Liverpool : 1
(Ngog 46)
 Arsenal: 1
(Reina 90 - og)
Anfield (44 722)
Jose Reina sekali lagi menjadi penyelamat di saat genting cuma kali ini pada pasukan yang salah. Kegagalannya meneka dengan tepat hantaran lintang 
Marouane Chamakh yang terkena tiang sebelum melantun kembali ke arahnya adalah permulaannya. Kemudian 
Reina sekali lagi gagal menangkap kemas bola yang bergolek ke dalam gawang. Mungkin silau matahari mengganggu penglihatan 
Reina pada minit akhir perlawanan. 
Liverpool bermula dengan mempertahankan 
KOP dengan sepak mula oleh 
Arsenal yang berjersi 
kuning yang lebih dahulu mendapat mencuba penjaga gol apabila sepakan percuma 
Thomas Vermaelen sempat ditumbuk keluar oleh 
Reina. Permainan agak seimbang dengan berbalas serangan namun 
Arsenal lebih banyak menguasai bola dan 
Liverpool masih gagal memberi peluh buat penjaga gol 
Arsenal. Sehingga hampir ke minit akhir separuh masa pertama, bermula dari sepakan sudut 
Steven Gerrard, 
David Ngog dapat menanduk bola yang menuju ke arah kiri tiang gol 
Manuel Almunia yang gagal menahan bola tersebut namun 
Gael Clichy menyelamatkan keadaan. 
Sejurus selepas perkara itu berlaku, insiden dramatik bermula apabila 
Joe Cole telah dianugerahkan kad 
merah oleh pengadil, 
Martin Atkinson apabila terjahan lewatnya terhadap 
Laurent Koscielny di tepi padang. Ironinya 
Koscielny juga dibuang padang pada masa kecederaan separuh masa kedua setelah menerima kad kuning kedua akibat mengawal bola dengan tangan. 
Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan jersi 
kuning di padang 
Anfield. Jersi 
Merah lebih banyak melakukan counter attack yang tidak dapat disempurnakan untuk menambah jaringan. Namun 
Ngog terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila menepis segala prasangka buruk yang dilemparkan terhadapnya dengan menjaringkan gol pertama perlawanan sejurus permainan separuh masa kedua bermula. Bermula dari kanan kemudian bola mencecah ke kaki 
Javier Mascherano yang menghantar kemas kepada 
Ngog. 
Ngog tanpa masalah melepasi 
Vermaelen dan melepaskan tendangan dari sudut sukar dan melepasi jangkauan 
Almunia.
Masalah ketumpulan 
Arsenal selesai apabila 
Arsene Wenger memasukan 
Theo Walcott dan 
Tomas Rosicky pada minit ke-59 dan bermulalah episod bertahan 
Liverpool yang lebih menyedihkan apabila 
Maxi Rodriguez dan 
Lucas yang dibawa masuk tidak banyak membantu 
Fernando Torres juga tidak menyengat. Lebih mengharukan apabila 
Liverpool hampir terpaksa bermain 9 orang apabila 
Daniel Agger yang telah menggunakan kepalanya untuk menahan percubaan pemain 
Arsenal telah seakan hilang ingatan setelah 15 minit kejadian tersebut berlaku. 
Wenger dengan sombongnya telah mula marah-marah dan dilayan oleh pengadil ke-4. 
Roy Hodgson pula terpaksa berlakon cool kerana kesemua pertukaran telah dibuat. Akhirnya 
Agger masuk bermain semula setelah berjaya menekan dengan tepat bilangan jari fisio yang telah ditunjukkan kepadanya. 
Tidak banyak yang berubah walaupun 
Liverpool kembali bermain 10 orang. Gandingan 
Robin van Persie dan 
Rosicky terus menerus mengatur serangan sehinggalah berlaku kesilapan 
Reina. Kedudukan terikat 1-1 setelah terpisah hampir 45 minit. 5 minit masa tambahan telah diberikan dan 
Liverpool menerusi kapten, 
Gerrard sekali lagi menguji 
Almunia dari sepakan percuma cuma kali ini 
Almunia bermain baik sedikit dengan menepis keluar percubaan deras tersebut. Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dengan 10-10 dari sudut bilangan pemain.