Xabi Alonso kembali untuk Merseyside Derby
Rafael Benitez melalui laman web rasmi Liverpool mengesahkan Xabi Alonso sudah pulih dari kecederaan dan bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds menentang musuh sekampung yang juga pemilik asal Padang Anfield, Everton. Kehilangan Alonso sebelum ini amat dirasai oleh peminat apabila menyaksikan kegagalan Liverpool untuk mencatatkan kemenangan ketika seri 0-0 dengan Stoke City di Britannia.Seterusnya, Alvaro Arbeloa juga diberitakan sudah menjalani latihan penuh bersama skuad Liverpool di Melwood. Rafa juga membayangkan Arbeloa akan diturunkan dalam perlawanan terdekat ini namun belum pasti sebagai kesebelasan utama. Dengan ini hanya Philip Deggen sahaja yang masih belum pulih dari kecederaan.
0 comments:
Catat Ulasan