Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Mutakhir: Liverpool terima bidaan FC Barcelona untuk Mascherano

Kenyataan rasmi Liverpool FC melalui laman web, liverpoolfc.tv telah menyatakan bahawa Liverpool FC telah menerima bidaan FC Barcelona dan kini terpulang kepada Javier Mascherano untuk berbincang perihal kontrak dengan gergasi Sepanyol itu.
Read More

Kemenangan di saat akhir di Turki

Trabzonspor: 1
Liverpool: 2
Remzi Giray Kacar (og 84)
Dirk Kuyt (88)


Kemenangan pertama di bumi Turki ke atas kelab Turki walaupun dipaksa berhempas pulas sebelum mendapat gol ehsan dari pertahanan Trabzonspor. Pun begitu Liverpool telah dikejutkan seawal minit ke-4 apabila Trabzonspor melalui penyerangnya, Teofilo Gutierrez meletakkan bola di dalam gawang Jose Reina.

Liverpool bangkit setelah ketinggalan tetapi David Ngog yang dibantu Joe Cole telah mensia-siakan beberapa peluang. Reina juga telah diganggu oleh pancaran laser oleh penyokong tuan rumah sehingga memaksa pengadil Croatia, Ivan Bebek meminta wakil UEFA memberi amaran untuk menghentikan gangguan atau beliau menghentikan perlawanan.

Saat kemenangan bermula dengan kemasukkan Dani Pacheco 13 minit sebelum tamat. Kemudian pada minit ke-84, Glenn Johnson yang melarikan bola telah melintangkannya ke tengah dan Remzi Giray Kacar yang diberi tekanan oleh Ngog memasukan bola ke gawang sendiri dan menghadiahkan The Reds gol di tempat lawan dan juga mendahului secara aggregat. Dirk Kuyt pula telah mengesahkan kelayakan Liverpool ke pusingan seterusnya setelah menolak mudah bola setelah penjaga gol Trabzonspor gagal menangkap kemas percubaan Cole 2 minit sebelum tamat 90 minit perlawanan.

Dengan itu Liverpool bersama-sama Manchester City telah berjaya mara namun rakan se-EPL, Aston Villa tersangkut di Vienna.
Read More

Gambar dari Trabzon

Berbekalkan 1 gol di Anfield, Liverpool bakal meredah onak duri di Trabzon untuk melayakkan diri dari play-off Europa League. Ini ditambahkan lagi dengan ketiadaan beberapa pemain utama termasuk kapitan, Steven Gerrard dan Fernando Torres. Ini meninggalkan Daniel Pacheco untuk berharap diberi peluang untuk bermula awal pagi ini waktu bersahur di Malaysia.

Read More

Terbenam di Tanah Timur

Liverpool: 0
Manchester City: 3


Kunjungan Liverpool ke Eastlands dengan penuh pengharapan berakhir dengan kekalahan terbesar mereka kepada Manchester City sejak tahun 1937. Walaupun perlawanan sebelum ini The Reds mampu bertahan ke atas Arsenal walaupun bermain dengan 10 orang namun dengan formasi 442, skuad Roy Hodgson kelihatan kurang menyerlah. Pun begitu masih mampu membuat Joe Hart menyelamatkan 3 percubaan berbahaya dari pemain Liverpool.

City mendahului seawal minit ke-13 melalui Gareth Barry yang menerima hantaran James Milner setelah pertahanan Liverpool membiarkan Milner tanpa kawalan. Sistem 2 penyerang Fernando Torres dan David Ngog seakan tidak 'connect' dalam memecahkan kubu pertahanan City yang agak solid dan kental.

2 gol Carlos Tevez pada separuh masa kedua memusnahkan harapan Liverpool untuk sekurang-kurangnya mencatatkan seri di awal musim di gelanggang lawan. Gol pertamanya pada minit ke-52 setelah kononnya menyentuh bola hasil tandukan Michah Richard yang berasal dari sepakan sudut Milner. Dan gol seterusnya melalui penalti setelah Martin Skrtel mengasari Adam Johnson. Ini merupakan gol ke-4 yang dilepaskan Jose Reina dalam tempoh 2 perlawanan. Apakah sudah ada tanda peralihan kuasa penjaga gawang kepada pemain 'home grown' yang baru ditandatangani itu?
Read More

Aqua bakal dihantar pulang ke Itali


Walaupun pada awal pra-musim ini, barisan ahli perubatan Roy Hodgson telah menyatakan Alberto Aquilani telah bebas dari sebarang jangkitan kecederaan, lain pula kenyataan Hodgson yang terbaru yang mahu menghantar Aquilani pulang ke Itali secara pinjaman. Aquilani juga tidak disenaraikan sewaktu Liverpool mengalahkan Trabzonspor di Anfield.

Kenyataan Hodgson:
"At the moment we are considering possibly loaning him to an Italian club, but nothing is sure about that yet so I don't have anything to report.
"I didn't want to use him tonight just in case the loan goes through because for Aquilani this year it's very important that he plays regular football, every week as the number one man on the team sheet.
"I can't promise him that here so if a loan move to Italy could help him in that respect it might be good for all parties.
"It would certainly be what he needs, it would certainly protect the value of the player and when he does return to Liverpool no doubt we will see the Aquilani that we signed before he came here injured last year."
Read More

Gol Babel beri Liverpool sedikit kelebihan

Liverpool: 1
Babel: 45
Trabzonspor:0
Anfield (40,941)


Gol Ryan Babel lewat separuh masa pertama telah memberikan kelebihan tipis kepada Liverpool ke atas kelab Turki, Trabzonspor namun agak sukar untuk bergantung dengan satu gol tersebut apabila bertandang ke Turki jika mengambil kira corak permainan Trabzonspor di Anfield malam tadi.

Christian Poulsen dianugerahkan debut bersama Liverpool digandingkan dengan Lucas di posisi tengah. Babel bertindak selaku penyerang tunggal dibantu oleh Joe Cole. Martin Kelly juga diberi peluang untuk bermula sebagai pertahanan kanan. Separuh masa pertama agak suram dengan kedua-dua pasukan bertukar hantaran jauh. Sehinggalah bola 'through' dari Cole singgah ke kaki Babel yang menghasilkan gol tunggal perlawanan. Aksi terakhir Babel malam itu setelah digantikan Fernando Torres pada separuh masa kedua. Ada juga menyatakan itu juga bakal menjadi aksi terakhir Babel setelah khabar angin bertiup yang Babel akan meninggalkan The Reds.

Separuh masa kedua amat berbeza keadaannya dari separuh masa pertama bermula dengan percubaan Torres dan tandukan Lucas yang gagal mencecah jaring. Bersambung-sambung sehinggalah gol Poulsen pada minit ke-73 dibatalkan setelah pengadil melihat kekasaran berlaku ke atas penjaga gol Trabzonspor. Kenyataan live commentary di Yahoo Eurosports UK berbunyi:

Goal disallowed! The keeper rolls around in agony after the ref buys that there was a foul on him. Kyrgiakos headed the corner on goal, Cole in front of him obscured his view, Onur dropped it and Poulsen drilled it in. The ref, as often happens, saw a foul on the keeper when there was none.
Kedudukan kekal sehingga masa permainan tamat dengan kemenangan tipis buat Liverpool. Berita baik buat penyokong The Reds apabila Torres bermain dengan baik dan seharusnya bakal menjaringkan lebih banyak gol buat Liverpool.

Read More

'Home Grown' untuk menjaga gawang Sang Merah


Tiada kena-mengena dengan masalah Pepe Reina yang menghadiahkan 1 mata buat Arsenal pada hujung minggu lepas tetapi peraturan baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menetapkan 8 orang 'Home Grown' untuk disenaraikan dalam skuad 25 orang membuatkan Liverpool membeli penjaga gol baru. Brad Jones yang berasal dari Australia dan berusia 28 tahun bakal meninggalkan Middlesbrough setelah The Reds bersetuju dengan kadar bayarannya - £2.3 juta.

Walaupun bukan berbangsa United Kingdom (UK) tetapi telah bersama Boro sebagai pelatih sejak tahun 2001 yang melayakkan Jones dimasukkan di dalam kategori 'Home Grown'. Tunggu sahaja laporan rasmi kemasukkannya yang kini sedang giat diperiksa oleh pakar perubatan di Melwood.
Read More

Sudut Membaca: 25 Man Squads & Home Grown Rules Explained

 Di copy-paste dari http://kopthat.co.uk/?p=845817312 untuk tujuan pemahaman.

As the end of the transfer window starts to approach, just 15 days to go until August 31st, the mention of the new Premier League rules that take effect for the 2010/11 season become ever more mentioned across all forms of media. The reason for this is that by September 1st 5pm, every Premier League club has to register its squad for the current campaign, meeting a new level of criteria designed to increase the number of young ‘home-grown’ players in the Premier League and with a long-term aim of giving more options to the England manager.


 
A further target of the strategy is to prevent teams stock piling players, or fielding squads completely dominated in numbers by overseas players as explained by Chief Executive Richard Scudamore recently:

 
Scudamore does not believe the move will encourage clubs to hoard young foreign players and claims the England team will ultimately reap the reward.

 
“It’s not in the club’s interests to stockpile players. It will make buying home-grown talent more attractive,” he said.

 
“We’re not going down the route of a nationality test but what this will mean is that you just can’t buy a team from abroad.”

 
“We think it will give clubs an extra incentive to invest in youth. We think that one of the benefits will be that it will help the England team.”

 
The 2010-11 Premier League season will see top flight clubs forced to comply with rules, specific to games played in the Premiership and no other competitions, over the size of their squads and the type of players that make them up. The system is simply administered at each club via an online form which automatically flags up if they have named too many players who do not qualify as “Home-Grown”.

 
Some teams will most certainly be affected more than others at different points of the rules. For example Liverpool are recognised as only having Steven Gerrard, Jamie Carragher, Joe Cole, Glen Johnson and new arrival Brad Jones as the only senior homegrown players on the books, although a good abundance of U21s does exist. Manchester City on the other hand, fresh from a £100m spending spree and rising have some different thinking to do. Although their current squad boasts 13 senior home grown players, a number of them are recognised as surplus to requirements at Eastlands which will lower the availability to them but overall the squad is much closer to 40 players than the 25 limit. Therefore a considerable number of players are not going to see Premiership action this season although they will be able to feature in their Europa campaign as well as the English cups. The new set of rules could certainly encourage a hectic last week in the transfer window as teams look to meet their quota’s as well as possibly ensuring that high paid players not named in the 25 man squads, are loaned out, sold on etc.

  
An Overview of the Rules
  •  Clubs register a squad of up to 25 players, which must include at least eight ‘home-grown’ players, at the end of each transfer window.
  •  Home-grown players do not have to be English; home-grown players are defined as those who “irrespective of nationality or age, have been affiliated to the FA or Welsh FA for a period of three seasons or 36 months prior to 21st birthday”.
  • Clubs can supplement their squad with an unlimited number of players under the age of 21.
  •  Changes can be made only during transfer windows, although in exceptional circumstances (eg two out of three goalkeepers injured) moves could be allowed.
  •  Players loaned out to Football League clubs cannot be replaced, but can regain their spot on return to parent club.
  •  Clubs do not have to name a full squad of 25 if they do not have that many contracted players and in this instance they may add free agents outside the transfer window. However if they have 25 eligible contracted players, they must be named.
  • Clubs do not have to name eight home grown players but if they do not have that many signed they will operate from squad reduced by the relevant number of home grown players missing.
  • Rules purely apply to only Premier League matches – not European, FA Cup or League Cup games.
 The first deadline to be adhered to for squad submission to the Premier League is 5pm BST on 1st September 2010, the current transfer window closes on August 31st 6pm 2010.

Liverpool’s Managing Director Christian Purslow commented at the weekend on BBC 5 Live that - ”I think there will be one or two more ins and outs. There are a few people who will move on”.

As well ensuring that players surplus to requirements at Anfield are moved on, or simply unhappy for personal reasons such as is the case with Javier Mascherano, it is logical to assume that the Liverpool board will be closely looking at their home grown quota over the coming fortnight as much as overseas targets continue to exist.
Read More

Pepe Reina penyelamat Arsenal

Liverpool : 1
(Ngog 46)
 Arsenal: 1
(Reina 90 - og)
Anfield (44 722)






Jose Reina sekali lagi menjadi penyelamat di saat genting cuma kali ini pada pasukan yang salah. Kegagalannya meneka dengan tepat hantaran lintang Marouane Chamakh yang terkena tiang sebelum melantun kembali ke arahnya adalah permulaannya. Kemudian Reina sekali lagi gagal menangkap kemas bola yang bergolek ke dalam gawang. Mungkin silau matahari mengganggu penglihatan Reina pada minit akhir perlawanan.

Liverpool bermula dengan mempertahankan KOP dengan sepak mula oleh Arsenal yang berjersi kuning yang lebih dahulu mendapat mencuba penjaga gol apabila sepakan percuma Thomas Vermaelen sempat ditumbuk keluar oleh Reina. Permainan agak seimbang dengan berbalas serangan namun Arsenal lebih banyak menguasai bola dan Liverpool masih gagal memberi peluh buat penjaga gol Arsenal. Sehingga hampir ke minit akhir separuh masa pertama, bermula dari sepakan sudut Steven Gerrard, David Ngog dapat menanduk bola yang menuju ke arah kiri tiang gol Manuel Almunia yang gagal menahan bola tersebut namun Gael Clichy menyelamatkan keadaan.

Sejurus selepas perkara itu berlaku, insiden dramatik bermula apabila Joe Cole telah dianugerahkan kad merah oleh pengadil, Martin Atkinson apabila terjahan lewatnya terhadap Laurent Koscielny di tepi padang. Ironinya Koscielny juga dibuang padang pada masa kecederaan separuh masa kedua setelah menerima kad kuning kedua akibat mengawal bola dengan tangan.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan jersi kuning di padang Anfield. Jersi Merah lebih banyak melakukan counter attack yang tidak dapat disempurnakan untuk menambah jaringan. Namun Ngog terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila menepis segala prasangka buruk yang dilemparkan terhadapnya dengan menjaringkan gol pertama perlawanan sejurus permainan separuh masa kedua bermula. Bermula dari kanan kemudian bola mencecah ke kaki Javier Mascherano yang menghantar kemas kepada Ngog. Ngog tanpa masalah melepasi Vermaelen dan melepaskan tendangan dari sudut sukar dan melepasi jangkauan Almunia.

Masalah ketumpulan Arsenal selesai apabila Arsene Wenger memasukan Theo Walcott dan Tomas Rosicky pada minit ke-59 dan bermulalah episod bertahan Liverpool yang lebih menyedihkan apabila Maxi Rodriguez dan Lucas yang dibawa masuk tidak banyak membantu Fernando Torres juga tidak menyengat. Lebih mengharukan apabila Liverpool hampir terpaksa bermain 9 orang apabila Daniel Agger yang telah menggunakan kepalanya untuk menahan percubaan pemain Arsenal telah seakan hilang ingatan setelah 15 minit kejadian tersebut berlaku. Wenger dengan sombongnya telah mula marah-marah dan dilayan oleh pengadil ke-4. Roy Hodgson pula terpaksa berlakon cool kerana kesemua pertukaran telah dibuat. Akhirnya Agger masuk bermain semula setelah berjaya menekan dengan tepat bilangan jari fisio yang telah ditunjukkan kepadanya.

Tidak banyak yang berubah walaupun Liverpool kembali bermain 10 orang. Gandingan Robin van Persie dan Rosicky terus menerus mengatur serangan sehinggalah berlaku kesilapan Reina. Kedudukan terikat 1-1 setelah terpisah hampir 45 minit. 5 minit masa tambahan telah diberikan dan Liverpool menerusi kapten, Gerrard sekali lagi menguji Almunia dari sepakan percuma cuma kali ini Almunia bermain baik sedikit dengan menepis keluar percubaan deras tersebut. Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dengan 10-10 dari sudut bilangan pemain.
Read More

Poulsen akan memakai jersi 28





Jambu jugak pemain baru Liverpool ni yang akan memaki jersi bernombor 28. Mungkin kerana Christian Poulsen juga dilahirkan pada 28 Februari 1980.



Read More

Liverpool hampir mendapat Poulsen



Terbaru, Juventus telah mengesahkan bahawa mereka telah bersetuju dengan tawaran bidaan Liverpool untuk mendapatkan pemain tengah berusia 30 tahun mereka, Christian Poulsen. Kini terpulang kepada perjanjian persefahaman di antara The Reds dan Poulsen terhadap kontrak untuk bermain di Anfield.
Read More

Fernando Torres difitnah lagi


Gambar yang disiarkan dari insiden yang berlaku pada 2 Ogos lalu telah disalah ertikan sebagai Fernando Torres telah ditahan oleh pegawai polis kerana memandu laju dan juga telah disaman. Namun kenyataan rasmi dari pihak polis telah menyatakan bahawa Torres tidak melakukan sebarang kesalahan pada waktu itu. Apa yang terjadi adalah Torres telah berhenti dan menahan pegawai polis untuk menghalang tindakan jurukamera yang mengekorinya pulang.
Read More

Nombor baru untuk pemain lama

Fabio Aurelio yang diberi peluang kedua untuk beraksi bersama Liverpool telah diberikan nombor yang lebih kecil untuk disematkan di belakang jersinya. Dari nombor dua angka (12) kepada nombor 6 yang satu ketika dahulu pernah digunakan oleh pemain yang seakan sama fungsi dengannya - John Arne Riise. Ini memungkinkan suatu tanggung jawab dan peranan yang lebih besar akan diberi oleh Roy Hodgson kepada pemain Brazil ini.


Sementara itu, bintang skuad muda Sepanyol, Daniel Pacheco telah mengambil alih nombor lama Aurelio iaitu nombor 12 sebagai nombor jersinya yang baru. Satu lompatan yang penuh makna dari nombor asalnya, 47. Ini juga menunjukkan Hodgon akan menggunakan khidmat Pacheco dalam musim yang mendatang ini.
Read More

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak

Sidang redaksi Padang Anfield (seorang je pun), mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Semoga bulan ini akan mendekatkan kita dengan Pencipta kita dan seterusnya memperkuatkan keimanan dan ketakwaan terhadap-Nya. Ambillah peluang ini untuk mencuci dosa-dosa di samping menambahkan amal ibadat yang dijanjikan-Nya berlipat kali ganda pulangannya. Semoga dapat berpuasa penuh dan meninggalkan larangan-Nya.
Read More

Pasukan India tarik diri

Ia bukanlah pasukan bola sepak tetapi Sahara Group, salah satu pihak yang dikatakan sedang berusaha menghalau dua ekor yankee dari bumi Anfield. Konglomerat dari India ini diberitakan telah menarik diri dari perlawanan untuk mengambil alih kuasa di Liverpool.

Menurut kenyataan pegawai komunikasinya, Abhijit Sarkar kepada Bloomberg,

"The deal for acquisition of the Liverpool Football Club was in our consideration in the recent past,"
"However, after considering all related factors, we have decided not to go ahead with it, at least for the time being."

Kini hanya tinggal dua prospek yang diperkatakan akan berjuang untuk mendapatkan Liverpool FC sehinggakan menyebabkan ahli lembaga pengarah terbahagi dua. Menurut khabar angin, dua ekor beruk yankee lebih cenderung ke arah rakyat Syria, Yahya Kirdi manakala tiga yang lain - Pengerusi,  Martin Broughton, Pengarah Urusan, Christian Purslow dan pengarah, Ian Ayre lebih menyokong usahawan China, Huang.
Read More

Pertahanan meninggalkan Anfield untuk ke Jerman

Philipp Degen secara rasminya telah ke VfB Stuttgart secara pinjaman sehingga tamat musim 2010/2011 ini. Pengurus VfB Stuttgart, Christian Gross bukanlah seseorang yang asing buat Degen apabila mereka pernah bekerja bersama sewaktu Degen di FC Basel. Degen telah menyertai Liverpool secara percuma dari Borrusia Dortmund pada musim panas 2008.

Kenyataan Degen:

"I'm looking forward to the challenge and the wonderful VfB fans.
"I really want to make use of my chance. It's fantastic to be working together with Christian Gross again. I had a very successful time with him in Basel."
Read More

Lawan yang mencabar menanti The Reds - Europa League



Liverpool telah diundi bersama kelab TurkiTrabzonspor dalam perlawanan play-off Europa League. Perlawanan pertama dijadualkan di Anfield pada 19 Ogos sebelum bertandang ke Turki dengan perjalanan 2000 batu pada 26 Ogos. Kali pertama dan terakhir kedua-dua kelab ini adalah pada European Cup pada musim 1976/77.
Read More

Hyypia tidak akan bersama Liverpool musim ini

Hasrat Roy Hodgson untuk membawa pulang pemain pertahanan, Sami Hyypia dari Bayer Leverkusen menemui kegagalan apabila Hyypia yang ditawarkan jawatan kejurulatihan di Anfield tidak diberi kelepasan dari kelabnya. Hodgson agak kecewa dengan keputusan itu berkata,


"I'm a bit disappointed that my attempts to bring Sami Hyypia back failed. It only failed because he's so important to Bayer Leverkusen. We couldn't get him out of his contract," 
"He's one I would also put in the Jamie Carragher-Steven Gerrard mould, Liverpool for life.
"Unfortunately he was let go at the end of the season before last and we can't get him back. He's too valuable to them."
Read More

The Reds meneruskan perjalanan dalam Europa League

Liverpool: 2
Ngog 22
Gerrard 40 (pen)
FK Rabotnicki: 0
(Agg: 4-0)



Liverpool
1 Cavalieri Diego
23 Jamie Carragher
2 Glen Johnson
37 Martin Skrtel
34 Martin Kelly
8 Steven Gerrard
10 Joe Cole
21 Lucas
24 David Ngog
14 Milan Jovanovic
47 Dani Pacheco

Substitutes
42 Peter Gulacsl
16 Sotirios Kyrgiakos
  Danny Wilson
4 Alberto Aquilani
17 Maximiliano Rodriguez
26 Jay Spearing
39 Nathan Eccleston

Substitutions
Alberto Aquilani for Steven Gerrard (62)
Maximiliano Rodriguez forMilan Jovanovic (67)
Jay Spearing for Lucas (73)
Read More

Gambar Torres kembali berlatih

Berita baik buat semua Kopites apabila Fernando Torres telah pulang ke Anfield dan mula berlatih dengan rakan sepasukan.






Read More

Debut Joe Cole dengan kekalahan

Borussia Monchengladbach: 1
Liverpool: 0




Kehadiran pemain antarabangsa England ke dalam skuad kali ini gagal mengelakkan kekalahan 1-0 kepada tuan rumah yang menyambut ulang tahun ke-110 seterusnya mencalarkan penampilan sulung Joe Cole bersama Liverpool. Steven Gerrard, Glenn Johnson dan juga Jamie Carragher juga telah bermain dalam perlawanan tersebut. Gol Borussia MGB telah dihasilkan seawal minit ke-8 oleh penyerang Algeria, Karim Matmour. Karim telah mengambil peluang daripada kecuaian Daniel Ayala untuk menyumbatkan gol tunggal perlawanan.

Liverpool: Cavalieri (Gulacsi 69), Johnson (Darby 59), Insua (Aurelio 59), Ayala, Carragher (Wilson 45), Gerrard (Spearing 62), Shelvey (Sterling 84), Ince (Amoo 62), Eccleston (Irwin 78), Cole (Aquilani 65), Dalla Valle (Jovanovic 45) (Suso 89).
Read More

Kembali ke pangkal jalan: Fabio Aurelio

Masalah pertahanan kiri bakal diselesaikan apabila Liverpool di bawah kelolaan Roy Hodgson telah mengambil semula Fabio Aurelio yang telah dilepaskan apabila kontraknya tamat pada Mei lalu. Kini Aurelio telah menandatangani perjanjian kotrak untuk dua tahun. Ini telah direalisasikan setelah Aurelio lulus cemerlang sewaktu pemeriksaan perubatan di Melwood. Aurelio juga telah berlepas ke Jerman bersama rombongan The Reds untuk perlawanan persahabatan Ahad ini menentang Borrusia MGB.

Hodgson dipetik berkata kepada LiverpoolFC.tv:

"I asked the club to find out whether Fabio had found a new club.
"When we ascertained that he hadn't, we invited him back to Melwood so both myself and my staff, and the medical team could properly assess the player.
"We were both very impressed and I am delighted we were able to re-sign Fabio."
Read More

Lepas ganti Kaka, Lucas ganti Mascherano pula

Selepas mendapat call up untuk pasukan Brazil serta peluang menggantikan Kaka yang digugurkan pengurus baru Brazil, kini Lucas Leiva tidak memandang ke belakang lagi. Kisah Javier Mascherano yang tidak lagi berminat bermain untuk The Reds seakan memberi peluang kepada Lucas untuk bermain di posisi yang dikosongkan pemain Argentina tersebut.

Kejayaan mengemudi Liverpool sebagai ketua pasukan sewaktu menang 2-0 ke atas FK Rabotnicki akan menguatkan lagi harapan Lucas untuk lebih memainkan peranan yang lebih besar musim hadapan. Menjelang perlawanan persahabatan menentang Borussia Moenchengladbach di mana pemain utama termasuk debut oleh Joe Cole, Lucas masih diberi tugasan sebagai ketua pasukan.


"We know the situation regarding Javier and of course we all hope he stays because he's such a good player and important to the team,"
"We'll have to wait and see, but if he goes then I'm ready to play and to impress and do whatever job the manager needs from me.
"I'm not the same player as Javier, we have different styles, but I know I am able play the role Javier does because last season I played a few games when he was at right-back.
"I've no problem with doing that job, I know I can do it if that's what the manager wants. I think I did well last season, but I think in this one I can do even better wherever I play."
Read More

Europa League - Ngog benam Rabotnicki

FK Rabotnicki: 0
Liverpool: 2
David Ngog (17, 59)

Macam main sorang-sorang pulak


Dua jaringan di setiap separuh masa oleh David Ngog telah memberikan kemenangan moral buat Liverpool untuk menewaskan FK Rabotnicki di gelanggang lawan. Ini juga merupakan kemenangan pertama buat Roy Hodgson sebagai pengurus The Reds. Ternyata tindakan Hodgson merehatkan 10 pemain yang beraksi di Piala Dunia bukanlah sesuatu yang memakan diri. Hanya Daniel Agger, Martin Skrtel, Sotirios Kyrgiakos dan Milan Jovanovic diturunkan.

Read More

Para Sahabat