(2008/09) EPL: Kecewa lagi di Anfield
Harapan untuk terus mengekori rapat Manchester United nampaknya semakin sukar apabila sekali lagi seri di Anfield setelah terikat 1-1 dengan musuh mereka, Manchester City. Ketiadaan Steven Gerrard yang belum cergas dan Xabi Alonso yang digantung perlawanan ternyata sedikit merencatkan pergerakan serangan dan pertahanan walaupun menguasai perlwanan apabila Rafael Benitez menurunkan pemain kesayangannya, Lucas Leiva.Manchester City mendahului 1-0 pada minit ke-49 apabila tendangan Craig Bellamy melantun setelah terkena Alvaro Arbeloa dan melepasi jangkauan Jose Reina. City menggandakan asakan selepas itu sehingga menyaksikan gol jaringan Stephen Ireland dibatalkan kerana offside. Apa yang jelas pemain Liverpool seakan gagal mengekang pergerakan pemain City dan lebih mengecewakan apabila mereka sering kali membuang bola dalam situasi menyerang.
Hanya pada minit ke-78, Fernando Torres yang menerima hantaran Yahudi telah gagal merembat tepat namun bola telah bergolek ke Dirk Kuyt yang dengan pantas menyambar peluang dan menghantar bola ke jaring. Terselamat Liverpool dari kalah di Anfield namun penyokong The Reds mahukan 3 mata penuh untuk terus menghambat pendahulu liga. Namun gagal juga berbuat demikian apabila Shay Given beraksi cemerlang dalam mematahkan beberapa cubaan ke pintu golnya.
2 comments:
syabas Bro atas kelahiran anak. Sori lah lambat sikit. Maklumlah masa kat Phuket aku sempat jenguk blog aku aje. hihihi...
25 Februari 2009 pada 11:51 PGMasa aku dapat boy Disember lepas, aku cadang nak letak nama Steven Gerrard tapi mem aku bantah. Camana kau letak Xabi Alonso? hihihi sure terangkat!
SYABAS lagi sekali !
thanks bro...
25 Februari 2009 pada 10:26 PTGakoo pon bz ke sana sini tengok anak kat hospital
kena kad kuning plaks...
akoo nak buh Javier Torres...
hik hik hik
Catat Ulasan