Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Pertahanan gagal bertahan untuk pertahankan

Liverpool: 2
Alberto Aquilani (44)
Yossi Benayoun (95)
Atletico Madrid: 1
Diego Forlan (102)
(Agg 2-2 - Atletico menang dengan gol tempat lawan)


Tiada 'silverware' lagi tahun ini. Itu sudah pasti. Walaupun menang 2-1 di Anfield tetapi tidak cukup untuk membawa The Reds untuk 'all-English final' setelah Fulham juga mengalahkan Hamburg 2-1. Gol tempat lawan oleh Diego Forlan sudah cukup untuk Atletico Madrid melangkah ke akhir.

Mendahului pada minit ke-44 melalui Alberto Aquilani dan agregat terikat 1-1. Tiada sebarang gol diperolehi oleh mana-mana pasukan dan permainan di bawa ke masa tambahan. Bermula dengan agak menyerang dan Liverpool memperolehi gol kedua pada minit ke-95 melalui el-Yahudi setelah menerima hantaran cip oleh Lucas. Namun ternyata itulah satu-satunya percubaan dari Liverpool di sepanjang 30 minit masa tambahan.

Tersentak dengan gol tersebut Atletico Madrid bangkit menguasai perlawanan dan menyerang. Gol Forlan pada minit ke-102 hadir setelah dua kali percubaan oleh José Antonio Reyes dan Jose Manuel Jurado tidak mencecah jaring. Mereka juga hampir menambah gol pada minit ke-112 melalui Simao. Jelas Liverpool agak tumpul tanpa Fernando Torres dan harus berbuat sesuatu menuju ke perlawanan menentang Chelsea Ahad ini.

uNCLe Joe - The first and the last game yang akoo bangun untuk tengok season ini. Tu pun tengok start extra time je. Tak tersedar tadi balik lambat malam tadi ada TT ngan geng ProtonCoupe.Com kat Awan Besar. Hard Luck Liverpool. Cuba lagi tahun depan.
Read More

Pemain masuk: Jonjo Shelvey dari Charlton Athletic

Jonjo Shelvey - pemain muda tempatan England yang bermain untuk Charlton Athletic telah berjaya dipinang oleh Liverpool. Beliau yang berusia 18 tahun ini dijadualkan akan menyertai Liverpool pada 10 Mei ini. Perpindahan dengan nilai £1.7 juta dan akan meningkat bergantung pada penampilan diperingkat tempatan dan antarabangsa.

Shelvey mempunyai rating yang tinggi semasa bermain untuk Charlton dan skuad bawah-17 England. Membuat penampilan pertama ketika Charlton bertemu Barnsley pada April 2008 sewaktu berusia 16 tahun dan 59 hari yang juga merupakan rekod pemain termuda untuk bermain dengan pasukan utama Charlton. Selain itu beliau juga memegang rekod untuk pemain termuda Charlton yang menjaringkan gol dalam liga dan Piala FA.

uNCLe Joe: Rasanya bukan baru sorang-dua Liverpool sign budak muda. Tapi susah sangat nak tengok diorang main kat pasukan utama. Paling tidak pun peram aje. Dapat main sekali-dua terus loan keluar. Walau pun cakap mamat Shelvey ni hebat, agaknya bila la dia dapat break through masuk dalam skuad utama.
Read More

Antara Juventus, Atletico Madrid dan Chelsea serta Setan Merah

Antara yang hangat diperkatakan pada masa ini adalah beberapa serangan psikologi terhadap pasukan Liverpool. Walaupun perkara ini berlaku di luar padang namun kesan serangan ini mungkin 'vital' terhadap kedudukan The Reds dalam saingan Europa League dan Liga Perdana Inggeris 2009/10 yang memasuki fasa terakhir.

Kalau bayar aku 1 trillion kan senang. Tak yah nak pikir panjang²

Serangan oleh Juventus merupakan minat mereka terhadap pengurus, Rafael Benitez yang ingin disunting dengan bayaran kontrak yang tinggi. Dikatakan presidennya Jean-Claude Blanc sanggup terbang ke Liverpool untuk meyakinkan Benitez datang ke Juventus. Menurut Goal.com, persetujuan secara lisan telah dicapai oleh kedua-dua pihak dengan Benitez melalui ajennya, Manuel Quillon Garcia. Ada juga laporan menyebut bahawa pengurusan Liverpool tidak akan menghalang Benitez sekiranya beliau ingin meninggalkan pasukan ini untuk ke Turin.

