Padang Anfield @ Facebook

Join Padang Anfield di Facebook...
Klik >> http://www.facebook.com/#!/pages/Padang-Anfield/113076378733822

2009 mendatang dengan harapan

Menutup 2008 dan membuka lembaran 2009 dengan bertakhta di EPL memang suatu yang amat menyeronokkan dan sangat membanggakan. Walaupun beberapa kali keputusan yang tidak memberangsangkan berlaku apabila seri 4 kali di Anfield namun Chelsea sebagai pencabar terdekat seperti memberi peluang apabila merelakan menjadi 'Chelseri' yang seterusnya menyaksikan LFC berada 3 mata di hadapan.

Kehadiran Januari setiap tahun sangat dinanti kepada semua peminat EPL apabila 'Tingkap Perpindahan' (Transfer Window) akan terbuka secara luasnya. Walaupun LFC ketika ini seakan mempunyai pasukan yang hampir sempurna, pergerakan pemain masuk dan keluar mungkin akan berlaku dan perkhabaran angin perpindahan pemain tetap meniti bibir peminat.

Antara rumours yang hangat diperkatakan ketika ini antaranya adalah penjualan Jermain Pennant, Daniel Agger dan juga Robbie Keane kembali ke Spurs. Namun penjualan Keane yang sedang on-form seakan tidak menjadi kenyatan. Mana kala dilaporkan Celtic sedang membuat tawaran £3 juta rasmi untuk membeli Pennant.

Pemain yang diperkatakan akan masuk ke LFC pula tidak kurang hebatnya seperti Gareth Barry yang sangat disukai oleh Rafael Banitez, Michael Owen yang akan menjadi free agent pada Januari ini, Brede Hangeland yang mungkin menggantikan Agger namun bergantung kepada penjualannya dan juga Antonio Valencia tetapi perpindahan musim panas 2009 adalah lebih realistik.

Walau apa sekalipun, semoga 2009 ini diharapkan dapat merealisasikan harapan semua peminat LFC yang sangat menantikan takhta EPL.
Read More

2008 melabuh tirai...


LFC menutup tirai 2008 dengan berada di takhta liga - suatu perkara yang sudah lama tidak berlaku mungkin lebih dari 10 tahun. The Reds walaupun tidak berjaya sepenuhnya ketika mengharungi demam 'Black November' namun pencabar terdekat, Chelsea juga telah dijangkiti virus 'Black November' yang demamnya berpanjangan hingga ke akhir Disember.

Fernando Torres juga suatu fenomena pada 2008 di mana kecemerlangan dan ketajaman penyudahnya membayangkan LFC bakal mengakhiri kemarau kejuaraan EPL sejak 1990 namun musim 2007/08 tidak berpihak kepada LFC. Apa yang pasti kejayaan mengepalai EPL ketika ini juga hadir ketika Torres tidak berada di puncak prestasinya apabila hanya menjaringkan beberapa gol sahaja dan banyak menghabiskan masa untuk memulihkan kecederaan yang telah berlaku 2 kali.


Di sebalik kecemerlangan itu, LFC juga berhadapan dengan situasi yang agak pelik ketika menuju penghujung tahun 2008 apabila 'Captain Marvelous' telah ditangkap kerana menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan seorang DJ di sebuah kelab malam. Berikutan kejadian tersebut Steven Gerrard telah ditahan di lokap bersama beberapa orang yang lain. Sedikit perkara yang menceriakan Anfield adalah pihak FA England dan pengurusan LFC tetap memberikan sokongan yang padu kepada Gerrard dalam menyelesaikan masalah ini. Beliau dijangka akan dihadapkan ke mahkamah dalam bulan Januari 2009 kelak.

Apa-apa pun, semoga LFC akan lebih cemerlang dan sebarang perkara di luar padang tidak akan mengganggu prestasi pemain. Go The Reds!!!
Read More

Selamat datang ke blog akoo (Padang Anfield)

Salam dan good day,

Setelah berkira-kira dan berfikir-fikir, akoo akhirnya memilih untuk menggunakan Padang.Anfield sebagai laman blog ini. Pada asalnya akoo bercadang nak menggunakan 'Ini Adalah Anfield', 'Inilah Anfield' atau pun 'Stadium Anfield'. Walaupun sudah agak terlambat untuk diselaraskan dengan permulaan musim tapi akoo rasa kalau dimulakan bersempena tahun baru Masihi 2009 pun sudah OK. Mungkin ini akan menjadi medan percubaan untuk akoo memulakan 'Laman Sesawang' mungkin satu hari nanti akan wujud pula http://www.padang-anfield.com/ pula.
Read More
Terdapat ralat dalam alat ini

Para Sahabat