Bicara Anak Tekak - Nak beli pemain pakai duit mana?
Semakin ramai dan semakin meriah berita khabar angin perpindahan pemain masuk ke Liverpool untuk musim 2010/11 selain berita ayam tambatan The Reds seperti Fernando Torres dan Steven Gerrard bakal meninggalkan Liverpool untuk bermain di Champions League dengan menyertai Real Madrid, Inter Milan mahu pun Chelsea.£8 juta untuk pemain ini di Anfield musim depan?
Yang menjadi persoalannya sekarang adalah dari mana datangnya duit untuk setiap pembelian tersebut. Walau pun diberitakan oleh Daily Mail (http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-1282328/ln-Red-Liverpool-boss-Rafa-Benitez-handed-measly-5m-summer-transfer-kitty.html?ITO=1490) bahawa Rafael Benitez telah diberikan £5 juta untuk membeli pemain dalam musim panas ini namun berita tersebut telah disangkal oleh pengarang Liverpool-Kop, Jaimie Kanwar dalam artikelnya yang bertajuk 'PRESS LIES about LFC: 28 May 2010 - The Daily Mail and Rafa Benitez's alleged £5m transfer budget' (http://www.liverpool-kop.com/2010/05/press-lies-about-lfc-28-may-2010-daily.html?)
Pun begitu, rata-rata penyokong Liverpool tetap berharap ada pemain baru dibawa masuk untuk memantapkan barisan pemain untuk musim hadapan terutamanya di bahagian pertahanan dan juga sayap. Penjualan kelab kepada pemilik baru juga sangat diharap-harap agar dapat memberi sebanyak mungkin duit untuk tujuan pembelian pemain. Pun begitu tindak-tanduk pemilik sekarang agak menyukarkan proses penjualan di mana harga yang diletak sangat tinggi (£800 juta) seperti yang dilaporkan oleh Telegraph (http://www.telegraph.co.uk/sport/football/leagues/premierleague/liverpool/7780238/Liverpool-co-owner-Tom-Hicks-defends-his-800-million-asking-price-for-the-club.html?)
2 comments:
5 juta!!? beli nenek hick ngan gillet boleh lah! he he
30 Mei 2010 pada 9:16 PTGnenek dia pun rasanya 1 pound pon tak de sapa nak beli
30 Mei 2010 pada 10:06 PTGCatat Ulasan