EPL: Torres: 2 Chelsea: 0
Dengan keputusan ini Liverpool tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengasak Chelsea yang semakin bertahan namun masih tidak berjaya menghasilkan sebarang gol dan keadaan kelihatan semakin mendesak sehinggakan Steven Gerrard juga dihadiahkan kad kuning kerana dituduh membuat 'dive' di hadapan kotak penalti. Hanya setelah kemasukan Yahudi menggantikan Albert Riera pada minit ke-74 serangan Liverpool bertambah bahaya dengan kadar kemasukan pergerakan ke kotak penalti bertambah dan juga lebih banyak percubaan ke arah gol dihasilkan.
Pada minit ke-88 Fabio Aurelio telah melambungkan bola ke arah 'near post' dan sempat disambar Fernando Torres yang membuat tandukan nipis dan gagal diselamatkan oleh Petr Cech. Berbeza dengan beberapa perlawanan lepas, Liverpool terus mengasak walaupun sudah mendahului 1-0. Hasilnya pada minit ke-93 Ashley Cole yang diasak Yahudi telah terlepas bola dan Yahudi dengan mudah menghantar ke Torres yang menyumbat bola ke pintu yang ternga-nga. Sejurus kemudian Rafel Benitez mengeluarkan Torres yang mendapat 'penghormatan berdiri'. Kemenangan 2-0 di saat akhir ini juga membuatkan The Reds kembali mendapat semangat untuk mengejar pendahulu liga, Manchester United.
3 comments:
hahaha... hang punya update seringkas yang boleh! TAPI KITA MENANG! MENANG! MENANG !
2 Februari 2009 pada 11:36 PGupdate tu sejurus selepas tamat game bro,
2 Februari 2009 pada 2:26 PTGnih tengah bz nak meeting petang nih
malam nih bole la update balik
he he he
Uncle joe..
9 Februari 2009 pada 11:48 PGminat nak join sebagai co-author blog saya?
saya nak cari org yg boleh posting ttg Liverpool... :)
kbsoccernet.com
Catat Ulasan