Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

Kem Liverpool dalam kemelut

Beberapa kemelut telah dan sedang melanda Anfield dan telah menutupi kecemerlangan Liverpool menuju ke penghujung tahun 2008. Bermula dengan insiden pergaduhan Steven Gerrard di sebuah kelab malam sehinggalah yang terbaru misteri kehilangan Robbie Keane dari skuad ketika seri menentang Everton dalam perlawanan Piala FA pusingan ke-4. Berikut adalah antara kemelut yang sedang berlegar-legar di kem Liverpool.

1. Kontrak Rafael Benitez - Adalah diberitakan bahawa perbincangan kontrak Rafa masih menemui jalan buntu setelah meminta kuasa mutlak dalam soal perpindahan pemain.

2. Kontrak Daniel Agger - Walau pun diberitakan mahu tetap berada di Anfield namun perbincangan kontrak Agger juga diberitakan masih tidak berjaya.

3. Penjualan Liverpool ke keluarga Arab - Pemilik bersama Liverpool kini dalam masalah pembayaran hutang yang berjumlah £350 juta yang akan tamat tempohnya pada musim panas 2009 ini. Diberitakan juga mereka mahu menjual Liverpool kepada satu keluarga Arab Kuwait dengan harga sekitar £600 juta yang ternyata sangat tinggi berbanding sepatutnya. Walaupun ada kenyataan keluarga Arab itu telah membuat penyelidikkan berkenaan risiko dari pengambil-alihan itu namun masih tiada khabar gembira buat penyokong setia The Reds.

4. Misteri kehilangan Robbie Keane - Setelah beraksi dengan teruk pada pertemuan pertama Merseyside Derby di Anfield, Keane seterusnya telah tidak disenarai langsung pada pertemuan kedua walau di bangku simpanan. Terlalu banyak spekulasi yang telah timbul dari kehilangan ini dan Keane juga diberitakan tidak berada di Anfield untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Kini timbul pula berita bahawa Keane akan di keluarkan dari Anfield sama ada dijual atau dipinjamkan. Antara kelab yang telah dikaitkan dengan Keane adalah Manchester City, Tottenham Hotspur dan juga Everton yang dikhabarkan mahu meminjam sahaja tanpa membayar gaji.

5. Prestasi Fernando Torres - Juga dipersoalkan dalam beberapa laman sesawang yang menyatakan prestasi Torres masih belum mencapai tahap terbaiknya untuk menjaringkan gol dengan banyak. Namun sentuhan dan kawalan bolanya dalam perlawanan terbaru ini telah membantu Steven Gerrard untuk menjaringkan gol penyamaan The Reds.

6. Kes mahkamah Steven Gerrard - Gerrard yang telah dihadapkan ke mahkamah berikutan kejadian di kelab malam mengaku tidak bersalah dan telah dibebaskan dengan ikat jamin. Sebutan mahkamah seterusnya adalah pada bulan Mac ini dan sudah pasti seluruh penyokong Liverpool akan berdoa agar kerjaya Gerrard tidak berakhir di dalam penjara.
Read More

FA Cup: Kapten selamatkan The Reds

Liverpool FC ( 1 - 1 ) Everton


Bermain di gelanggang sendiri sekali gagal dimanfaatkan oleh Liverpool apabila hanya mampu seri 1-1 ketika bertemu pemilik asal Anfield, Everton. Rafael Benitez mempertaruhkan formasi 4-4-1-1 biasa berbanding 4-4-2 yang gagal berfungsi pada perlawanan sebelum ini dengan Robbie Keane tidak disenaraikan langsung walau di bangku simpanan. Kelebihan juga nampak pada Liverpool apabila Everton tidak dapat menggunakan khidmat pemain berkaliber mereka iaitu Mikel Arteta dan juga Fellaini.
Walaupun bermula dengan garang tidak seperti perlawanan sebelum ini, The Reds telah dikejutkan oleh satu serangan balas di sebelah kanan yang memberikan sepakan sudut kepada Everton. Ternyata barisan pertahanan Liverpool telah terkeliru dengan hantaran set-piece Everton dan tandukan Joleon Lescott menerjah jaring melepasi Jose Reina pada minit ke-27 di hadapan The Kops. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama dengan percubaan terbaik Liverpool hanya pada minit ke-12 oleh Jamie Carragher yang membuat satu dummy sebelum melepaskan satu tendangan kencang yang sedikit tersasar ke sebelah kanan pintu gol Tim Howard.
Bermula separuh masa ke-2 hingga ke minit terakhir, Everton hanya bertindak untuk mempertahankan kelebihan jaringan mereka dengan tiada sebarang percubaan dari mereka. Namun taktik bertahan itu tidak dapat menyekat Liverpool membuat serangan demi serangan cuma kekebalan penjaga gol Everton agak sukar di atasi. Gol hanya hadir pada minit ke-54 setelah rembatan Steven Gerrard menerjah jaring setelah menerima hantaran Fernando Torres. Seakan mendapat inspirasi dari gol itu, The Reds terus menerus membuat serangan dalam tempoh sepuluh minit namun Tim Howard berjaya mematahkan setiap percubaan tepat mereka.
Everton kehilangan penyerang tunggal mereka kerana kecederaan dengan memasukan pemain pertahanan ini membuatkan kubu mereka semakin sukar ditembusi. Liverpool juga bertindak dengan mengeluarkan Ryan Babel dengan memasukkan Albert Reira pada minit ke-75 dan seterusnya memberi kesan dengan larian-larian di sebelah kiri. Hasilnya Liverpool berjaya membuat beberapa percubaan pada 10 minit terakhir namun nasib tidak menyebelahi The Reds.
Keputusan ini sudah pasti memberi sedikit kelebihan pada Everton yang akan menjadi hos kepada perlawanan ulangan Piala FA ini yang dijadualkan pada 4 Februari. Pun begitu keputusan di Goodison Park awal musim ini berpihak kepada Liverpool yang telah menang 2-0. Pemenang pertemuan ini diundi untuk bertemu pemenang perlawanan di antara Aston Villa dan Doncaster Rovers.
Read More

Tiada Keane dalam kesebelasan utama

Liverpool FC vs Everton

Subs: Cavalieri, Hyypia, Riera, Aurelio, Benayoun, Lucas, Ngog.
Read More

Preview Piala FA: Liverpool vs Everton

Liverpool FC (WWWDD) vs Everton (WWWWD)

Anfield

Piala FA (Pusingan ke-4)

Pertemuan kedua Merseyside Derby dalam tempoh seminggu setelah pertemuan pertama kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1. Walaupun Liverpool dijangkakan dapat menang mudah dalam perlawanan tersebut namun Everton lebih garang dalam mengatur serangan walaupun hanya mampu mengikat jaringan pada 3 minit sebelum tamat perlawanan. Suatu keputusan yang amat mengecewakan penyokong The Reds yang mahu Liverpool memintas musuh ketat Manchester United.

Perlawanan ini juga mungkin tidak banyak berbeza dari segi barisan kesebelasan utama terutamanya di pihak Everton yang masih diselubungi masalah kecederaan dan hanya seorang penyerang yang mungkin diturunkan. Penyerang yang telah mengucar-kacirkan pertahanan Liverpool pad sepanjang 90 minit perlawanan dan juga hampir mendapat sepakan penalti pada separuh masa kedua. Pun begitu terdapat khabar angin yang menyatakan Rafael Benitez hanya akan menurunkan pasukan kedua untuk pertemuan ini kerana lebih mementingkan pertemuan Liga Perdana Inggeris dengan Wigan dan Chelsea namun dalam kenyataan akhbar beliau telah menegaskan Piala FA tetap menjadi agenda utama ketika ini. Maka sudah pasti Rafa akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk mendapatkan kemenangan.

Pun begitu tidak dapat dipastikan Robbie Keane akan diturunkan setelah persembahannya yang tidak memberangsangkan pada pertemuan lepas. Mungkin juga Rafa kembali bermain formasi 4-4-1-1 yang amat digemarinya di samping sangat efektif buat penyerang tunggal sewaktu Fernando Torres beraksi. Daniel Agger bakal terlepas peluang untuk bermain kerana kecederaan pada betis dan hanya dijangka sembuh pada hari perlawanan dan kembali kepada tahap kecergasan pada 2 hari selepas itu.

Liverpool: Reina, Carragher, Arbeloa, Hyypia, Skrtel, Aurelio, Alonso, Benayoun, Lucas, Mascherano, Gerrard, Babel, Keane, Kuyt, Torres, Riera, Ngog, El Zhar, Cavalieri

Everton: Howard, Hibbert, Baines, Jagielka, Lescott, Neville, Arteta, Pienaar, Castillo, Cahill, Anichebe, Nash, Van Der Meyde, Rodwell, Gosling, Jutkiewicz, Kissock.

Kecederaan:

Liverpool: Deggen, Agger

Everton: Saha, Yobo, Yakubu, Valente, Vaughan

Penggantungan:

Liverpool: -

Everton: Fellaini
Read More

Steven Gerrard bebas dengan ikat jamin

Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan seorang DJ dalam kejadian di sebuah kelab malam pada 28 Disember yang lalu. Berikutan itu Gerrard telah dibebaskan dengan ikat jamin sehingga sebutan semula kes ini pada 20 Mac di mahkamah di Southport.

Sehubungan dengan itu, Gerrard juga dipercayai akan mengetuai pasukan Liverpool dalam perlawanan Piala FA bertemu Everton dalam misi untuk menebus kesilapan 3 minit terakhir setelah Tim Cahill meragut kemenangan Liverpool dengan gol tandukan kebelakang.
Read More

Emile Heskey tidak ke Anfield

Walaupun digembar gemburkan akan menyertai kem Liverpool secara percuma di penghujung musim ini namun khabar angin itu adalah meleset sama sekali apabila Emile Heskey telah bersetuju menanda tangani kontrak bersama Aston Villa dengan bayaran perpindahan sebanyak £3.5 juta. Penyerang berusia 31 tahun ini akan bersatu semula dengan boss lamanya di Leicester City iaitu Martin O'Neill yang juga berharap kehadiran Heskey akan mengukuhkan cengkaman Villa dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dengan ini Rafael Benitez nampaknya tidak berminat untuk menambah pemain dibarisan serangan lagi pun Liverpool tidak lemah dibahagian tersebut kerana mempunyai beberapa pemain hebat di posisi serangan. Cuma bahagian kanan agak merumitkan terutamanya sayap kanan kerana tiada pemain semula jadi di situ setelah pemergian Jermaine Pennant ke Porstmouth.
Read More

Luahan perasaan Jermaine Pennant

Pemain sayap yang tersisih dan terbuang yang juga pemain bermasalah, Jermaine Pennant yang suatu ketika sebelum perpindahannya ke Portsmouth pernah berkata mahu terus tinggal dan berjuang di Anfield kini telah meluahkan perasaan kecewanya terhadap kehidupannya ketika menyarung jersi The Reds. Pennant menyatakan kesukaran untuknya berada dalam pasukan pilihan Rafael Benitez adalah kerana dia seorang rakyat England manakala Rafa pula lebih sukakan pemain luar England untuk bermain dalam Liverpool.

Pennant juga tidak merasakan akan dipanggil semula untuk menyertai The Reds dan mahu terus kekal berkhidmat dengan Pompey sehingga kontraknya tamat di penghujung musim ini. Untuk rekod, Pennant telah dibeli dari kelab Birmingham City pada 2005 dengan harga £6 juta dan berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan utama sehingga bermain untuk Liverpool ketika menjuarai Champion League. Namun dia hanya bermain 3 kali selepas sembuh dari keretakan tulang kaki pada musim ini.

Namun begitu, penampilan sulung Pennant dalam sebelasan utama Pompey tidak mampu menyelamatkan pasukan barunya itu daripada dimalukan di tempat sendiri oleh pasukan liga Championship, Swansea City dengan keputusan 2-0.
Read More

EPL: The Reds diikat lagi

Liverpool FC (1-1) Everton

Walaupun dari atas kertas nampak barisan Liverpool lebih mantap dari semua segi namun ia gagal dizahirkan di atas padang apabila Everton lebih garang menyerang gawang The Reds. Ini terbukti apabila melakukan 6 percubaan ke gol berbanding hanya 2 percubaan oleh Liverpool. Formasi 4-4-1 yang menggandingkan 2 penyerang yang sangat dinantikan oleh peminat The Reds telah gagal direalisasikan oleh Fernando Torres dan Robbie Keane apabila gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang lebih sejam bersama. Ironinya gol hanya hadir setelah seminit Keane diganti oleh Si Yahudi dan Liverpool seakan kembali bermain dengan formasi 4-4-1-1.

Setelah mendahului 1-0 Liverpool tidak juga garang untuk menambah gol sebaliknya Rafael Benitez mengeluarkan Fernando Torres dan digantikan dengan pemain tengah, Lucas Leiva yang bermain dengan agak teruk apabila banyak membuang bola dan membuat kekasaran. Dan saat malang Liverpool hadir apabila Si Yahudi mengasari penyerang tunggal Everton yang bermain dengan sangat baik sepanjang perlawanan. Sepakan bebas dari kekasaran itu telah disambar oleh Tim Cahill dengan membuat tandukan kebelakang yang gagal diselamatkan oleh Jose Reina.

Tersentak dengan gol penyamaan Everton, Rafa bertindak memasukkan Ryan Babel untuk menguatkan serangan namun ternyata terlalu lambat untuk berbuat apa-apa. Liverpool kekal di tangga ke-2 dibelakang musuh ketat, Manchester United yang mempunyai kelebihan 1 perlawanan.

Read More

Keputusan yang mengecewakan

Mengeluarkan Fernando Torres, satu-satunya pemain yang bertindak sebagai penyerang ketika hanya mendahului 1-0 di minit ke-87 dan menggantikannya dengan pemain tengah yang sentiasa dalam keadaan 'hilang punca' ketika Everton masih mampu membuat sesuatu kejutan kepada The Reds merupakan satu kesilapan percaturan oleh Rafael Benitez atau tiada nasib untuk Liverpool untuk perlawanan ini atau masih terlalu awal untuk menentukan kesilapan siapa dalam kegagalan mendapatkan mata penuh di gelanggang sendiri.

Apa yang pasti kekecewaan jelas kelihatan kepada penyokong Liverpool apabila terus meninggalkan Anfield ketika perlawanan menuju masa penamat. Seri kali ke-8 untuk musim ini dan gagal memintas Manchester United yang kurang satu perlawanan walaupun mempunyai mata yang sama. Keputusan seri ini bakal memberi tekanan yang lebih kuat terhadap The Reds dan Rafael Benitez.
Read More

Berita sepak mula Liverpool vs Everton

Barisan permulaan yang meyakinkan buat Liverpool apabila menurunkan 2 penyerang termahal The Reds di bahagian hadapan, Fernando Torres dan Robbie Keane untuk formasi 4-4-2 (4-2-4?) manakala Everton yang berhadapan dengan masalah kecederaan bermain secara penyerang tunggal dengan formasi 4-5-1 yang membayangkan akan bermain corak agak bertahan dan menyukarkan Liverpool untuk menembusi bahagian tengah mereka.
Read More

Preview EPL: Liverpool FC vs Everton FC

Liverpool FC (DWWD) vs Everton (DWWWW)
Anfield
English Premier League

The Reds yang telah dipintas Manchester United di persada liga perlu menang perlawanan Merseyside Derby ini untuk mengembalikan semangat dan seterusnya memberi amaran kepada pasukan lain bahawa The Reds tidak akan mudah mengalah. Rafael Benitez juga telah menegaskan bahawa perjalanan Liga Perdana Inggeris masih jauh dan kejuaraan liga hanya akan ditentukan di penghujung saingan bukannya pada pertengahan musim.

Apa yang pasti Liverpool sudah pasti akan menurunkan Fernando Torres dalam kesebelasan utama bersama Steven Gerrard namun nasib Xabi Alonso masih belum dapat dipastikan. Peminat sudah pasti mahukan Torres digandingkan bersama Robbie Keane dalam formasi 4-4-2 namun Rafa lebih menggemari formasi penyerang tunggal 4-4-1-1 dengan Gerrard akan bertindak seakan-akan back-up striker.

Kelebihan sepatutnya berpihak kepada The Reds kerana Everton sedang dilanda masalah kecederaan terutama di bahagian penyerang yang menyaksikan Louis Saha dan Aiyegbeni Yakubu terpaksa direhatkan manakala Maruoane Fellaini digantung perlawanan.

Liverpool: Reina, Carragher, Arbeloa, Agger, Hyypia, Skrtel, Aurelio, Alonso, Benayoun, Lucas, Mascherano, Gerrard, Babel, Keane, Kuyt, Torres, Riera, Ngog, El Zhar, Cavalieri

Everton: Howard, Hibbert, Baines, Jagielka, Lescott, Neville, Arteta, Pienaar, Castillo, Cahill, Anichebe, Nash, Van Der Meyde, Rodwell, Gosling, Jutkiewicz, Kissock.

Kecederaan:

Liverpool: Deggen

Everton: Saha, Yobo, Yakubu, Valente, Vaughan

Penggantungan:

Liverpool: -

Everton: Fellaini
Read More

Xabi Alonso kembali untuk Merseyside Derby

Rafael Benitez melalui laman web rasmi Liverpool mengesahkan Xabi Alonso sudah pulih dari kecederaan dan bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds menentang musuh sekampung yang juga pemilik asal Padang Anfield, Everton. Kehilangan Alonso sebelum ini amat dirasai oleh peminat apabila menyaksikan kegagalan Liverpool untuk mencatatkan kemenangan ketika seri 0-0 dengan Stoke City di Britannia.

Seterusnya, Alvaro Arbeloa juga diberitakan sudah menjalani latihan penuh bersama skuad Liverpool di Melwood. Rafa juga membayangkan Arbeloa akan diturunkan dalam perlawanan terdekat ini namun belum pasti sebagai kesebelasan utama. Dengan ini hanya Philip Deggen sahaja yang masih belum pulih dari kecederaan.
Read More

Rafael Benitez bercerita

Rafael Benitez ketika sidang akhbar pada pagi Sabtu telah ditanya berkenaan beberapa perkara seperti pertelingkahannya dengan pemilik Liverpool berkenaan kontraknya, pembedahan, perpindahan pemain dan menjelang perlawanan bertemu Everton di Anfield. Walau bagaimana pun, Rafa dengan tenang lebih banyak mahu menjawab persoalan berkaitan persiapan pasukan Liverpool untuk melayan kunjungan Everton.

Apabila ditanya mengenai kontraknya yang masih tiada jalan penyelesaian, Rafa hanya berkata yang permintaannya sudah pun dipohon dan dibincang bersama pemilik Liverpool namun tidak mahu membincangkan dengan lebih lanjut. Rafa juga menegaskan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah dengan pemilik Liverpool.

Seterusnya apabila ditanya berkenaan perpindahan pemain, Rafa mengesahkan Liverpool sudah menerima bidaan Portsmouth yang ingin mendapatkan khidmat pemain sayap, Jermaine Pennant. Namun tiada sebarang perbincangan bersama AC Milan yang dikatakan berminat terhadap Daniel Agger. Juga Agger dikatakan telah berbincang dengan Rafa dan mahu terus berkhidmat bersama The Reds.

Berkenaan perlawanan Merseyside Derby yang akan berlangsung 2 kali dalam tempoh 6 hari, Rafa tetap merasai kehangatan bahang perlawanan ini dan suasananya amat berbeza dan sangat meriah terutamanya kepada penyokong kuat The Kops. Rafa berharap Liverpool akan menang perlawanan ini dan sudah pasti akan memberi semangat tambahan kepada pemain untuk mengharungi separuh kedua Liga Perdana Inggeris. Namun, Rafa tidak menyentuh taktikal permainan dan barisan dengan terperinci.
Read More

Bolton tewas juga akhirnya


Walaupun seakan mampu mengekang Manchester United dari melakukan gol sepanjang perlawanan, Bolton akhirnya dibolosi jua di minit ke-90 perlawanan. Jaringan Berbatov sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan dan juga mendahului Liga Perdana Inggeris. Chelsea juga menang perlawanannya ke atas Stoke City pada minit-minit terakhir perlawanan. Keputusan ini sudah pasti memberi tekanan kepada The Reds yang menerima kunjungan musuh tradisi dan juga pemilik asal Padang Anfield iaitu Everton.
Read More

Liverpool terima bidaan Portsmouth utk Jermaine Pennant

Liverpool secara rasmi telah mengumumkan telah menerima bidaan Pompey yang ingin mendapatkan khidmat pemain sayap kanan yang dikatakan bermasalah, Jermaine Pennant. Pennant yang kontraknya akan tamat pada musim panas ini dikatakan sedang berbincang tentang terma dan syarat kontrak.

Namun begitu, terdapat juga desas desus yang mengatakan Pennant mahu kekal berada di Anfield dan berjuang untuk mendapat peluang bermain dalam kesebelasan Rafael Benitez. Pennant telah bermain sebanyak 79 kali untuk The Reds dan menjaringkan 3 gol termasuk satu gol ke atas Chelsea.
Read More

Khabar perpindahan

Jermaine Pennant yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Real Madrid, Sevilla dan juga Hull City telah diberitakan mahu kekal di Anfield dan berjuang untuk mendapatkan peluang bermain untuk pasukan utama The Reds. Terbaru pula dikatakan Pennant telah menolak untuk terlibat dalam pertukaran dengan pemain pertahanan Sevilla - Fernando Navarro.



Daniel Agger beberapa hari lalu juga dikhabarkan untuk kekal bersama Rafalution namun perkhabaran terbaru pula menyatakan sebaliknya dengan AC Milan semakin hampir untuk mendapatkan khidmatnya.







Ryan Babel pula diberitakan akan memperbaharui taat setianya kepada Liverpool berikutan pertemuan hati ke hati bersama Rafael Benitez menurut laporan laman rasmi Liverpool FC.

Read More

Rafael Benitez ke hospital lagi

Pengurus terhangat di England kini berada di hospital untuk menjalani pembedahan ke-3 untuk membuang kidney stones. Pembedahan ini mungkin membuatkan Rafa terlepas aksi menentang Everton di Anfield yang dijadualkan pada 19 dan 24 Januari. Namun begitu, Sammy Lee tetap berharap Rafa akan kembali pulih secepat mungkin untuk mengemudi The Reds.
Read More

Rafael Benitez terhangat di England

Pengurus Liverpool, Rafel Benitez kini menjadi insan terhangat di pasaran bola sepak England dengan beberapa perkara kontroversi menyelubungi kehidupannya ketika ini. Bermula dengan tindakannya membalas tindakan Sir Alex Ferguson yang merendah-rendahkan keupayaan Liverpool dengan menyerang SAF dari segala sudut termasuk kekebalan SAF dari tindakan tata tertib FA England. Pada awalnya kenyataan Rafa mendapat sokongan bekas pengadil England, Graham Poll namun tidak senada dengan rakan sejawat di Arsenal, Arsene Wenger.

Seterusnya apabila SAF menangkis serangan Rafa dan menyatakan Rafa dalam keadaan marah, terganggu dan mengarut sejurus selepas Manchester United membelasah Chelsea 3-0, Rafa bertindak pula menyerang CEO MU, David Gill yang mempunyai kepentingan dan jawatan di dalam organisasi FA England memungkinkan MU mendapat layanan istimewa dari badan induk bola sepak England itu. Lebih mengejutkan Graham Poll yang sebelum ini seakan menyokong Rafa memberi kenyataan yang sedikit bertentangan ketika diwawancara oleh Radio 5 BBC.

Untuk menambahkan kehangatan yang sedia ada, Rafa juga diberitakan dalam keadaan tegang dengan pemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett yang tidak bersetuju dengan clause kontrak terbaru berkenaan kemahuan Rafa untuk mendapat kuasa penuh dalam hal-hal berkaitan perpindahan pemain.

