Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Rabu, Disember 31, 2008

2009 mendatang dengan harapan

Menutup 2008 dan membuka lembaran 2009 dengan bertakhta di EPL memang suatu yang amat menyeronokkan dan sangat membanggakan. Walaupun beberapa kali keputusan yang tidak memberangsangkan berlaku apabila seri 4 kali di Anfield namun Chelsea sebagai pencabar terdekat seperti memberi peluang apabila merelakan menjadi 'Chelseri' yang seterusnya menyaksikan LFC berada 3 mata di hadapan.

Kehadiran Januari setiap tahun sangat dinanti kepada semua peminat EPL apabila 'Tingkap Perpindahan' (Transfer Window) akan terbuka secara luasnya. Walaupun LFC ketika ini seakan mempunyai pasukan yang hampir sempurna, pergerakan pemain masuk dan keluar mungkin akan berlaku dan perkhabaran angin perpindahan pemain tetap meniti bibir peminat.

Antara rumours yang hangat diperkatakan ketika ini antaranya adalah penjualan Jermain Pennant, Daniel Agger dan juga Robbie Keane kembali ke Spurs. Namun penjualan Keane yang sedang on-form seakan tidak menjadi kenyatan. Mana kala dilaporkan Celtic sedang membuat tawaran £3 juta rasmi untuk membeli Pennant.

Pemain yang diperkatakan akan masuk ke LFC pula tidak kurang hebatnya seperti Gareth Barry yang sangat disukai oleh Rafael Banitez, Michael Owen yang akan menjadi free agent pada Januari ini, Brede Hangeland yang mungkin menggantikan Agger namun bergantung kepada penjualannya dan juga Antonio Valencia tetapi perpindahan musim panas 2009 adalah lebih realistik.

Walau apa sekalipun, semoga 2009 ini diharapkan dapat merealisasikan harapan semua peminat LFC yang sangat menantikan takhta EPL.

1 comments:

hairi hamzah berkata...

perpindahan idealistik untuk bulan januari bagi aku:

1) Michael Owen - free transfer, tp gaji dia skrg di Newcastle United adalah sebanyak 130k pound.. ini mungkin akan menjadi satu 'setback' Rafa untuk menarik Owen untuk pulang ke Merseyside.. Aku harap Owen dapat merendahkan 'expectation' dia krn pada umur 30 tahun ni, dia tak boleh la nak memilih sgt pasal gaji..

2) Emile Heskey - Free Transfer, Permainan ala2 gandingan Crouch & Torres. Crouch tanduk Torres Score = Heskey tanduk Owen score = Heskey tanduk Torres / Keane / Owen?? SCORE!!

Lain2 potensi perpindahan di musim panas

1) Amr Zaki - Aku minat dgn penyerang Wigan ni.. Pantas & mempunyai tubuh seperti pahlawan Arab.. Boleh lagi di consider sbg penyerang backup kepada Torres & Keane.. Tapi Wigan masih memegang hak 'first option' utk memiliki penyerang ini dgn mutlak di akhir musim..

2) Rafinha - Ekoran tak dapat menambat Dani Alves di musim yg lalu, bagi aku ini adalah pilihan kedua yg tak kurang hebatnya berbanding dgn Dani.. Pemain Schalke 04 ini berada di dalam kesebelasan utama, seorang 'wing back' yang pantas yg boleh menjadi saingan kepada Arbeloa & Degen, dan juga posisi ini juga bukan posisi cari makan utk Carra.. Rafa, tolong lepaskan dia dr tanggung jawab ni.. Berdepan dgn 'winger2' pantas dari Chelski, Arse-anal & Manure dan juga semakin di panjat usia, tidak lagi dapat menyakinkan aku yg Carra boleh bersaing dgn mereka..

1 Januari 2009 pada 12:01 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat