "overstay his welcome", tak perlulah terhegeh2 nak stay.

In LFC, we trust!

3 Jun 2010 pada 2:22 PTG
Joe Radzif berkata...

akoo bersetuju dengan Tanpa Nama yang ke-3.
cuma akoo tak setuju dengan kemangkukan pihak pengurusan skang...

3 Jun 2010 pada 2:44 PTG
Amirul Idham berkata...

dalam keadaan ekonomi liverpool yg tengah goyah, rafa tak patut di pecat

3 Jun 2010 pada 4:49 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat