Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Jumaat, Ogos 27, 2010

Kemenangan di saat akhir di Turki

Trabzonspor: 1
Liverpool: 2
Remzi Giray Kacar (og 84)
Dirk Kuyt (88)


Kemenangan pertama di bumi Turki ke atas kelab Turki walaupun dipaksa berhempas pulas sebelum mendapat gol ehsan dari pertahanan Trabzonspor. Pun begitu Liverpool telah dikejutkan seawal minit ke-4 apabila Trabzonspor melalui penyerangnya, Teofilo Gutierrez meletakkan bola di dalam gawang Jose Reina.

Liverpool bangkit setelah ketinggalan tetapi David Ngog yang dibantu Joe Cole telah mensia-siakan beberapa peluang. Reina juga telah diganggu oleh pancaran laser oleh penyokong tuan rumah sehingga memaksa pengadil Croatia, Ivan Bebek meminta wakil UEFA memberi amaran untuk menghentikan gangguan atau beliau menghentikan perlawanan.

Saat kemenangan bermula dengan kemasukkan Dani Pacheco 13 minit sebelum tamat. Kemudian pada minit ke-84, Glenn Johnson yang melarikan bola telah melintangkannya ke tengah dan Remzi Giray Kacar yang diberi tekanan oleh Ngog memasukan bola ke gawang sendiri dan menghadiahkan The Reds gol di tempat lawan dan juga mendahului secara aggregat. Dirk Kuyt pula telah mengesahkan kelayakan Liverpool ke pusingan seterusnya setelah menolak mudah bola setelah penjaga gol Trabzonspor gagal menangkap kemas percubaan Cole 2 minit sebelum tamat 90 minit perlawanan.

Dengan itu Liverpool bersama-sama Manchester City telah berjaya mara namun rakan se-EPL, Aston Villa tersangkut di Vienna.

1 comments:

Trendy Topic 24 berkata...

you will never walk alone
follow for transfer updatefootball 4 3 3

15 Julai 2023 pada 5:26 PTG

Catat Ulasan

Para Sahabat