Walaupun bermacam-macam perkara berlaku kepada Rafa, diharapkan beliau dapat memberi fokus terhadap percaturan permainan Liverpool yang kini diancam oleh MU. Fernando Torres pula diberitakan seakan tidak bersemangat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa kejuaraan EPL musim ini lebih berpihak kepada MU.
Read More

Sir Alex Ferguson bidas Rafa balik

SAF akhirnya bersuara membalas kata-kata Rafael Benitez dengan mengatakan pengurus Liverpool itu mengarut. SAF juga mengatakan yang dia tidak tahu dari mana Rafa mendapat fakta berkenaan dirinya. SAF menyifatkan Rafa dalam keadaan marah dan terganggu dan dia kini hanya mahu menumpukan perhatian dalam mengejar kejuaraan EPL.

Dalam pada itu Arsene Wenger juga seakan senada dengan SAF dengan berpendapat situasi ini tidak akan memberi kesan kepada SAF namun ia tetap akan memberi kesan pada hubungan kedua-dua pihak. Dalam pada itu juga bekas pemain Liverpool, John Aldridge juga mengkritik Rafa berkenaan insiden ini.

Apa yang pasti kenyataan SAF ini hanya hadir selepas Manchester United menewaskan Chelsea 3-0 di Old Trafford. Dan agak malang kepada Liverpool yang hanya mampu seri tanpa jaringan ketika menentang Stoke City di Britannia.
Read More

EPL: Stoke kekang pendahulu liga

Stoke City (0-0) Liverpool FC









Bermain di gelanggang sendiri telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Stoke City untuk menidakkan 3 mata untuk Liverpool menjarakkan penguasaan Liga Perdana Inggeris. Apa yang lebih mencemaskan The Reds, sekiranya Manchester United berjaya mendapat mata penuh untuk baki perlawanannya, Red Devils pula akan mendahului EPL.


Perlawanan di Britannia menyaksikan Liverpool seakan hilang punca dan gagal untuk bermain seperti sebelumnya. Kebanyakkan hantaran tidak dapat disempurnakan dan seringkali di pintas oleh pemain Stoke. Bermain dengan penyerang solo tidak memberi manfaat langsung apabila Dirk Kuyt tidak mendapat hantaran bola. Cuma ada satu percubaan darinya pada separuh masa pertama. Steven Gerrard juga agak senyap pada separuh masa pertama dan sering kali di'boo' apa bila mengawal bola. Stoke yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal lebih garang menyerang The Reds namun satu jaringan mereka telah dibatalkan kerana off-side.


Separuh masa kedua tidak menampakkan sebarang perubahan pada kesebelasan Liverpool yang seterusnya tidak memberi perubahan kepada corak permainan Liverpool. Mereka tetap tidak berupaya menembusi pertahanan Stoke malahan sering kali diasak pula. Cuma nasib sedikit menyebelahi The Reds kerana pemain Stoke gagal menjumpai jaring walaupun Jose Reina beberapa kali telah tertewas. Cuma setelah Fernando Torres dan Ryan Babel dimasukkan jentera serangan LFC sedikit bernafas namun kali ini nasib tidak menyebelahi kapten Liverpool setelah menyaksikan percubaannya terkena palang dan tiang. Lebih malang lagi Gerrard dilayangkan kad kuning kerana tidak sabar ketika hendak mengambil sepakan percuma.


Apa yang dapat disimpulkan di sini, percaturan Rafael Benitez sekali lagi tersilap kerana hanya menggunakan satu penyerang dan tidak cuba menurunkan barisan pemain yang dapat menandingi kelebihan fizikal pemain pertahanan Stoke. Sekiranya Torres dan Babel diturunkan lebih awal kemungkinan The Reds dapat menekan pertahanan Stoke. Mungkin juga Liverpool amat terasa kehilangan Xabi Alonso untuk mengemudi jentera tengah. Keputusan seri ini sudah pasti memberi suntikan moral buat Stoke setelah kalah dalam 4 perlawanan sebelum ini. Namun ia bukanlah suatu keputusan yang baik buat Liverpool apabila gagal mengalahkan Stoke dalam 2 perlawanan musim ini dan bukan itu sahaja, pintu gol Stoke gagal ditembusi langsung.


Berikut rating pemain dari Goal.com


Reina: 5.5
Carragher: 6.5
Hyypia: 6.5
Skrtel: 6.5
Aurelio: 6.0
Benayoun: 5.5
Lucas: 5.0
Mascherano: 6.0
Riera: 6.0
Gerrard: 6.5
Kuyt: 6.0

Substitutes
Torres: 6.0
Babel: 6.0

Read More

Sah: Liverpool dapat pemain tengah muda


Seperti yang diberitakan sebelum ini, Liverpool dengan rasminya mengumumkan telah menanda tangani kontrak pemain muda 17 tahun dari Iceland yang mendapat rating yang tinggi, Victor Palsson. Palsson sebelum ini bermain untuk pasukan Denmark, AGF Arhus. Kontrak Palsson adalah sehingga 30 Jun 2011 dan akan bermula dengan berlatih di Melwood bersama pasukan simpanan kelolaan Gary Ablett.
Read More

Bekas pengadil sokong tindakan Rafael Benitez

Bekas pengadil EPL dan England, Graham Poll hari ini menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Rafael Benitez terhadap Sir Alex Ferguson yang menurutnya bebas untuk membuat kritikan dan cemuhan kepada pengadil tanpa menerima sebarang tindakan disiplin dari English FA. Tambahan pula pada sebelum itu, para pengurus pasukan EPL telah bersetuju untuk menjayakan 'Kempen Hormat'.

Poll bersetuju dengan kenyataan Rafa dan berharap lebih ramai pengadil akan menyokong kenyataan Rafa tersebut. Katanya lagi, Rafa telah meluahkan sesuatu yang telah dipendamkan oleh kebanyakan pengadil EPL - SAF boleh berkata apa sahaja terhadap pengadil dan FA membiarkannya terlepas tanpa sebarang tindakan.

Untuk rekod, kem Manchester United masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kenyataan Rafa tersebut setakat berita ini ditulis.
Read More

Preview EPL: Stoke City vs Liverpool FC

Stoke City (DLLLL) vs Liverpool FC (DDWWW)

Britannia Stadium

English Premier League


Rekod pertemuan lepas memang memihak kepada Liverpool termasuk ketika membelasah Stoke 8-0 dalam pertemuan di Britannia untuk perlawanan Piala Liga musim 2000-01. Namun keputusan seri 0-0 di Anfield pada separuh pertama EPL musim ini agak memberi kredit kepada Stoke City setelah gol awal Liverpool dibatalkan. Manakala prestasi terkini kedua-dua pasukan ternyata kelebihan buat Liverpool yang tidak kalah dalam 5 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan di samping menjaringkan sejumlah 13 gol.

Pengurus Stoke City, Tony Pulis dijangka akan menurunkan pemain yang baru dibeli dari West Ham United - Matthew Etherington dalam perlawanan ini. Fernando Torres pula akan membuat penampilan semula sejak terlepas perlawanan pada November kerana kecederaan. Fabio Aurelio dijangka akan bermain di pertahanan kiri menggantikan Emiliano Insua yang bermain untuk pasukan Argentina bawah-20. Sami Hyypia juga dijangka akan membuat penampilan ke-700 untuk sepanjang karier bola sepaknya.

Kecederaan:

Stoke
M. Sidibe
L. Cort

Liverpool
F. Alonso
A. Arbeloa
P. Degen

Penggantungan

Stoke
R. Fuller


uNCLe Joe: Liverpool untuk menang 2-1

Read More

Rafael Benitez lancar serangan balas terhadap Alex Ferguson

Setelah diserang oleh Alex Ferguson beberapa hari lepas yang mengatakan Liverpool tidak akan mampu menahan tekanan untuk terus kekal menerajui dan memenangi EPL musim ini, Rafael Benitez akhirnya bersuara dengan lantang membuat serangan balas.

Dalam satu teks ucapan yang panjang lebar, Rafa telah menyentuh bermacam-macam perkara berkenaan sikap Sir AF termasuk cara Sir AF mencemuh pengadil dan tidak mendapat tindakan tata tertib dari FA. Sir AF juga dikatakan sering kali mempertikaikan jadual perlawanan EPL yang melibatkan Manchester United.