Walaupun perlawanan terdekat adalah bertemu Atletico Madrid dalam pusingan kedua separuh akhir Europa League Khamis malam (waktu England) ini namun yang lebih banyak diperkatakan adalah perlawanan bertemu Chelsea pada hujung minggu ini. Perlawanan yang sama penting buat kedua-dua pasukan. Kemenangan buat Chelsea maka peluang mereka untuk merangkul Piala Liga Perdana Inggeris lebih cerah tetapi harapan Liverpool untuk mendapat tempat ke-4 boleh dikatakan hancur lebur. Namun sebaliknya, kemenangan kepada Liverpool, The Reds masih berpeluang mencabar tempat ke-4 tetapi berkemungkinan menyaksikan Manchester United merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19 seterusnya memintas rekod Liverpool yang kini sama-sama memenangi kejuaraan sebanyak 18 kali.

Apa pun berlaku kemudian mungkin akan dikaitkan juga dengan persiapan Liverpool untuk kedua-dua perlawanan penting tersebut. Ini kerana ketumpulan jentera serangan (bukan keupayaan menjaringkan gol) mungkin berterusan apabila Fernando Torres, David Ngog dan Dirk Kuyt sedang diulit kecederaan dan berkemungkinan tidak beraksi untuk perlawanan tersebut. Dan seperti lazimnya Liverpool terpaksa bergantung kepada jentera tengah yang diketuai oleh Captain Fantastic, Steven Gerrard. Peningkatan Alberto Aquilani diharap dapat digunakan sebaik mungkin untuk mengemudi tengah bergandingan dengan Javier Mascherano apabila Gerrard berfungsi sebagai pembantu penyerang. Akhirnya faktor pemain ke-12 sekali lagi akan membawa kepada penentu kejayaan pasukan Sang Merah di Anfield.- uNCLe Joe
Read More

Juventus nak datang bawa rombongan meminang

Oi orang di sana. Berapa juta nak bayar aku ha?

Adalah diberitakan bahawa rombongan Juventus diketuai oleh presidennya, Jean-Claude Blanc akan terbang ke Anfield untuk menyunting bunga (?!) di taman The Kop. Rombongan tersebut dikatakan membawa perkhabaran berharga £16 juta buat encik Rafael Benitez untuk meninggalkan kancah Liga Perdana Inggeris dan datang bergelumang dalam Liga Siri A.


Walau bagaimanapun Juventus akan memohon kebenaran pengurusan The Reds sebelum berjumpa Rafael Benitez yang sedang menumpukan sepenuh kepintarannya dalam menghadapi dua perlawanan hidup mati. Bertemu Atletico Madrid dalam separuh akhir Europa League dan perlawanan penentu juara dan persaingan tempat ke-4 EPL bertemu Chelsea. Sekiranya tidak dapat kebenaran, rombongan ini tidak akan meneruskan perbincangan tersebut.

Ada juga dinyatakan pihak Juventus akan menyediakan £70 juta untuk dibelanjakan oleh Rafael Benitez membeli pemain untuk The Old Lady.
Read More

Huang: Siapa cakap aku nak beli Liverpool?

Menurut laporan SkySports, Kenneth Huang menafikan laporan yang menyatakan dia telah berkata kepada akhbar untuk mengambil alih tampuk pemerintahan di Liverpool FC. Berikut adalah laporannya.

http://www.skysports.com/story/0,19528,11669_6118356,00.html?

Kenneth Huang has denied speaking to a newspaper about a proposed takeover of Liverpool.


A report in the Sunday Mirror suggested Huang, described as a former Wall Street stockbroker, was leading a consortium who were in advanced negotiations to buy the Merseysiders for £500million.

Co-owners Tom Hicks and George Gillett officially put the club up for sale just over a week ago, having admitted someone else needed to take it to the next level.

However, a statement released on behalf of Huang has distanced the China-based businessman from the claims.

Clarify
"Mr Huang would like to clarify that he did not speak with the newspaper and did not make the statements attributed to him," said the statement.

"Mr Huang would not make any comment in relation to Liverpool FC."

Just over a week ago Benitez's agent Manuel Garcia Quilon claimed an unnamed Chinese investor was interested in taking over the club and had already spoken to the manager about keeping him on next season.

Benitez subsequently denied Quilon's claims.
Read More

Santai: Mari beli Range Rover Steven Gerrard



Two souped-up Range Rover Sports previously owned by Liverpool and England star Steven Gerrard are for sale on Auto Trader.

Emphasising Auto Trader’s position as the number one destination for footballers’ cars, not one but two modified 4×4s previously owned by the legendary Liverpool midfielder are up for grabs on the site.

Gerrard was the first owner of the 2009 Range Rover Sport, which was modified by Overfinch and comes with a interior leather roof lining and seats with red stitching representing Liverpool’s club colours.

And to make it really stand out from the crowd at the training ground, the number 8 – Gerrard’s Liverpool shirt number – has been stitched into the headrest.

The Sport is powered by a 3.6-litre V8 diesel engine, which has had the full Overfinch conversion to develop 328bhp and 582lb/ft of pulling power.

The extra 50 horsepower and 100lb/ft of torque means that Gerrard’s bespoke 4×4 should shatter the standard Sport’s 0-62mph time of 8.6 seconds and top speed of 124mph.

When Gerrard bought this Range Rover Sport in 2009, it would have set back the Liverpool legend a cool £79,995. It is now advertised for sale by a private seller for just £59,500. It boasts a massive specification and has done just 10,000 miles since new.

If that’s all a bit too bling for you, a second Range Rover Sport has just come up for sale on Auto Trader. The more subtle 2006 HST model is powered by a supercharged 385bhp 4.2-litre V8 engine and is again fitted with a full Overinch body kit.

The HST model incorporates a number of upgrades over the standard supercharged Sport, including an electric sunroof, privacy glass and a special bodykit with fog lamps mounted in the spoiler.

It comes fitted with 22-inch Overfinch alloys, black leather interior, sat-nav, a Harman Kardon sound system with a CD autochanger, all-round electrics, voice activation, a coolbox and piano wood trim. It’s advertised for sale for £30,000.

Not to be outdone, the guys at Manchester City also have their fair share of modified Range Rovers for sale. Man City striker Roque Santa Cruz is selling his 2.7 TDV6 HSE, which has been modified with angel wing detailing on the headrests and one-off 22-inch ID alloy wheels.

It’s advertised for sale by Individual Cars for £33,950. The same dealer is also advertising former Blackburn Rovers star Tugay Kerimoglu’s 4.2 Supercharged HST for sale for £31,950.




Eight cars previously owned by Steven Gerrard have been advertised on Auto Trader in less than four years, including:

• December 2009: Audi A3
• March 2009: Overfinch Range Rover
• June 2008: BMW X5
• April 2008 and October 2007: Mercedes CLK320
• January 2008: Range Rover Sport HST
• January 2007: BMW X5
Read More

Khabar Angin - Bukan seorang tetapi dua orang dari Madrid

Merujuk kepada akhbar The Guardian, rombongan Liverpool telah berjumpa dengan pegawai Real Madrid semasa berkunjung ke bandar Madrid semasa perlawanan Europa League minggu lepas. Antara yang dibincangkan oleh mereka adalah penawaran beberapa pemain yang tidak diingini oleh presiden Real Madrid, Florentino Perez. Pemain yang menarik minat Liverpool dikatakan adalah Rafael Van der Vaart.

Manakala menurut sumber yang kurang boleh dipercayai, seorang lagi pemain Real Madrid yang sedang diperhatikan untuk dibeli oleh Liverpool adalah Karim Benzema. Penyerang bermasalah ini dikatakan tidak mampu untuk 'settle down' di sini dan sedang berusaha untuk mencari kelab lain pada musim panas ini.
Read More

Maaf Encik Burnley anda tersingkir

Burnley: 0
Liverpool: 4
Steven Gerrard (52, 59)
Maxi Rodríguez (74)
Ryan Babel (90)
 
Kemenangan pertama buat The Reds di gelanggang lawan dalam tahun 2010 ini juga menjadikan persaingan merebut tempat ke-4 bertambah meriah dan rancak. Lebih meriah dari perebutan takhta di antara 2 pasukan teratas. Ini kerana 4 pasukan (Tottenham Hotspur, Manchester City, Aston Villa dan Liverpool) sedang mengintai tempat ke-4 namun Everton telah terkeluar dari saingan walaupun mencatatkan kemenangan ke atas Fulham.
 
Separuh masa pertama menyaksikan permainan yang seimbang dan Burnley lebih banyak menyerang serta lebih berbahaya dan hampir mendahului pada minit ke-43 apabila hantaran lambung Wade Elliott ditanduk oleh Jack Cork yang tidak dikawal tetapi Jose Reina kemas menangkap bola yang menuju ke sebelah kiri pintu golnya. Sebelum itu pada minit ke-27 menyaksikan tandukan Steven Fletcher yang berjaya mengatasi Jamie Carragher hanya sedikit tinggi dari palang gol setelah menerima hantaran lintang Martin Paterson. Liverpool juga mempunyai satu peluang melalui Steven Gerrard pada minit ke-30 dan 31 namun gagal menemui jaring apabila dihadang pemain pertahanan dan juga diselamatkan oleh penjaga gol Burnley.
 
Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. Separuh masa kedua bermula menyaksikan el-Yahudi masuk menggantikan Dirk Kuyt yang mengalami kecederaan lutut. Jentera serangan yang tumpul akhirnya diatasi oleh gol Gerrard pada minit ke-52 apabila percubaannya dari sebelah kiri terkena pertahanan Burnley, Leon Cort dan mencecah jaring sambil diperhatikan sahaja oleh penjaga gol, Brian Jensen yang nyata telah terkesima. Tujuh minit kemudian Gerrard sekali lagi merobek harapan Burnley yang sangat memerlukan kemenangan untuk kekal dalam persaingan Liga Perdana. Gerrard menerima bola setelah Alberto Aquilani terjatuh dan melepaskan satu 'screamer' melepasi jangkauan Jensen menuju ke penjuru bawah kiri gol.
 
Walaupun telah ketinggalan dua gol, Burnley tetap tidak mengalah dan kembali menyusun serangan dan hampir membuahkan hasil melalui percubaan David Nugent pada minit ke-62 tetapi telah diselamatkan Reina yang beraksi cemerlang menyelamatkan empat percubaan sepanjang perlawanan.
 
Gol ketiga Liverpool diperolehi setelah Maxi Rodríguez menyudahkan hantaran 'through' dari Aquilani dari sebelah kanan pada minit ke-74. Ini merupakan gol pertama Rodríguez untuk The Reds. Yakin dengan kemenangan Rafael Benitez mengeluarkan Daniel Agger dan Gerrard untuk digantikan dengan Lucas dan Dani Pacheco. Menuju ke wisel penamat, Ryan Babel melepasi perangkap 'off-side' dan melepaskan tendangan yang menghasilkan gol keempat. Walaupun Jensen dapat menyentuh tetapi tidak cukup untuk menghalang bola dari mencecah jaring.
 
Kemenangan ini mengekalkan Liverpool di tangga ketujuh dengan ketinggalan dua mata di belakang Spurs yang mempunyai kelebihan satu perlawanan. Saingan menjadi semakin sengit apabila Spurs tewas 3-1 kepada Manchester United, Manchester City seri tanpa jaringan kepada Arsenal dan Aston Villa menang 1-0 keatas Birmingham setelah dihadiahkan sepakan penalti kontroversi. Kekalahan ini telah membuatkan Burnley tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris setelah hanya mampu beraksi satu musim.
 
Liverpool: Reina, Johnson, Ayala, Carragher, Agger (Lucas 78), Mascherano, Aquilani, Maxi, Gerrard (Pacheco 82), Babel, Kuyt (Benayoun 48)
Subs n/u: Cavalieri, Degen, El Zhar, Kyrgiakos
Booked: Gerrard
Read More

Khabar Angin - Barisan staff yang dikehendaki oleh Rafael Benitez di Juventus

Perkhabaran internet, Tribal Football (www.tribalfootball.com) memetik kenyataan Gazzetta dello Sport yang menyatakan bahawa Rafael Benitez (RB) telah bersetuju dengan kontrak yang bernilai €4.5 satu musim dan juga menerima pengurangan staff daripada 12 kepada 6 orang sahaja.


Dikhabarkan Juventus telah diberi senarai nama-nama mereka dan perlu mendapatkan mereka untuk bekerja di bawah RB. Senarai nama-nama tersebut adalah:

1. Antonio Pintus - Jurulatih kecergasan (West Ham)
2. Mauricio Pellegrino - Pembantu RB (Liverpool)
3. Eduardo Macia - Ketua scout (Liverpool)
4. Paco De Miguel - Jurulatih kecergasan (Liverpool)
5. Amedeo Carboni - Bekas Pengarah Sukan (Valencia)
6. Mauro Pederzoli - Ketua skuad remaja (AC Milan)

Paco De Miguel sebelum ini bertugas di Atletico Madrid dan juga mempunyai hubungan yang baik dengan Fernando Torres yang juga merupakan target kepada pasukan Juventus
Read More

Perjalanan yang jauh dan masih jauh

Atletico Madrid ( 1 – 0 ) Liverpool


Liverpool's Steven Gerrard walks off dejected after the final whistle - Yahoo Sports


Pengorbanan The Reds mengharungi perjalanan 1200 batu menaiki bas, keretapi dan kapal terbang agak tidak berbaloi apabila tewas 1-0 kepada tuan rumah Vicente Calderon. Ini ditambah pula penjaring gol kemenangan Atletico Madrid, Diego Forlan merupakan bekas penyerang musuh ketat, Manchester United yang pernah menyumbat dua gol ketika menang 2-1 di Anfield pada tahun 2002.

Lebih malang lagi kesilapan pengadilan telah menyaksikan gol el-Yahudi (Yossi Benayoun) dibatalkan kerana telah dikatakan ‘off-side’. Rakaman ulang tayang telah menunjukkan bahawa gol tersebut adalah sah dan tindakan pengadil adalah salah. Walaupun melepaskan satu gol, Jose Reina patut diberi pujian kerana telah menyelamatkan tiga percubaan yang lain termasuk percubaan pertahanan Atletico Madrid, Tomas Ujfalusi pada minit ke-75.

Dengan hanya berbekalkan satu gol, peluang Atletico Madrid sememangnya masih belum cerah untuk ke perlawanan akhir kerana Liverpool mempunyai statistik yang cukup menarik musim ini dalam Europa League. Dua kali tewas di gelanggang lawan, 1-0 kepada Lille dan 2-1 kepada Benfica tetapi The Reds membelasah mereka di Anfield 3-0 dan 4-1. Itu sudah cukup menggerunkan pasukan lawan ketika bertandang ke Anfield yang juga merupakan pemain ke-12 Liverpool.
Read More

Terkini: Rombongan sudah sampai ke Madrid

Adalah diberitakan oleh berita online, rombongan skuad The Reds dan wartawan telah pun sampai di Madrid setelah mengharungi perjalanan menaiki bas, keretapi dan kapal terbang selama 23 jam. Apa yang sedikit malang, ruang udara England telah dibuka untuk penerbangan ketika mereka sampai di Paris.

Terdapat beberapa wartawan dan gerombolan penyokong telah sampai lebih awal dari pemain Liverpool di Madrid. Kini mereka berehat sementara menanti sesi latihan di Vicente Calderon pada sebelah petang (waktu tempatan). Semoga perjalanan yang panjang ini tidak mengganggu tumpuan dan menggugat stamina pemain Liverpool pada perlawanan separuh akhir Europa League menentang Atletico Madrid esok.

Terdapat video clip perjalanan mereka di Runcorn. Sila klik > http://www.liverpoolfc.tv/eseason/Features/Runcorn-to-Madr-18432.php3
Read More

Catatan perjalanan: Dari Liverpool ke Madrid

Listen up boys: Jamie Carragher passes the time in Runcorn waiting room by making sure the Reds are up to date with the latest sports news in the Daily Mail

Menjelang pertemuan separuh akhir Europa League menentang Atletico Madrid di gelanggang lawan, The Reds terpaksa memulakan perjalanan mereka menggunakan jalan darat. Ini berikutan laluan udara di Eropah masih terganggu kerana habuk dari letusan gunung berapi di Iceland memenuhi ruang udara Eropah.

Jadual perjalanan The Reds adalah seperti berikut:
- (Selasa) Bertolak menaiki keretapi dari Runcorn menuju ke London Euston sebelum ke St Pancras
- Kemudian di St Pancras mereka menaiki Eurostar ke Paris di mana mereka akan tidur semalam di hotel Champs-Elysees
- (Rabu) Pagi-pagi menaiki keretapi ke Bordeaux di mana penerbangan antarabangsa masih beroperasi
- Terbang dari Bordeaux ke Madrid dan dijangka mendarat pada waktu tengah hari
- Sesi latihan di Vicente Calderon pada petangnya
Read More

Masih ada sedikit harapan

Liverpool ( 3 : 0 ) West Ham United
Yossi Benayoun (19)
David Ngog (29)
Robert Green (og 59)
 
(Gambar GettyImages)
 
 
Liverpool kembali merampas kedudukan tempat ke-6 Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu mata ke atas Aston Villa namun Villa bermain kurang satu perlawanan. Walaupun dikatakan mempunyai harapan untuk menamatkan saingan di tempat ke-4 ternyata ia adalah harapan yang sangat samar dengan Tottenham Hotspur mendahului 5 mata dan Manchester City 3 mata. Kedua-dua pasukan itu juga mempunyai kelebihan satu perlawanan.
 
Liverpool yang menguasai sepenuhnya permainan mendapat gol pertama menerusi el-Yahudi, Yossi Benayoun yang juga merupakan bekas pemain West Ham pada minit ke-19. Sepakan percuma Steven Gerrard disambar oleh Benayoun yang melepasi tepisan Robert Green. Kelihatan seperti terkena tangan tetapi ternyata bola itu melantun dari perutnya.
 
Sepuluh minit kemudian giliran David Ngog menjadikan kedudukan 2-0 dengan sepakan 'first-timer' hasil hantaran lintang Maxi Rodríguez. Satu penyudah yang sangat menarik dari Ngog yang sering kali dikritik apabila gagal menjaringkan sebarang gol ketika ketiadaan Fernando Torres. Ironinya, Ngog juga beberapa kali mensia-siakan peluang dalam perlawanan ini. Liverpool mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
 
Gol ketiga hadir pada minit ke-59 hasil dari gol sendiri penjaga gol West Ham. Berpunca dari sepakan percuma Gerrard juga, Sotirios Kyrgiakos membuat percubaan yang singgah di tiang sebelum melantun mengenai Green dan masuk ke dalam gawangnya sendiri. Gerrard hampir menambah gol ke-4 The Reds namun percubaannya tersasar setelah tertepis pertahanan West Ham, Manuel da Costa. Kedudukan 3-0 kekal sehingga wisel penamat.

Barisan Pemain

25 Pepe Reina, 16 Sotirios Kyrgiakos, 23 Jamie Carragher, 5 Daniel Agger, 2 Glen Johnson, 21 Lucas, 8 Steven Gerrard, 15 Yossi Benayoun, 17 Maxi Rodríguez, 24 David Ngog, 18 Dirk Kuyt

Pertukaran
Javier Mascherano untuk Steven Gerrard (72)
Philipp Degen untuk Yossi Benayoun (78)
Ryan Babel untuk David Ngog (81)
Read More

el-Nino jalani pembedahan

Merujuk kepada laman web rasmi Liverpool FC, Fernando Torres akan terlepas aksi sekurang-kurangnya selama enam (6) minggu untuk rehabilasi kerana menjalani pembedahan di lutut kanan. Ini sememangnya berita yang kurang baik buat pasukan The Reds yang perlu menang semua baki perlawanan liga dan juga mencari tiket untuk ke perlawanan akhir Europa League.
Read More

EPL Preview - LFC v West Ham

Liverpool (6th) v West Ham United (17th)
Anfield 

Skuad The Reds mungkin terpaksa melupakan khidmat el-Nino pada perlawanan awal pagi Selasa (waktu Malaysia) yang dikatakan masih dalam belenggu kecederaan. Fernando Torres juga tidak disenaraikan langsung sewaktu Liverpool seri 0-0 dengan Fulham minggu lepas. Emiliano Insua dan Fabio Aurelio juga masih dalam kecederaan maka Daniel Agger menjadi pilihan utama untuk bermain di posisi pertahanan kiri. 

Ketiadaan Torres sudah pasti membawa kesan kepada jentera serangan yang ternyata tumpul apabila David Ngog tidak mampu menggalas harapan gol untuk The Reds. Kedudukan tempat ke-4 seakan semakin sukar dicapai dengan kebangkitan Tottenham Hotspur dan Manchester City dalam beberapa perlawanan terakhir.

Barisan kemungkinan (www.premierleague.com)
Reina, Johnson, Agger, Carragher, Kyrgiakos, Lucas, Mascherano, Kuyt, Gerrard, Rodriguez, Torres, Babel, Ngog, Benayoun, Cavalieri, Degen, El Zhar
Read More

Buka lembaran yang baru

Salam semua,

Setelah lebih setahun tidak update blog ini, akoo ambil keputusan untuk updatenye semula tetapi tidak secara agresif seperti awal dulu. Tanggung jawab sebagai bapa dan juga career agak membataskan ruang waktu untuk menulis pada blog ini. Maka sekiranya ada waktu terluang akan akoo gunakan seadanya untuk update blog ini.

Seperti mana yang kita tahu, sepanjang tahun 2009 adalah masa yang amat pahit buat The Reds. Bermula di awal 2009 kedudukan yang amat selesa dan tak terkalah di penghujung tahun 2008 sedikit demi sedikit menjadi pudar apabila mencatatkan 3 keputusan seri di dalam bulan Januari. Liverpool juga gagal meneruskan rentak kemenangan dan akhirnya dipintas oleh Manchester United dan akhirnya terpaksa akur Piala English Premiership  gagal lagi untuk berlabuh di Liverpool.

Musim 2009/10 bermula dengan penuh kesedihan. Kalah dengan Spurs dalam perlawanan pembukaan dan kalah 2 kali dalam 3 perlawanan pertama sedangkan musim sebelumnya hanya kalah 2 kali pada sepanjang musim. Itu sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa musim buruk Liverpool FC telah bermula. Tersingkir dari persaingan Liga Juara-Juara Eropah dan juga gagal menempatkan diri dalam kelompok 4 terbaik di dalam liga. Bukan setakat di dalam padang, di luar padang juga tidak berjalan dengan baik di mana pengurus, Rafael Benitez seringkali dikecam dan juga diberitakan akan berhijrah ke kelab lain. 

Penjualan Xabi Alonso dan juga pembelian pemain cedera (Alberto Aquilani) dengan harga yang mahal juga merupakan titik tolak kejatuhan. Namun masalah yang paling utama adalah kerapuhan benteng pertahanan walaupun telah mendapat khidmat pertahanan kanan terbaik England - Glen Johnson. Jamie Carragher yang dimamah usia dan kecederaan silih berganti di antara Martin Skrtel dan Daniel Agger adalah pengaruh utama kepincangan pertahanan yang dapat diperhatikan setiap kali Jose Reina melepaskan gol. Sotirios Kyrgiakos juga tidak memberi impak pada permainan hanya sering kali disebut sebagai pemain Greek pertama yang bermain untuk The Reds. 

Sedikit menggembirakan dalam menuju penghujung musim adalah Liverpool berada di peringkat separuh akhir Europa League dan mempunyai peluang yang agak cerah untuk memenangi piala tersebut. Pertukaran penaja dari syarikat arak kepada syarikat pengamal riba (Standard Chartered) juga membayangkan ramai penyokong di Malaysia akan memakai jersi original tanpa segan silu. Terbaru diberitakan pemilik Liverpool akan menjual sahamnya dan ramai yang berharap sheikh Arab akan kembali membuat bidaan walaupun ada kedengaran pihak tertentu dari negara China juga mempunyai minat untuk memiliki kelab terhebat dari dahulu, kini dan sampai bila-bila.
Read More

Para Sahabat