Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Khamis, Jun 10, 2010

Biacara Anak Tekak - Calon-calon pilihanraya kerusi Anfield

Sejak minggu lepas sebelum dan selepas berita penyingkiran Rafael Benitez, banyak laman web menyiarkan berkenaan orang-orang yang disebut-sebut untuk menduduki posisi terhangat di Merseyside. Kali ini akoo sendiri akan mengupas sedikit sebanyak beberapa orang yang tengah dikaitkan.


Martin O'Neil
1 March 1952 (58)


Mempunyai rekod yang baik di Leicester City dan Celtic. Namun masih belum mempunyai reputasi yang baik di peringkat Eropah walaupun pernah membawa Celtic ke final UEFA Cup pada 2002/03. Kini bersama Aston Villa yang agak konsisten di bawah golongan 'Big 4'.


Pasukan yang pernah diurus:


Grantham Town (1987–1989)
Shepshed Charterhouse (1989)
Wycombe Wanderers (1990–1995)
Norwich City (1995)
Leicester City (1995–2000)
Celtic (2000–2005)
Aston Villa (2006– )


Pencapaian

Wycombe Wanderers
Football Conference – 1993
FA Trophy – 1991, 1993
Division 3 Play–Off Winners – 1994

Leicester City
Promotion to Premier League – 1995/96
League Cup – (2) 1997, 2000
League Cup – 1999 (Tempat ke-2)

Celtic
SPL Championship (3) – 2000/01, 2001/02, 2003/04
Scottish Cup (3) – 2001, 2004, 2005
Scottish League Cup (1) – 2000/01
UEFA Cup Runner-Up – 2002/03
Scottish Cup – 2002 (tempat ke-2)
Scottish League Cup – 2002/03 (tempat ke-2)
SPL Championship (2) – 2002/03 , 2004/05 (tempat ke-2)

Aston Villa
Peace Cup – 2009
League Cup – 2010 (tempat ke-2)

uNCLe Joe:
Bukan akoo punya pilihan.

Ada peluang nak jadi pengurus Liverpool musim depan:
Tak. Owner Aston Villa tak nak lepaskan kecuali jadi pengurus England.

Kalau jadi pengurus Liverpool musim depan
EPL: No 5
FA: Pusingan ke-5
LC: Suku Akhir
UEFA: Separuh Akhir

Kenny Dalglish
4 March 1951 (59)

Pengurus Liverpool yang berjaya sebagai pemain dan pengurus. Pengurus Liverpool yang terakhir menjulang kejuaraan liga tertinggi di England sebelum Liga Perdana diperkenalkan. Sangat dihormati oleh pemain dan juga kini memegang jawatan untuk memajukan pemain muda di Liverpool. Pernah menyatakan hasrat untuk menjadi pengurus sementara di Liverpool sebelum pengurus yang sebenar dilantik. Rekod yang cemerlang ketika menerajui Liverpool, Blackburn Rovers dan Newcastle United di peringkat domestik. Namun telah 10 tahun tidak mengurus kelab.
 
Pasukan yang pernah diurus:
 
Liverpool 1985–1991
Blackburn Rovers 1991–1995
Newcastle United 1997–1998
Celtic 1999–2000
Liverpool (Academy) 2009


Pencapaian

Liverpool

Football League First Division
Juara: 1985–86, 1987–88, 1989–90
No-2: 1986–87, 1988–89

FA Cup
Juara: 1986, 1989
No-2: 1988

Football League Cup
No-2: 1987

Charity Shield
Juara: 1988, 1989 (Shared): 1986, 1990

Blackburn Rovers

FA Premier League
Juara: 1994–1995
No-2: 1993–1994

Football League Second Division Play Off
Menang: 1991–1992

Charity Shield
No-2: 1993-94, 1994–95

Newcastle United

FA Premier League
No-2: 1996–97

FA Cup
No-2: 1998

Celtic

Scottish Premier League
No-2: 1999–00

Scottish League Cup
Juara: 2000

Rest of the World
Soccer Aid
Juara: 2010
 
uNCLe Joe:
Akoo tertarik dengan kepakarannya dalam mencari dan membawa masuk pemain berkualiti ke dalam skuad bimbingannya. Antara yang pernah dibelinya - Peter Beardsley, John Aldridge, John Barnes, Ray Houghton, Jamie Redknapp (Liverpool) Alan Shearer, Tim Flowers, David Batty dan Chris Sutton (Blackburn).

Ada peluang nak jadi pengurus Liverpool musim depan:
50-50. King Kenny pernah cakap nak jadi care taker manager aje bukan untuk full time. Tapi kalau peminat terlalu nak dia, ada kemungkinan dia akan jadi manager secara tetap. Pun begitu, akoo target dia hanya akan kekal untuk 3 musim paling maksimum. (Berita terbaru menyebut King Kenny nak jadi pengurus Liverpool yang baru!!!)