Apa yang pasti, Rafa adalah dalam keadaan yang tenang dan terkawal ketika menyampaikan serangan balasnya yang penuh dengan fakta dan bukannya suatu fitnah.

Berikut teks penuh ucapan Rafa semasa sidang akhbar tersebut.


"I was surprised by what has been said, but maybe they (Manchester United) are nervous because we are at the top of the table,'' he began.
"But I want to talk about facts. I want to be clear, I do not want to play mind games too early, although they seem to want to start.
"But I have seen some facts. On November 1, they played Hull and Mr Ferguson had a two-match touchline ban and a £10,000 fine after confronting Mike Dean, the referee, for improper conduct.
"We started the Respect campaign, and that was when (Javier) Mascherano was sent off (last season) at Old Trafford.
"The referee (Steve Bennett) was the referee when they played against Wigan - he could not see the handball against Wigan by Rio Ferdinand, he did not give a penalty. They won the game and they won the title in this game.
"I think it will be the same referee who will be in charge of their game in hand this season (against Wigan).
"During the Respect campaign - and this is a fact - Mr Ferguson was charged by the FA for improper conduct after comments made about Martin Atkinson and Keith Hackett.
"He was not punished. He is the only manager in the league that cannot be punished for these things.
"Then he was talking about the fixtures. Two years ago we were playing a lot of early kick-offs away on Saturdays when United were playing on Sundays. And we didn't say anything.
"Now he is complaining about everything, that everybody is against United. But the second half of the season will see them playing at home against all the teams at the top of the table, it is a fantastic advantage.
"But at Christmas, United played on the 29th and the rest of the teams played on the 28th. We were away against Newcastle two days after playing Bolton. They were playing about 40 hours later, they were not complaining then.
"And about his behaviour with referees. The Southampton manager he knows how Mr Ferguson works and how he works, he was very clear. I am not playing mind games, just facts.
"If he wants to talk about fixtures, and have a level playing field as you say in England. There are two options if we don't want more problems with fixtures.
"One is the same as in Spain, the draw for the first part of the league is known, everyone knows which weekend. In the second-half everyone plays the opposite, so you all know.
"Sky and Setanta have the right to choose their games and it will be the same for everyone. So Mr Ferguson will not be complaining about fixtures and a campaign against United.
"Or there is another option. That Mr Ferguson organises the fixtures in his office and sends it to us and everyone will know and cannot complain. That is simple.
"We know what happens every time we go to Old Trafford and the United staff. They are always going man to man with the referees, especially at half-time when they walk close to the referees and they are talking and talking.
"All managers need to know is that only Mr Ferguson can talk about the fixtures, can talk about referees and nothing happens.
"We need to know that I am taking about facts, not my impression. There are things that everyone can see every single week.
"Are they under pressure? Maybe they were not thinking that we would be at the top of the table in January. But we are at the top of the table and they are nervous.
"I am not telling the authorities what to do. But I have been here for five years and know how things are going on. I will be watching United's game with Chelsea.
"The result does not matter to us, if we win at Stoke that result does not matter.
"I was surprised United wanted to start the mind games too early, maybe it is because we are top of the table. But I only wanted to explain our position.
"It is a massive difference to play early on a Saturday, say, after a European match in midweek.
"But they will play the second half of the season with home matches against the other top teams, and that is a massive advantage to them.
"They cannot complain about the fixtures after they were playing on December 29 while the rest played on the 28th.
"I have decided that I had a lot of information and I have been watching every single week what has been going on. Then they started talking about us, but every single week we know they will be talking.
"But we want to stay at the top and maybe they will talk about us right to the end.
"To hear someone talking when he has problems with referees every single week, and now complaining about the fixtures and complaining about everything, I think that is not fair.
"You can see every single week how they put (referees) under pressure, we know this. We have seen it before. We have seen players sent off at Old Trafford and we do not see our opponents sent off.
"It is part of the game. But to complain and to always have an advantage is not fair.
"We had a meeting in Manchester with managers and FA about the Respect campaign. And I was very clear, forget the campaign because Mr Ferguson was killing the referees, killing Mr Atkinson, killing Mr Hackett.
"But he is not punished. How can you talk about the respect campaign and criticise the referee every single week?
"You can analyse the facts and come to your own decision and ideas
"There is still no news about my contract, my agent has not received any documents so he is a little bit disappointed. But we will see.
"I would rather not talk too much about this, though, when we have an important game ahead."
Read More

Berita perpindahan

Penyerang muda yang berusia 17 tahun ini, Marvin Pourie telah melengkapkan perpindahan ke Schalke 04. Pourie berpindah dari Borussia Dortmund ke Academy pada musim panas 2007. Walaupun seorang penjaring gol yang berbisa untuk skuad Hughie McAuley namun sukar buat Pourie untuk menembusi skuad senior. Perpindahan pulang ke Jerman akan memberi peluang kepada Pourie untuk bermain dengan skuad senior.

Sementara itu, pemain tengah Ryan Flynn, 20 akan menyambung kontraknya sebagai pinjaman di Wrexham United.
Read More

Steven Gerrard: Pemain terbaik PFA untuk Disember



Persembahan Steven Gerrard di atas padang dalam bulan Disember 2008 ini telah membuatkan beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik Professional Footballers' Association bagi bulan Disember. 5 gol telah dijaringkan termasuk 2 gol dalam perlawanan menentang Hull City dan Newcastle United.
Read More

Profil Pemain: Jamie Carragher

JAMIE CARRAGHER (23)



(James Lee Duncan "Jamie" Carragher )
Posisi: Pertahanan
Lahir: 28/01/1978 di Bootle, Merseyside
Tinggi: 1.86m
Perlawanan: 553
Gol: 5
Antarabangsa: 34
Gol: 0
Kelab terdahulu: -

Pemain yang paling lama berkhidmat untuk Liverpool pada ketika ini apabila menandatangani kontrak profesionalnya pada Oktober 1996 semasa pimpinan Roy Evans. Penampilan pertamanya untuk The Reds sebagai pemain gantian kepada Rob Jones pada separuh akhir ke-2 Coca Cola Cup menentang Middlesbrough. Gol pertamanya hadir pada perlawanan ke-3 beliau apabila bermain kesebelasan utama menentang Aston Villa setelah menanduk gol di hadapan Kop.

Pada awal kariernya, Carragher lebih digunakan sebagai pemain serbaguna dan beliau akan bermain di mana ada kekosongan posisi. Posisi asalnya adalah tengah dan kemudiannya bertugas di semua posisi pertahanan sama ada tengah, kiri atau kanan. Musim 1999-2000 Carra bermain di kanan mana kala 2000-01 beliau bermain di sebelah kiri pula. Carra mendapat cap pertamanya pada 28 April 1999 apabila Kevin Keegan telah memasukkan Carra sebagai pemain gantian ketika England menentang Hungary. Musim-musim seterusnya kedudukannya agak tergugat setelah Liverpool membeli John Arne Riise dan Steve Finnan untuk posisi pertahanan kanan dan kiri.

Tahun 2002 hingga ke 2004 menyaksikan Carra mengalami 2 kecederaan serius. Carra terlepas peluang beraksi untuk Piala Dunia 2002 apabila menjalani pembedahan lutut dan kemudiannya pada awal musim 2003-04 Carra telah mengalami patah kaki setelah dikasari oleh Lucas Neill.

Berbeza dengan Gerard Houllier, Rafael Benitez yang mengambil alih Liverpool pada awal musim 2004-05 telah menukar Carra ke pertahanan tengah bergandingan bersama Sami Hyypia dan menguasai posisi itu sehingga ke hari ini. Beliau telah membuktikan keampuhannya terutamanya pada perlawanan akhir Champions League 2005 apabila melakukan 2 pintasan penting di saat genting dalam masa tambahan. Akhirnya Carra dipilih sebagai player of the year di penghujung musim.

Dalam musim-musim seterusnya, Carragher telah menjadi pilihan tetap Rafael Benitez dalam kesebelasan utamanya. Pada separuh akhir ke-2 Champions League 2007 menentang Chelsea, Carragher telah mengatasi rekod penampilan di Eropah milik Ian Callaghan apabila bermain untuk penampilan yang ke-90. Kini Carra telah bermain sebanyak 105 kali dan akan bertambah lagi selepas ini. Musim ini juga menyaksikan Carra menggantung but dari beraksi untuk England kerana tidak berpuas hati kurangnya peluang bermain semasa era Steve McLaren.

Ketika bermain untuk perlawanannya yang ke-500 (Piala FA bertemu Luton Town), Carra telah diberi keistimewaan untuk mengetuai pasukan The Reds walaupun Steven Gerrard turut bermain dalam perlawanan tersebut. Kini pada usia 31 tahun, Carra masih kelihatan kukuh di pertahanan Liverpool cuma kadang kala terpaksa juga bermain di posisi kanan tatkala pemain lain dilanda kecederaan.

Read More

Perlukah pembelian pemain untuk Januari?

Dengan prestasi pemain dalam keadaan yang baik dan fit, apakah Rafael Benitez perlu membeli pemain bernama besar untuk perpindahan Januari ini? Ramai beranggapan Liverpool masih kurang kukuh pada beberapa posisi seperti pertahanan kiri dan sayap kanan namun pemain yang sedia ada bukanlah tidak bagus. Apa yang pasti pemain The Reds kini berada pada tahap persefahaman yang sangat bagus dan jarang sekali miss communication berlaku dalam permainan. Berbeza pada beberapa musim lepas apabila RB masih belum menjumpai pemain utamanya dan mengamalkan polisi rotation yang menyaksikan pemain gagal untuk bermain dengan persefahaman yang baik.

Musim ini agak berlainan pada kesebelasan utama RB pada setiap perlawanan yang menyaksikan beberapa pemain akan dikekalkan sekurang-kurangnya 5 sehingga 7 orang. Inilah yang dilihat sebagai faktor kepada persefahaman yang baik pada musim ini. Sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan pada sesuatu posisi maka pemain lain dapat mengimbangi kesilapan tersebut. Maka pendapat saya, tidak perlu membuat pembelian besar-besaran untuk menampung kekurangan tersebut kerana pemain yang sedia ada sudah cukup untuk membina sebuah pasukan yang mantap. Lagi pun, sekiranya ada pemain yang baru mungkin akan mengambil masa untuk gel dalam pasukan. Ini boleh menyebabkan ketidak seimbangan pada persefahaman yang sedia ada dan mengundang lebih banyak kesilapan untuk berlaku.

RB juga nampaknya masih mahu mencuba pemain yang sedia ada seperti Andrea Dossena yang dikatakan tidak akan dijual pada Januari ini. Daniel Agger juga dikatakan tidak akan dijual apabila diberitakan bahawa RB telah menolak bidaan dari AC Milan. Mungkin sudah sampai masanya untuk RB lebih memberi peluang kepada pemain muda untuk serasi dengan pasukan utama.
Read More

Alonso Bakal Kembali Seawal Perlawanan Menentang Stoke City?

Berita baik bagi para peminat! Xabi Alonso yang telah mengalami kecederaan kaki ketika perlawanan Piala FA dengan pasukan Preston North End telah diberitakan mempunyai peluang tipis untuk kembali beraksi seawal perlawanan menentang Stoke City Ahad ini. RB menyatakan yang Alonso boleh kembali cergas sepenuhnya untuk perlawanan Merseyside Derby berkembar pada 19 & 24 Januari ini.

Alonso yang pernah berkali-kali mengalami kecederaan kaki & buku lali di takuti akan mengalami kecederaan metatarsal yang berulang, menyebabkan dia menghabiskan masa yang lama untuk menjalani rehabilitasi pada musim 2007/08 yang lalu. Ujian pengesanan kesihatan yang terkini oleh pegawai-pegawai perubatan Liverpool FC telah mendapati bahawa kecederaan Alonso tidak berapa serius tanpa tanda-tanda keretakan atau patah di mana-mana bahagian kakinya.

Berita ini semestinya berita gembira untuk RB yang telah menyatakan yang beliau tidak akan membeli pemain-pemain baru untuk tingkap perpindahan Januari ini berikutan kembalinya Torres, Aurelio & Skrtel ke kesebelasan utama setelah mereka pulih dari kecederaan.

Sumber: Goal.com
Read More

Santai: Medik selamatkan gol

Read More

Pennant: AC Milan atau Sevilla?

AC Milan diberitakan sudah memberi pre-contract agreement kepada Jermaine Pennant yang sudah disisihkan oleh Rafael Benitez berikutan masalah gaya hidup dan ketepatan masa. Ini adalah peluang ke-2 bagi Pennant setelah kegagalan proses perpindahan ke Real Madrid yang diberitakan tidak mencapai persetujuan dari segi permintaan gaji yang terlalu tinggi. Sumber: The Times UK

Manakala dalam satu berita yang lain mengatakan RB telah menerima bidaan Sevilla sebanyak £3juta dan Pennant lebih berminat untuk ke Sevilla. Sumber: Sport.co.uk

uNCLe Joe: Akoo ingatkan dia dapat jadi budak baik lepas masuk LFC. Rupanya keparit jugak...
Read More

(Game) Teka kesebelasan utama Liverpool

Sejauh mana kehebatan anda dalam pengetahuan anda terhadap congakan dan strategi Rafael Benitez dalam menyusun pemain kesebelasan utama The Reds akan dapat dibuktikan dengan menyertai satu permainan fantasy meneka kesebelasan utama pilihan RB di http://www.fantasyrafa.com/

uNCLe Joe: Season lepas akoo layan gak mende nih. Rasanya paling berjaya pun akoo teka 9/11 yang betul. Tak pernah merasa full mark. Korang test la kehebatan korang plak.
Read More

Spekulasi perpindahan pemain ke LFC


Walaupun Rafael Benitez sudah menegaskan bahawa tiada pembelian pemain bernama besar ke dalam pasukan Liverpool, tidak bererti kita tidak boleh membuat spekulasi perpindahan. Ada juga kedengaran bahawa pembelian pemain hanya akan berlaku sekiranya RB berjaya menjual pemain yang sedia ada. Berikut antara pemain-pemain yang pernah dikaitkan untuk berpindah ke Anfield.

Antonio Valencia (Wigan Athletic)
Pemain sayap kanan ini tidak datang dengan murah. Pernah dinyatakan bawaha Wigan meletakkan harga £20 juta sekiranya Real Madrid mahukan pemain antarabangsa Ecuador ini.

Michael Turner (Hull City)
Baru-baru ini pemain pertahanan ini telah menyatakan kesediaannya untuk menandatangai kontrak baru bersama Hull City menjelang tahun baru 2009.

Brede Hangeland (Fulham)
Pembelian pemain pertahanan ini bergantung kepada status perpindahan Daniel Agger namun spekulasi semakin dingin.

Emile Heskey (Wigan)
Percuma pada musim panas ini namun ramai beranggapan penyerang ini tidak begitu diperlukan oleh The Reds. Sekiranya percuma, tidak salah untuk memberikan beliau peluang.

Glen Johnson (Portsmouth)
Pertahanan yang dikatakan agak mahal untuk harga £9 juta kerana dikatakan bukan pemain bertaraf world class. Pun begitu kehadirannya agak diperlukan untuk menampung kekurangan pertahanan kanan yang berwibawa.
Gareth Barry (Aston Villa)
Pemain yang sangat dikehendaki oleh RB dan boleh bermain sebagai pertahanan dan tengah tetapi agak mahal mencecah £15 juta.

Michael Owen (Newcastle United)
Pemain pertama yang dijual oleh RB ke Real Madrid pada 2004. Boleh ditandatangani secara percuma pada musim panas ini. Masih tidak memperbaharui kontrak bersama Toons kemungkinan kerana permintaan gaji yang terlalu tinggi.
Read More

Piala FA Pusingan ke-4 - Merseyside Derby (lagi)

Undian Piala FA Pusingan ke-4 menyaksikan tambahan perlawanan Merseyside Derby yang biasanya hanya berlangsung 2 kali setiap musim. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Anfield pada 24 Januari 2009 yang juga merupakan perlawanan ke-2 Merseyside Derby dalam tempoh seminggu apabila kedua-dua pasukan sebelum itu akan bermain di Anfield pada 19 Januari 2009. Apa yang lebih menarik, perbicaraan kapten The Reds akan berlangsung di antara 2 perlawanan tersebut pada 23 Januari 2009.

uNCLe Joe: Kalaulah Captain Marvelous tak leh main masa FA Cup tu nanti, akoo rasa LFC tak sepatutnya tak boleh main dengan cemerlang. Lagi pun main kat Anfield akan bagi kelebihan cuma pemain tengah mungkin sikit tempang lagi-lagi kalau Alonso terpaksa berehat panjang.
Read More

Rebiu Prestasi Pemain Baru Perpindahan Musim Panas 2008

Setelah beberapa bulan beraksi dalam perlawanan Liverpool, kini tiba masanya kita lihat kembali prestasi beberapa pemain yang di beli oleh Rafa pada musim panas 2008:

1) Diego Cavalieri (3 juta pound dari Palmeiras)


Hanya bermain sebanyak 3 kali sepanjang karier bersama Liverpool FC sehingga ke hari ini. Aku masih tak dapat nak membuat full review tentang penjaga gol dari Brazil ni, kerana seperti juga Charles Itandje pada musim yang lepas, Cavalieri akan tetap menjadi penjaga gol no. 2 di Liverpool selepas Pepe Reina.

Ramalan Akhir Musim: Cavalieri akan kekal sebagai penjaga gol ke 2 untuk Liverpool, Itandje akan di jual kerana dia tidak berpuas hati dengan peluang yang diberikan untuk masuk ke kesebelasan utama Liverpool FC.

2) Philipp Degen (perpindahan percuma dari Borussia Dortmund)

Pemain bek kanan ini telah bermain sebanyak 2 kali (pertukaran separuh masa perlawanan persahabatan menentang Tranmere Rovers & bermain (dan juga turut patah 2 batang tulang rusuk berlaga dengan Hyppia) ketika Liverpool FC menang menentang Crewe Alexandra). Masih cedera ketika ini. Mungkin untuk selama-lamanya. Huhh!

Ramalan Akhir Musim: Degen akan terus menjadi pemain no 3 di belakang Arbeloa & Carra? Rafa akan membeli seorang lagi bek kanan (Glen Johnson?) sebagai backup sekiranya Degen di jual pada akhir musim. Bagi aku, Rafa memang tak berminat nak simpan pemain-pemainnya yang mudah cedera. Degen akan dijual kecuali dia berjaya cergas & bermain dengan baik sebelum akhir musim.

3) Andrea Dossena (tidak diketahui kos perpindahan, dari Udinese)

Bek kiri yang menggantikan Riise, di katakan lebih berkualiti dari Fabio Aurelio & juga Riise sendiri. Bagi aku adalah flop Liverpool FC kerana lebih banyak mensia-siakan peluang untuk menyinar walaupun bermain dalam kesebelasan utama. Separa pantas dalam mode serangan, lembab dalam mode pertahanan. Masih tercari-cari rentak permainannya di England. Nampak macam susah nak sesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool.

Ramalan Akhir (Separuh?) Musim: Akan dijual, mungkin kepada kelab-kelab Itali semula (Milan?) kerana Emiliano Insua telah merampas tempatnya didalam kesebelasan utama Liverpool FC.

4) Albert Riera (8 juta pound dari Espanyol)

Pemain sayap kiri semulajadi, telah bermain sebanyak 23 kali & menjaringkan 4 gol untuk Liverpool FC. Sangat selesa dengan rentak permainan Liverpool FC, mungkin kerana ramai kawan-kawan Sepanyol memudahkan dia untuk menyesuaikan diri. Boleh dikatakan pilihan utama untuk posisi sayap kiri kerana tiada saingan mutlak dari Babel & juga Leto yang dipinjamkan kepada Olympiakos sehingga akhir musim kerana isu permit kerja. Pembelian bernas oleh Rafa.

Ramalan Akhir Musim: Riera akan terus mengungguli bahagian sayap kiri ketika cergas. Hanya perlukan sedikit masa untuk lihat adakah dia akan terus konsisten & tidak mengalami kecederaan yang berulang-kali. Ingatkah anda kepada Kewell?

5) Robbie Keane (20.3 juta pound dari Tottenham Hotspurs)

God di Spurs bukan semestinya God di Anfield. Ini rumusan aku dari persembahan Keane sepanjang separuh musim ini. Mengecewakan!. Tutup cerita. Masih tercari-cari rentak walaupun sudah acapkali diberikan peluang. Bermain sebanyak 25 kali & menjaringkan 7 gol di semua pertandingan sehingga kini tidak bererti Keane mempunyai hak mutlak untuk bermain di kesebelasan utama. Ini digambarkan apabila dia sering di tukar-ganti bersama Kuyt & Torres. Di katakan berpotensi menjadi gandingan serangan berbisa apabila digandingkan bersama Torres, tetapi realitinya tidak. Sebab utama dia diturunkan ialah kerana kecederaan Torres yang berulang memaksa Rafa untuk menurunkannya. Ngog & Nemeth belum lagi bersedia untuk diturunkan sebagai pemain utama kerana rata-rata masih lagi muda & belum cukup pengalaman. Hanya dua perlawanan yang buat aku ingat pasal mamat ni. The Arsenal equalizer & kemenangan ke atas Bolton dalam perlawanan berikutnya. Yang lain-lain tu, tak payah ceritalah.. Forgettable perfomance.

Ramalan Akhir Musim: Rata-rata peminat mengatakan yang Keane perlu terus diberikan peluang, manakala peminat yang ekstra-kritis seperti aku hanya mengatakan "Jual je, tak berbaloi untuk 20 juta pound. Baik beli pemain lain". Keane juga pernah menyatakan dalam satu temubual, yang prestasinya hanya boleh diukur di akhir musim. Kita tunggu dan lihat. My verdict? Keane goes back to Spurs. Biarlah dia menjadi God di White Hart Lane dan bukannya di Anfield.

6) David N'gog (1.5 juta pound dari Paris Saint Germain)

Bintang penyerang untuk masa depan. Gol pertama untuk Liverpool FC ialah ketika Liverpool menang 3-1 ke atas PSV Eindhoven di dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Penyerang tinggi lampai ini adalah seorang wonderkid di dalam skuad Liverpool di dalam permainan komputer Football Manager 2009.

Ya, aku memang bias & berpihak rating-rating & status wonderkid yang diberikan di dalam permainan Football Manager itu. So, aku memang percaya yang N'gog akan memberikan impak kepada Liverpool FC di masa depan berkat tunjuk ajar cikgu2 di Melwood. Hidup francais Football Manager!! Hehe

Ramalan Akhir Musim: Masih muda, masih akan kekal bersama Liverpool FC. Tetapi terpaksa merebut tempat dengan pemain-pemain reserve seperti Nemeth, Linfield & Eccleston.

7) Damien Plessis (tidak diketahui yuran perpindahan, di beli dari Olympique Lyonnais)

Seperti juga N'gog, Plessis juga menyertai Liverpool FC berkat kehebatan scout Liverpool FC yang menjadi pujian Rafa selalu (terkenal kerana melahirkan lebih byk pemain2 flop seperti Mark Gonzalez, Jan Kromkamp, Josemi, dll. & juga bakal bintang2 seperti Agger, Skrtel, Insua, dll.)

Cukup lah pasal itu. Plessis merupakan pemain holding midfielder, dan berada di kedudukan keempat selepas Masch, Xabi & Lucas. Mungkin dapat memintas Lucas yang bg aku hampir tergolong di dalam golongan pemain flop di Liverpool FC (aku masih menantikan kualiti yang ditunjukkan oleh bekas kapten skuad U-21 Brazil ini) suatu hari nanti.

Ramalan 'Pau Ramlan' Akhir Musim: Plessis will shine, someday kalau Rafa bagi chance la, seperti bila dia bagi Plessis main menentang Crewe & Spurs dalam Carling Cup.
Read More

Preston 0-2 LFC: What the papers say

Copy and paste from: Thisisanfield.com

Goals from Spanish duo Albert Riera and Fernando Torres gave Liverpool the win in the third round of the FA Cup at Preston on Saturday afternoon. Steven Gerrard impressed in midfield, while Robbie Keane missed several chances to put the game beyond the Championship side in the first half. Here’s what the broadsheets have to say this Sunday morning….

Mark Ogden in The Telegraph comments on Gerrard’s unselfish decision to hand Torres a comeback goal rather than claim the glory himself:

“On the field, he cannot help creating his own headlines, but as he stroked the ball to Fernando Torres in the third minute of stoppage time for the Spaniard to score Liverpool’s second goal against Preston, Gerrard’s unselfishness underlined his reluctance to steal the limelight once more from his team-mates.”

With assistant manager Sammy Lee commenting after the game: “This football club is not about individuals but his pass at the end epitomised the team spirit we have in the team.”

Paul Wilson in The Observer focuses on Keane’s lack of finishing:

“On a day of shocks, there were no more nasty surprises on the Lancashire coast for Liverpool, unless you count some atrocious finishing by Robbie Keane.
As one of the season’s running stories, that one is rapidly losing its shock value, although even by the standards Keane has set since his £20m move some of these misses were hard to believe. Sunday league teams would have been embarrassed. Even Preston hardly knew where to look, knowing that Fernando Torres was watching from the bench and they really ought to have been four or five goals down by half-time. Torres later came on and rounded off the victory with the easiest of tap-ins in injury time, but Keane should have put the result beyond doubt long before then.”


Later commenting:

“Keane missed a gaping target by a distance of yards. He could have had a first-half hat-trick by doing no more than applying three finishing touches, but missed all three by ever more embarrassing margins. When, incredibly, he got a fourth gift-wrapped opportunity in front of goal in first-half stoppage time, he admitted defeat and squared the ball to the less well-placed Alonso.”

While Steve Tongue in The Independent writes:

“The one negative for Liverpool, apart from Alonso’s injury, was the performance of Robbie Keane. Dropped last week after scoring three times in two games, he was restored in place of Dirk Kuyt but wasted three chances in the first half alone, the worst of them from four yards following Gerrard’s perfect cross. Fortunately,Riera’s aim was true midway through the half when Preston were unable to deal with a left-wing corner. Gerrard thought briefly about a spectacular volley, then settled for nudging the ball on for Riera, who came inside on to his favoured left foot and shot high into the net.”
Read More

FA Cup: Liverpool mara ke pusingan ke-4

Preston North End ( 0 - 2 ) Liverpool FC








Rafael Benitez tidak menepati ramalan awal untuk menurunkan pemain fringe untuk pertemuan ini dengan menyenaraikan hampir kesemua pemain utama dan Liverpool akhirnya mara ke pusingan ke-4 setelah menundukkan Preston North End di Deepdale 2 gol tanpa balas hasil jaringan Alberto Riera dan Fernando Torres. Namun kemenangan ini tidak hadir dengan mudah apabila Preston bangkit melawan pada separuh masa kedua dan hampir mendapat gol penyamaan tetapi dibatalkan pengadil.


Liverpool menguasai separuh pertama dan berjaya mendahului pada minit ke-25 melalui tendangan kaki kiri Riera yang gagal di tampan kemas oleh penjaga gol Preston yang terkeliru apabila terhalang oleh 2 orang pemain Preston. Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa perlawanan kerana banyak peluang telah disia-siakan. Pada minit akhir separuh masa pertama, Xabi Alonso telah mengalami kecederaan dan digantikan oleh Lucas.


Ketiadaan Alonso pada separuh masa kedua agak menjejaskan rentak Liverpool dan menyaksikan Preston lebih menguasai permainan sehingga berjaya mendapatkan jaringan pada minit ke-63 melalui Sean St. Ledger namun dibatalkan kerana penyerang Preston Jon Parkin mengasari Jamie Carragher. Torres telah masuk menggantikan Keane yang telah terlepas sekurang-kurangnya 2 peluang di hadapan gol pada minit ke-73 dan pantas memberikan sedikit impak apabila dengan pantas meninggalkan marker dan membuat satu percubaan yang jauh tersasar. Walaupun Preston menggandakan asakan selepas itu, Liverpool mendapat gol ke-2 menerusi gerakan counter attack bermula dari hantaran tinggi ke Ryan Babel yang menghantar kepada Steven Gerrard yang akhirnya menghantar kepada Torres untuk gol ke-2 perlawanan pada minit terakhir perlawanan.


Rating dari Goal.com

Cavalieri: 6.5
Carragher: 6.5
Hyypia: 7.0
Agger: 7.0
Insua: 7.0
Alonso: 7.0
Mascherano: 7.0
Babel: 5.5
Gerrard: 7.5
Riera: 7.5
Keane: 5.0

Substitutes

Lucas: 6.5
Torres: 6.5
Aurelio: n/a
Read More

Preview Piala FA: Preston vs Liverpool

Preston North End (WWLWD)
vs
Liverpool FC (WWDDW)
Deepdale
Piala FA Pusingan ke-3

Liverpool akan berkunjung ke Deepdale untuk bertemu Preston untuk perlawanan pusingan ke-3 Piala FA yang mempunyai bekas pemain The Reds - Neil Mellor. Biarpun Liverpool yang kini mendahului EPL namun mereka mempunyai rekod yang agak goyang ketika bertemu dengan pasukan ranking bawahan. Preston pula kini berada di tangga ke-7 Liga Championship dan berkemungkinan besar untuk layak ke play-off untuk ke EPL sekiranya meneruskan rekod yang baik dalam liga tersebut.

Preston dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik mereka dalam menentang Liverpool. Mana kala Rafael Benitez pula dijangka menurunkan campuran pemain utama, pemain sokongan dan pemain belia untuk perlawanan ini. Pemain utama yang dijangka akan berada dalam pasukan termasuk Steven Gerrard, Fernando Torres dan Martin Skrtel manakala penjaga gol simpanan Diego Cavalieri dijangka menjaga gawang Liverpool.

uNCLe Joe: Bagi chance la pada el-Zhar, Ngog dan Lucas start.
Read More

Pemain masuk: Victor Palsson



Berasal dari Iceland dan bermain utk pasukan liga Denmark - AGF, pemain midfield ini dikatakan dalam fasa terakhir untuk masuk ke Liverpool sementara menunggu laporan perubatannya siap. Palsson pernah menjalani sesi percubaan di Melwood suatu ketika dahulu. Sumber: Tribalfootball.com

uNCLe Joe: Dia nih main youth team lagi kot. Kalau tak silap umur baru 17.
Read More

Gerrard dan Torres dalam kesebelasan utama

Steven Gerrard dan Fernando Torres dikhabarkan akan bermain dalam kesebelasan utama dalam pertemuan Piala FA menentang Preston Sabtu ini. Gerrard telah kembali menjalani latihan tempoh hari setelah terlibat dalam satu perbalahan di kelab malam mana kala Torres telah kembali dari kecederaan hamstring. Juga diberitakan Rafael Benitez akan menurunkan beberapa pemain seperti penjaga gol Diego Cavalieri dan pertahanan kanan Stephen Darby.

uNCLe Joe: Jangan sampai kalah sudah. FA Cup pun penting gak pada pendapat den la.



Read More

Gosip Perpindahan: Angel Lafita

Pemain Sepanyol posisi 'offensive midfielder' berusia 24 tahun sedang bermain untuk kelab Deportivo La Coruna diberitakan sedang diintai oleh Rafael Benitez bagi mengisi kekosongan sekiranya Xabi Alonso berpindah keluar. Pun begitu Atletico Madrid juga khabarnya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Sumber: Footylatest.com

Sementara itu perkhabaran juga mengatakan Wigan meletakkan harga £20 juta sekiranya Real Madrid mahu membeli bintang Ecuador, Antonio Valencia.
Read More

DJ yang dipukul Gerrard


Inilah rupa DJ yang diberitakan telah dibelasah oleh Steven Gerrard dan rakan-rakan dalam pergaduhan di kelab malam beberapa hari lepas setelah enggan melayan permintaan 'Captain Marvelous' untuk memilih lagu. Kelihatan Marcus McGee, seorang penyokong Manchester United di banglo kediamannya di Southport
Read More
Terdapat ralat dalam alat ini

Para Sahabat