Pak Arab vs Mat China
Menurut kenyataan berita talian, terdapat dua pihak telah menunjukkan minat untuk memilik Liverpool selain dari pihak DIC. Kali ini ia melibatkan pihak Pak Arab Syria dan juga Mamat China si jutawan dari Shanghai.Konsortium Syria melalui orangnya, Yahya Kirdi dikatakan telah terbang ke England untuk bertemu pengerusi Martin Broughton dan pemilik bersama George Gillett. Mereka dikatakan yakin dapat membeli Liverpool dengan harga £400 juta iaitu separuh nilai anggaran yang diletakkan oleh pemilik sekarang.
Mana kala jutawan Shanghai, Zhu Jun – penubuh, pemilik dan CEO The9 Ltd (sebuah firma permainan ‘online’) juga dikatakan mempunyai ‘minat yang ikhlas’ untuk memiliki The Reds walaupun belum ada sebarang bidaan dibuat. Beliau juga seorang pengerusi dan pemegang saham maojiriti dalam Shanghai Shenhua, sebuah pasukan dalam Chinese Super League.
2 comments:
tak kisah la sapa pun..janji rafa benitez keluar.
13 Mei 2010 pada 7:29 PTGtapi yang paling penting janji yahudi keluar dulu
13 Mei 2010 pada 9:55 PTGCatat Ulasan