Kalau jadi pengurus Liverpool musim depan (ramalan) 
EPL: No 3
FA: Suku Akhir
LC: Separuh Akhir
UEFA: Naib juara



Roy Hodgson
9 August 1947 (62)


Kurang berjaya di England tetapi boleh dikirakan berkaya di peringkat kelab dan antarabangsa terutamanya di awal kareer sebagai pengurus di negara Scandinavia. Juga berjaya membawa pasukan Switzerland ke Piala Dunia 1994. Keberkesanan Hodgson dalam membimbing skuad tanpa bintang amat ketara cuma tiada sebarang kejayaan di peringkat kejohanan Eropah tetapi dengan pasukan Fulham telah melangkah sejauh final UEFA League musim ini seharusnya Hodgson patut diberikan perhatian sebagai pengurus yang serba boleh.


Pasukan yang pernah diurus:

Halmstad 1976–1980

Bristol City 1982
Örebro 1983–1985
Malmö FF 1985–1990
Neuchâtel Xamax 1990–1992
Switzerland 1992–1995
Inter Milan 1995–1997
Blackburn Rovers 1997–1998
Inter Milan 1999
Grasshopper 1999–2000
Copenhagen 2000–2001
Udinese 2001
United Arab Emirates 2002–2004
Viking 2004–2005
Finland 2006–2007
Fulham 2007–

Pencapaian

Halmstads


Swedish football champions (2): 1976, 1979
Allsvenskan (2): 1976, 1979

Malmö FF

Swedish football champions (2): 1986, 1988
Allsvenskan (4): 1986, 1987, 1988, 1989
Svenska Cupen (2): 1985–86, 1988–89

Copenhagen
Danish Superliga (1): 2000–01
Danish Super Cup (1): 2001

Fulham
LMA Manager of the Year (1): 2010

uNCLe Joe:
Sangat tidak mengenali beliau sehinggalah terbit berita beliau dikaitkan untuk menggantikan Rafael Benitez di akhir musim yang baru sudah. Cuma apabila membuat sedikit semakan latar belakang, ternyata respect terhadap pencapaiannya yang tidak seberapa tetapi mantap dari segi menyediakan pasukan tanpa bintang. Semangat berpasukan lebih diutamakan. Jadi akoo letak dia sebagai antara calon untuk menyandang kerusi pengurus di Anfield

Ada peluang nak jadi pengurus Liverpool musim depan:
Jatuh ke 30% apabila King Kenny telah menunjukkan hasrat untuk menerajui Liverpool

Kalau jadi pengurus Liverpool musim depan (ramalan)
EPL: No 4
FA: Suku akhir
LC: Suku akhir
UEFA: Separuh akhir

Sven-Göran Eriksson
5 February 1948 (62)
Bekas pengurus skuad kebangsaan England (2001-2006) memimpin mereka ke tiga kejohanan besar iaitu Piala Dunia (2002 & 2006) dan Piala Eropah 2004 di mana mereka hanya layak ke suku akhir. Erikson juga mempunyai reputasi yang baik apa bila banyak memenangi piala bersama pasukan kelab sebelum menjadi pengurus England tetapi rekodnya di England masih tidak membanggakan. Kini beliau melatih skuad Ivory Coast ke Piala Dunia 2010.
 
Pasukan yang pernah diurus:
 
Degerfors 1977–1978

Göteborg 1979–1982
Benfica 1982–1984
Roma 1984–1987
Fiorentina 1987–1989
Benfica 1989–1992
Sampdoria 1992–1997
Lazio 1997–2001
England 2001–2006
Manchester City 2007–2008
Mexico2008–2009
Côte d'Ivoire 2010–2011
 
Pencapaian
 
Göteborg


Svenska Cupen Winners 1979, 1982
Allsvenskan Champions 1982
UEFA Cup Winners 1982

Benfica

Portuguese Liga Champions 1983, 1984, 1991
Cup of Portugal Winners 1983
SuperCup Cândido de Oliveira Champions 1989
European Cup Runners Up 1990
UEFA Cup Runners Up 1983

Roma

Coppa Italia Winners 1986

Sampdoria

Coppa Italia Winners 1994

Lazio

Coppa Italia Winners 1998, 2000
Italian Super Cup Winners 1998, 2000
UEFA Cup Winners' Cup Winners 1999
UEFA Super Cup Winners 1999
Serie A Champions 2000

England

FA Summer Tournament Winners 2004
 
uNCLe Joe:

Bukan pilihan akoo jugak nih. Sudah lama sejak kali terakhir beliau mempunyai rekod yang baik. Juga mempunyai masalah luar padang yang kurang enak seperti skandal seks.

Ada peluang nak jadi pengurus Liverpool musim depan:
Mungkin tak. Tak mungkin.

Kalau jadi pengurus Liverpool musim depan (ramalan)
EPL: No 6
FA: Pusingan ke-4
LC: Suku akhir
UEFA: Separuh akhir

Calon-calon yang lain:

Marcelo Lippi
- Sudah menyatakan tidak berminat untuk mengurus Liverpool. Sedang membawa Itali ke Piala Dunia

Guus Hidink
- Juga tidak berminat dengan Liverpool. Mungkin beliau mahukan yang lebih besar.

Harry Redknapp
- Tidak mahu ke Liverpool. Lagi pun pasukannya sekarang, Tottenham Hotspur akan bermain di Champions League musim hadapan.

0 comments:

Catat Ulasan

Para Sahabat